Alhamdulillah! Setelah selesai membuat sejumlah artikel di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) baru saya boleh menyambung cerita dari artikel Sampai ke Aceh setelah 5 tahun 5 bulan menunggu! Rupa-rupanya ada faktor 131 di sini... yang dibuat di sini hari Selasa. Mari! :]
Maka saya dan isteri pun masuk ke masjid terkenal, masjid paling utama di seluruh Aceh iaitu Masjid Raya Baiturrahman...
Adapun cerita-cerita tentang masjid ini dan bagaimana ia terselamat dari kesan Tsunami yang menyerang Aceh 26 Disember 2004 sudah banyak diperkatakan orang. Cukuplah saya sekadar mengenengahkan gambar-gambar seperti panel kayu berukir ini.

Asalnya memang saya bercadang untuk membuat satu artikel semata-mata untuk bercerita tentang masjid ini di sini. Tetapi apabila memikirkan saya sempat ke masjid ini beberapa kali, maka eloklah nanti saya buat satu artikel tersendiri tentangnya nanti melalui cerita pengalaman bersolat Jumaat di sana. Buat sementara ini anda boleh membaca cerita dan melihat gambar-gambar yang dipaparkan melalui artikel In and around the Baiturrahman mosque in Aceh... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan Masjid Raya (Main mosque of) Baiturrahman, Aceh di SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).








Maka buat beberapa lama tempat-tempat yang terlibat dipenuhi mayat-mayat mereput selain sampah-sarap dan sisa-sisa binaan yang pecah berlambak. Sekarang, lebih kurang empat tahun setengah kemudian keadaan nyata berubah. Tiada lagi kesan-kesan kecelakaan kecuali monumen-monumen seperti kapal yang terdampar sebagai ingatan juga sebahagian tanah yang kini menjadi laut. Sedangkan segala sampah-sarap sudah dibersihkan dan segala padang jarak padang tekukur (yang bukan dipenuhi air atau sengaja dijadikan tempat membiak ikan, udang atau menanam pokok bakau sebagai penebat hakisan) telah dipenuhi pelbagai rumah dan bangunan hasil binaan dan sumbangan 52 buah kerajaan dari pelbagai pelusuk dunia kalau tak salah ingatan!


Ulele,
di kota raja,
boleh tak boleh,
ikut sahaja!
Untuk pengetahuan, Ulele ialah nama satu tempat di pinggir Banda Aceh dan berhadapan laut. Ejaan sebenarnya lebih pelik iaitu Uleelheue walaupun bunyinya memang Ulele. Dan itulah tempat yang gambarnya ditunjukkan di atas. Untuk melihat lebih banyak gambar, sila baca artikel The place called Uleelheue in Aceh di BERPETUALANG KE ACEH .

Awal tadi kita sudah melihat Masjid Baiturrahman. Kemudian kita lihat Masjid Baiturrahim. Teringat pula ucapan... bismillahi rahman nir rahim. Ada apa-apa ke?


Muzium (Museum of) Aceh dan loceng (and the bell of) Cakra Donya
Rumah tradisional Aceh (Aceh traditional house)


Seterusnya kami pergi ke kompleks makam Sultan Iskandar Muda, raja yang dianggap paling agung oleh kebanyakan orang Aceh. Kami sampai ke situ hampir waktu Maghrib! Tetapi saya rasa ada sesuatu yang tidak kena tentang makam ini. Sila lihat luahan rasa dalam blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) , melalui artikel bertajuk Makam (tomb of) Sultan Iskandar Muda? . Sila lihat juga artikel Kompleks makam Meuh (Meuh tombs complex) ...



Percaya atau tidak kos makanan dan kebanyakan barangan harian di sini sama malah melebihi Kuala Lumpur. Menurut kata orang kos kehidupan di Banda Aceh adalah yang tertinggi di seluruh Indonesia! Maka cukuplah saya dapat melepaskan aktiviti pada hari pertama berada di Aceh iaitu pada 15 Jun 2009 melalui tulisan kali ini. Sekarang biar saya solat Subuh dahulu. Kemudian akan saya buat cerita berkenaan raja keturunan Bugis yang memerintah Aceh. Zuuusss!!! :]
Assalamualaikum tuan rumah! jauhnya merayau.. dari mekah sampai ke acheh... lepas ini ke mana pula?
BalasPadamalhamdulilah.Semakin bahagia tuan umah kiter ni.
BalasPadamWassalam semua. Dah Allah gerakkan gitu, ikut aje le... lepas ni ke mana pun kita tak tahu. Macam hujung minggu lalu, niat nak balik kampung je di Muar kemudian balik rumah sendiri je. Tengok-tengok dalam perjalanan singgah di Masjid Kampung Hulu kemudian makam Sheikh Shamsuddin di Melaka dan jadi satu cerita lain pula kat sana.
BalasPadamPagi Ahad pula adik ajak satu keluarga mandi-mandi di Gunung Ledang. Dari situ tergerak pula saya dan isteri pergi ke Kampung Pengkalan Kota, Bukit Kepong seterusnya Segamat. Kemudian boleh pula ke Jelai, Negeri Sembilan seterusnya Bahau dan Jalan Penarikan. Terambik pula jalan ke Batu Kikir, dah singgah Teratak Za'abah...
Malam solat di Masjid Tuan Tulis di Tanjung Ipoh kat Kuala Pilah lalu pulak ke Bukit Putus untuk ke Seremban terus ambik jalan lama lalu Beranang dan Semenyih, singgah makan satay Kajang.
Kesimpulannya... tak boleh nak kata le lepas ni kita ke mana sebab dah bagi rancangan tu kembali ke tangan Allah bukan rancangan sendiri! Kalau rancang sendiri belum tentu jadi. Pegi Mekah dan Madinah memang takda duit langsung tapi sampai gak dengan selesa dan poket berisi. Pegi Aceh duit budget gila tapi last-last dapat gak pegi semua tempat yang patut, siap duduk hotel paling mewah, ada kereta elok ngan pemandu @ guide sekali! :]
Rancak berjalan rupanya. Time kasih kongsikan dengan kami. Kami nak pegi, tak de kederat. Selamat pada anda bro, hati2 diperjalanan.
BalasPadam