Selesai berjalan di Kampung Cina dan sekitar, kami pun mencari tempat menginap...
Rumah penginapan yang dipilih ini ringkas tetapi saya amat sukakannya. Asalnya ia merupakan sebuah rumah kampung yang berumur sekitar atau hampir 100 tahun! Kedudukannya sekitar 100 meter lebih sahaja dari pusat perhentian bas Kuala Terengganu dan 300 meter dari Masjid Zainal Abidin atau Masjid Putih menjadikkannya agak strategik. Sila lihat artikel lama Kucing "surrender" di Hotel Pok Tiong...
Kami berehat sebentar sebelum mandi dan keluar. Kali ini kami mahu mencari juadah untuk berbuka puasa...
Ternampak pula satu macam pertunjukan, nampaknya ada permainan ular... tapi tunggu punya tunggu ularnya masih tak keluar-keluar. Yang banyak cerita pasal ubat, pasal kegunaan ubat. Kalau ya pun, budget-budget le... orang dah lama nak tunggu ular keluar! Ini tak. Budak-budak pun jemu kalau tunggu dah lebih 20 minit sedangkan yang terus kelihatan cuma orang jual air liur je...
Kami pun pergi membeli juadah di bazar berbuka puasa. Ia terletak berhampiran taman tepian pantai berdekatan kuala Sungai Terengganu juga perhentian bas Tanjung (kalau tak salah ingatan itulah panggilannya) di mana bas ekspress dari Kuala Lumpur selalu menurunkan penumpang...
Seterusnya kami pergi ke Pantai Batu Buruk yang terletak cuma 2-3 km ke selatan untuk menikmati pemandangan indah Laut Cina Selatan serta angin laut...
Kami berbuka di satu kawasan tepian pantai. Sukacita dimaklumkan anak-anak kami Erin yang berumur 9 tahun dan Haziq 7 tahun turut berpuasa penuh!
Selesai itu timbul rasa untuk membawa anak-anak melihat Masjid Kristal di Pulau Wan Man...
Selesai solat Maghrib, terus ikut orang berjemaah Isyaq. Kalau ikutkan mahu sahaja saya kembali selepas itu akibat kepenatan. Tetapi timbul pula rasa untuk turut solat berjemaah Tarawikh. Itupun saya fikir cuma akan bersolat 8 rakaat sahaja...
Rupa-rupanya solat Tarawikh di sini memang 8 rakaat tetapi Surah yang dibacakan semuanya panjang-panjang. Maka tempohnya hampir sama orang biasa bersolat Tarawikh 20 rakaat! Jenuh wooo berdiri dalam kepenatan asyik berjalan itu...
Tak mengapa le. Walaupun amat penat, saya puas hati kerana banyak perkara berjaya diselesaikan siangnya, banyak tempat yang ingin dilawati sudah kami sampai. Bayangkan lebih sedikit dari 24 jam sebelum itu, saya dan isteri telah membuat perjalanan jauh dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru. Kemudian kami berjalan-jalan sehingga jam 4 pagi menunggu masa sesuai untuk bersahur. Untuk makluman, sepanjang puasa bulan Ramadhan yang lepas ini saya dapat menurut sunah untuk bersahur sehampir waktu Imsak dan Subuh yang mungkin.
Menurut peta dalam tangan, jarak KL ke KB ialah 474 km. Campur perjalanan untuk singgah ke Kuala Medang (20 km pergi balik sebelum menyambung perjalanan ke KB melalui simpang Sungai Koyan, lihat balik artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Sungai Jelai di Kuala Medang dan Masjid Kampung Laut di Kelantan... ), jalan-jalan sekitar KB sebelum turun balik dalam 16 km gitu untuk berehat di Masjid Kampung Laut. Di situ sahaja kami sudah membuat perjalanan lebih 510 km, berehat pun sekadar 2-3 jam sahaja di wakaf masjid!
Seterusnya kami pergi menghala ke Kuala Terengganu sebelum tergerak mengambil jalan ke Tasik Kenyir. Lihat balik artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Tasik Kenyir, Kuala Berang dan Pulau Manis . Dengan menggunakan program Google Earth, saya dapati jarak yang kami rangkumi dari Masjid Kampung Laut hingga ke Tasik Kenyir sendiri sudah memakan lagi 144 km, kemudian ke Kuala Berang dan sekitar untuk melawat makam makan 54 km... campur lagi 50 km perjalanan ke KT melalui Bukit Payung untuk mengisi minyak yang hampir kehabisan sebelum singgah ke Kampung Pulau Manis. Oh, campur juga perjalanan sekitar Kuala Terengganu sehingga ke Pantai Batu Buruk juga Pulau Wan Man, pergi balik tak kurang 10 km. Maka perjalanan yang dibuat dengan saya seorang sahaja memandu kereta ini berjumlah 770 km gitu! Mana tak penat...
OK le, nanti disambung cerita lagi... sekian buat masa ini. :]
Salam...
BalasPadam(...para akhir)
Bunut Payung..? macam di Kelantan je... Bukit Payung rasanya...!!
Wassalam. Terima kasih. Nampaknya saya yang tersilap... :]
BalasPadam