Gambar lama daripada artikel My latest trip to Janda Baik and the number 22222! yang ditulis di blogspot BERPETUALANG KE ACEH tahun lepas...
Beberapa hari sudah berlalu setelah perkenalan dengan gadis ini di Janda Baik. Tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon. An-Nur rupanya! Dia bertanyakan khabar kemudian mula bercerita. Katanya dia ada menceritakan perkenalan kami kepada ibunya dan ibunya juga teruja terutama apabila mendapat tahu saya adalah seorang lulusan ijazah matematik daripada London.
Rupa-rupanya ibunya seorang pensyarah universiti. Dia ada merancang mahu membuat program tertentu tentang pembelajaran dan terfikir mahu mengajak saya turut serta. Saya tersenyum sahaja. Rasanya fikiran saya tidak lagi begitu tajam dalam dunia matematik malah terasa begitu tumpul sekali. Tetapi jika itulah yang Tuhan rancangkan untuk saya akan datang maka akan cuba saya usahakan.
Beberapa hari kemudian saya mendapat panggilan lagi daripada An-Nur. Kali ini dia begitu bersemangat mahu membawa saya berjumpa ayah dan ibunya yang menetap di Segamat. Ah, apa pula ini? Bawa jumpa mak bapak? Tetapi apabila memikirkan kembali ini mungkin juga rancangan Allah untuk saya, saya pun bersetuju.
"Baiklah!" katanya. "An-Nur akan ambil Abang di Janda Baik minggu hadapan". Nak sebut harinya dengan tepat saya dah terlupa. Pendek kata satu hari sudah ditetapkan. Dia yang ingin menjemput saya, maka silakanlah. Saya tidak memiliki apa-apa kenderaan kecuali motosikal besar yang ketika itu masih lagi tersadai rosak di rumah Pak Habib.
Disebabkan janji itu, saya menunggu di Janda Baik. Kalau tidak kerana itu mungkin saya sudah keluar berjalan-jalan ke tempat lain. Hari yang ditunggu pun tiba. Masuk selepas Zuhur, An-Nur belum kelihatan malah tiada apa-apa berita daripadanya. Saya mula terasa mengantuk lalu masuk tidur di satu bilik tamu.
Saya tidak tahu berapa lama saya tertidur. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu siri ketukan ke pintu. Satu suara kedengaran: "Awak! Bangun!"
Ait! Lain macam aje suara ni. Saya pun melihat keluar. Ah... ini bukan An-Nur tetapi Nur! Bagaimana dia boleh muncul di sini? Pada hari yang dijanjikan An-Nur akan datang mengambil saya untuk ke Segamat? Kalau tak salah ingatan ketika itu saya sudah lebih sebulan tidak berjumpa dengan Nur. Rupa-rupanya sudah berlaku suatu perkara besar yang mengubah segala-galanya. Apa perkara itu? Nanti kita sambung cerita... :]
OK. Kita sambung balik cerita An-Nur. Lihat cerita pembukaan bertajuk Cerita An-Nur - satu pertemuan yang tak dijangka...

alamak MS, main saspen-saspen pulak
BalasPadamSikit-sikit le. Cerita-cerita macam ni bukan senang nak keluar sebab ia melibatkan perasaan tentang apa yang betul-betul pernah berlaku dahulu.
BalasPadamTu sebab saya cerita secara open di sini. Sebab di sebalik penceritaan tu, terkeluar sedikit beberapa perasaan lama yang dah 'melekit' kan dalam dada tu. Bila keluar kiranya sejat ke udara le kasi clear. Tapi nak keluar bukan le senang. Ada time dan mood dia...
Xpe, pelan2 kayuh...
BalasPadamTak ada orang jeles ke "flashback" semula ni?..hehe..
BalasPadamJeles tu perkara biasa le. Tapi tu le saya. Dia tau saya buat ni bukan saja-saja cerita tapi nak kasi clear satu fasa hidup gitu... Dia lagi suruh cepat-cepat kasi clear... :]
BalasPadam