Seperti dalam artikel Kisah 'hantu' zaman kolej... yang dibuat awal pagi Khamis, tadi saya menulis lagi satu kenangan lama tentang satu kejadian yang ada disebut dalam buku pertama saya "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti". Ini saya copy and paste isinya yang betul-betul terletak di bawah bahagian sedutan yang dipaparkan dalam artikel Kisah 'hantu' zaman kolej...
---------------------------
Anak muda ini juga pernah mengetuai satu sesi ‘suai-kenal’ buatan sendiri bersama lebih 50 orang pelajar junior yang terpaksa datang “menyerahkan diri” setelah dia memberikan amaran akan datang menyerang bilik-bilik mereka jika tidak muncul di bilik 51C sebelum jam 6 petang.
Ini berlaku apabila ramai rakan-rakannya mengadu kepadanya bahawa para pelajar elit di bawah program BTU (British Top University) yang bakal terbang ke England tiga bulan lagi tidak tahu menghormati pelajar senior, langsung tidak mengendahkan mereka. Lalu sekitar 10 orang kawan-kawan rapat termasuk Nasri telah menyaksikan bagaimana pemuda berdarah Aceh ini berjaya menggertak kesemua anak-anak muda ini, siap mencabar sesiapa sahaja yang berani untuk bertumbuk dengannya! Ajar mereka supaya respect sedikit, belajar hormat kepada mereka yang lebih tua.
Walaupun sesi itu bermula dengan kasar, adalah beberapa buah almari pecah dalam proses, Rasyid berjaya menukarkannya menjadi satu sesi “riang-ria” setelah pasti adik-adik ini telah mendapat sedikit pengajaran. Sejak itu, pelajar-pelajar junior ini akan memberi salam dan bertegur-sapa setiap kali berselisih dengan para senior. Hubungan mereka juga menjadi lebih erat kerana saling bertukar-tukar fikiran dan pandangan.
----------------
Lihat cerita yang dinukilkan lebih mendalam dalam artikel Remembering the "A" Level college days. A 'get along' session with the BTU juniors... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian... :]
Salam MS,
BalasPadamNi mcm pernah ku lihat sequence begini, tapi dimana ya.
Lepas gambo mekah gambo antu, gambo mekah gambo antu. heheh .. ada apa2 ke bro?
Wasalam. Tak terfikir plak sebab dah keluar sendiri cam tu. Hang rasa apa maknanya? :]
BalasPadamTak tau la bro, tak terjangkau akal pendek ku ini. hehe.
BalasPadammakin nok masuk rojab......makin bergetar.Apokah yang menanti di bulan Rojab sebelum kita berjumpa Zulkaedah? Wallahualambissawab.
BalasPadamBro, cuba baca latest posting aku kat blogspot "Berpetualang ke Aceh"... mungkin ada kena-mengena kenapa terkeluar gambo Mekah ngan hantu...
BalasPadamhttp://berpetualangkeaceh.blogspot.com/2009/06/remembering-a-level-college-days.html