OK. Saya sebenarnya baru sahaja kembali dari satu lagi perjalanan ke selatan bersama isteri dan bayi kami Muhammad Al-Aminul Rasyid. Kali ini turut bersama adalah anak-anak kami yang lebih tua, Haziq, 7 tahun dan Erin, 9. Perjalanan yang asalnya dibuat untuk menyambut ulangtahun hari lahir ke-80 bapa mertua saya di Tanjung Sepat ini menyaksikan kami turut pergi ke Port Dickson, Tanjung Tuan, Melaka, Muar malah ke Kampung Janda Baik di Bentong, Pahang. Sekembalinya ke rumah tadi, meter kereta menunjukkan kami telah membuat perjalanan sejauh 797.3 km!
Tu dia... baru minggu lepas, saya, isteri dan Al-Rasyid menamatkan perjalanan sejauh 1820.5 km (lihat artikel Akan datang : Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan! )... sedangkan penceritaan perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan pun belum lagi tamat. Tup tup, tadi semasa menonton filem Transformer 2 timbul pula idea baru. Dah terasa hendak berkongsinya dengan orang ramai pula. Lihat video ini... :]
Assalamualaikum..
BalasPadamAbg MS, nak minta kalu abg MS melawat mana2 makam, bgtau r cmne nak g tmpt2 tersebut.
Kdg2 ade dpt gerak ati nak ke makam2 tertentu, tp x kesampaian sbb xtau kat mana tempatnya..
Harap Abg MS dpt memenuhi permintaan saya..
p/s: kalau singgah di Kajang bolehlah berjumpa. Sy merupakan saudara kpd saudara yg abg jumpa di Beting masa nak masuk kedlm laut..=)
Wassalam. Insyaallah akan saya buat, tapi bukan untuk semua makam le. Satu, bergantung pada kelapangan, kedua pada tahap kerahsiaan... :]
BalasPadamHmm. Tadi saya cuba nak atur dan sediakan map ke makam Habib Nuh untuk satu artikel baru tapi susah le plak. Kalau tiap kali nak cerita bab makam saya harus bersusah-payah sertakan map, nanti langsung tak jadi bercerita plak. Rasanya tak dapatlah saya menunjukkan jalan ke sesuatu makam dengan cukup terang. Cukuplah jika disebut ia terletak di mana, berdekatan jalan mana atau kampung mana ya. Kemudian cubalah tanya pada orang-orang kampung dan sebagainya... :]
BalasPadamMaksud saya x perlulah sampai sediakan peta. Sekadar bgtau cmne nak kesana.
BalasPadamContohnya baru2 ni sy baru balik dr Makam di Kg. Raja.
Mungkin abg leh tulis dr Tol Pagoh belok ke kanan. Jaraknya lebih kurg 5km sblm pekan pagoh. Kira ok r tu. Yg lain kene r kami usaha sendiri sbb abg pun dh byk usaha utk mencari makam2.
Ni pun dah kira cukup baik abg nak tlg tunjukkan jln.
Terima Kasih yaaa..
OK... :]
BalasPadam(Penat ni, baru balik dari Fraser's Hill le plak...)