Selasa, September 15, 2009

Akhirnya, review "Berpetualang ke Aceh" dalam majalah Milenia

Oleh kerana saya masih belum berkesempatan menyambung cerita perjalanan hari Sabtu di Aceh akibat siang tadi kepenatan yang amat sangat diikuti hal-hal lain, biar dipersembahkan satu cerita selingan dahulu ya...


OK. Selepas Isyak tadi, sementara menunggu giliran isteri diperiksa di klinik, saya keluar sebentar lalu singgah di sebuah kedai majalah berdekatan. Tujuan saya adalah untuk membaca free komik "Pedang Setiawan" yang terbaru... tapi tiada pula. Saya pun mengalih perhatian pada majalah-majalah yang ada. Terlihat pula majalah Milenia atau Milenia Muslim terbaru iaitu edisi September. Terus dibuka untuk melihat isinya...


Pada ruangan kandungan ternampak bahagian "Buku dan kritik" (saya bulatkan merah). Di bawah itu terdapat pula tajuk "Mencari diri dan erti dalam travelog". Ait? Ini macam tajuk buku saya je. Saya pun membuka mukasurat tersebut... mukasurat 84.


Tengok-tengok memang betul. Ia adalah review atau resensi oleh saudara S. M. Zakir untuk buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti". Alhamdulillah! Saya pun membaca apa yang tertera. Anda boleh membacanya sendiri dengan membuka gambar yang tertera dalam windows lain atau save sebagai jpeg file kemudian besarkanlah ia.


Walaupun ada sedikit kesilapan fakta di 2-3 tempat misalnya ia menyatakan bahawa buku "Berpetualang ke Aceh" ada 2, satu tentang perjalanan di Malaysia satu lagi di Aceh, saya bersyukur yang amat sangat. Sebenarnya pertengahan tahun 2007 iaitu 2 tahun lalu saya pernah memberikan senaskah buku "Berpetualang ke Aceh : Mencari diri dan erti" dan senaskah "Berpetualang ke Aceh : Membela syiar yang asal" kepada pihak penerbit majalah ini meminta agar dibuat resensi. Semasa itu buku ketiga dalam siri ini iaitu "Berpetualang ke Aceh : Sirih pulang ke gagang?" masih belum diterbitkan lagi!

Selepas beberapa lama menunggu cerita yang tak keluar-keluar, saya akhirnya mengalah dan melupakannya sahaja. Siapa sangka ia akan keluar dalam edisi bulan September yang masuk bulan Ramadhan tahun ini, setelah 2 tahun menunggu berita? Siapa sangka pula saya mula menyedarinya pada malam tadi, malam 26 Ramadhan... ketika sedang bersedia untuk menamatkan Juzuk ke 30 Al-Quran dengan harapan dapat khatam buat pertama kalinya sejak berumur 12 tahun, sebelum masuk Magrib esok iaitu malam Khamis 27 Ramadhan di mana umur saya akan memasuki 40 tahun menurut kiraan Hijrah!


7 ulasan:

  1. Salam MS,

    Saya pun ada terbeli majalah itu buat pertamakalinya sebab tertarik dgn isu Kerajaan Riau yang terkait dengan susurgalur keturunan saya.

    Baru sebentar tadi, saya pun terperasan bahwa ada resensi utk buku MS di dalamnya. Ingatkan nak beritahu MS, rupa-rupanya MS pun dah terjumpa.

    BalasPadam
  2. Wassalam Put. Apapun terimakasih atas niat baik tu. Ikutkan majalah ni berada di pasaran beberapa hari, mungkin seminggu pun sebelum bulan Sept tapi baru semalam saya tergerak menjenguknya.
    Hmm. Kalau diikutkan, nampaknya ia masuk pasaran apabila bermula bulan Ramadhan. Memang ada makna ni, dengan kulit luar gambar masjid, dalam ada pula resensi buku saya dan cerita kerajaan Riau. Hmm...

    p/s: Lihat bagaimana cerita versi Riau dan Siak menyebut Raja Kechil sebagai anak Sultan Mahmud Mangkat diJulang. Sedangkan versi di Semenanjung yang menyokong anak beranak Tun Habib juga 5 pahlawan @ anak Raja Bugis menyebut Raja Kechil sebagai anak Raja Minangkabau yang mengaku anak Sultan Mahmud tetapi bukan. Dua-dua cerita ada dibukukan. Jadi yang mana sebenarnya harus kita pegang? :]

    BalasPadam
  3. 1. Raja Kecil anak sultan Mahmud dengan gundiknya(?) Cik Pong.

    2. Minangkabau berada di bawah kekuasaan johor lama setelah kejatuhan Melaka. Sultan Melaka 'berdarah' minang sebenarnya...

    3. Cik Pong mempunyai hubungan kerabat dengan keluarga diraja Minang.

    4. Negeri Sembilan (kerajaan Naning?) dan Minangkabau mufarakah dari kerajaan johor setelah Tun Habib naik dengan disokong oleh anak raja Bugis 5 beradik 7 bersaudara...

    5. Perang Johor merebut kembali koloninya ke atas Negeri sembilan..

    6. Raja Melewar dijemput menjadi Yamtuan Besar Negeri Sembilan menggantikan kekuasaan Johor Tun Habib..

    BalasPadam
  4. 7. Empayar johor-riau-jambi-pahang (ada yang kata sampai meliputi trengganu) - Lihat bendera hitam putih - maknanya keturunan bendahara dan ahlul bait (Hitam?)

    BalasPadam
  5. ulsana buku yang sangat baik. teruja nak beli buku pengaran... kat mana boleh dapat ye?

    BalasPadam
  6. Sesetengah MPH dan Popular mungkin masih ada. Kalau tak pun boleh beli melalui saya. Baca ini...

    http://merahsilu.blogspot.com/2007/06/cara-cara-membeli-buku-bka.html

    Boleh juga beli di sini...

    http://www.esastera.com/kedai/

    BalasPadam