Akhirnya sampailah kita ke 'penutup' cerita. Apa yang dimaksudkan dengan 'penutup' di sini? Di bawah nanti akan diterangkan. Bersambung dari artikel Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan - Misteri Bukit Kluang dan sambutan merdeka di Kuala Besut
Pagi Isnin 31 Ogos bersamaan 11 Ramadhan, sampailah masa untuk anak-anak kembali ke Kota Bahru, Kelantan...









Wahai anak-anak. Bukan ini keadaan yang kami pinta. Namun takdir menentukan segalanya. Tentu ada hikmah yang lebih besar nanti. Kepada sesiapa yang yang terbaca ini lalu berniat jahat, kononnya mahu menegur samada dengan sopan mahupun kasar tetapi sebenarnya ada hati mahu mencaci dan memburukkan kami di hadapan orang ramai, lupakan sahajalah niat anda. Komen anda akan terus didelete tanpa apa-apa pertimbangan lagi mahupun sedikit jawaban dari saya. Harap maklum.
OK. Kenapa saya menyebut ini sebagai 'penutup' cerita? Sebab ia memang menutup satu fasa bercerita walhal ada fasa baru penceritaan berkenaan perjalanan pulang... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan melalui Jeli seterusnya Dabong yang membawa ke jalan pergunungan di lereng Banjaran Titiwangsa hingga ke Gua Musang. Kemudian timbul pula rasa spontan untuk ke Cameron Highlands... dah berjalan sampai ke Chenderiang malah ke Lata Kinjang. Tetapi biar cerita disambung selepas raya haji ya. Sekian, selamat malam! :]
kesiannya haziq, semoga segalanya berjalan lancar..tempat anak terutama yg masih kecil disisi ibu..menitik airmata membayangkan kesengsaraan anak2 yg terpisah dan pedihnya hati sorang ibu yg terpaksa melepaskan.. Allah!!!tunjuklah jalan yg benar dan lepaskan lah mereka2 dari bebanan rindu
BalasPadamsedih nak berpisah ngan anak2........sebak, hiba, pasti ada hikmahnya....saya pun sama....
BalasPadam