Khamis, Disember 25, 2008

Nombor 444 sebagai pelengkap satu cerita

Gambar sebuah cap mohor lama dari Aceh sebagai hiasan

Assalamualaikum. Dengan selesainya membuat artikel Projek buku masjid - bertemu penunggu masjid lama tinggal! , dapatlah saya membuat artikel ini pula, artikel ke 444 di blogspot ini. Untuk makluman, saya menulis artikel itu juga artikel baru bertajuk New trip to the North - The Ubudiyah mosque and Perak royal mausoleum revisited... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dari sebuah cyber-cafe di bandaraya Melaka.

Semasa menulis ayat ini jam sudah melepasi 4 pagi. Kesian isteri saya di sebelah menunggu saya habis bercerita... sampai tertidur tertunduk di atas kerusi. Sebab itu saya sangat sayangkannya, kerana dia faham perjuangan saya. Sedangkan kami sepatutnya berada di Masjid Kampung Hulu untuk beriktikaf dan bermalam seperti telah kami rancang awal tadi.

Esoknya kami mahu ke kampung ibu bapa saya ke Muar, lusa mungkin ke Pulau Besar sebelum menghadiri majlis berkhatan di sebuah rumah keluarga belah isteri di Bagan Lalang tengahari Sabtu. Banyak nak berjalan tu... Sedangkan baru 3 hari lepas kami suami isteri mengembara hampir 1,200 km turun naik Kuala Lumpur sampai ke Perlis untuk membuat kerja saya.

Tetapi saya terasa patut menyiapkan beberapa artikel untuk blogspots saya sebelum betul-betul dapat berehat di Kampung Hulu. Saya mahu menyiapkan artikel ke 444 pula kerana dalam perkiraan saya ia ada makna tertentu.

Saya tahu, kaum Cina cukup fobia dengan nombor 4 yang dikatakannya bermakna mati. Sebaliknya bagi orang Islam, mati cuma pembuka masuk ke alam lain malah mereka yang memahami keadaan sebenar alam amat mencita-citakan kematian... cuma sahaja mereka harus melalui sejumlah perjalanan kehidupan sebelum dapat mati dengan tenang. Ditakuti jika tersilap cara mati macam kes orang bunuh diri maka akibatnya di alam akhirat lebih teruk nanti.

Seperti yang ramai pembaca setia di sini tahu, saya amat sukakan nombor 131. Nombor 313 pula membawa makna-makna berikut - 313 tentera Thalut melawan tentera Jalut (ke 313 tentera Jalut, lupa pulak dah pagi-pagi buta ni), 313 tentera Badar dan 313 jumlah keseluruhan Rasul. 444 pula bersamaan 131 + 313. Maka ia melengkapkan kedua-dua nombor ini.

4 + 4 + 4 bersamaan 12... boleh dipadankan dengan 12 bulan dalam satu tahun. Ia juga boleh dipadankan dengan 12 not keseluruhan dalam satu octave untuk muzik (A, A#, B, C, C#, D, D#, E, F, F#, G, G#) di mana 7 not adalah major (A, B, C, D, E, F) dan 5 sharp (A#, C#, D#, F# dan G#). 7 adalah 3 +1 + 3 sementara 5 adalah 1 + 3 + 1. Cukup. Sekarang saya boleh ke Masjid Kampung Hulu. Selamat malam! :]

4 ulasan:

  1. Akm Radzi,
    saya adalah pembaca tetap blog ini,saya mula2 hairan..kenapalah si radzhi ni suka sgt dgn nombor2 131 lah, 444 lah...tetapi bila dipikirkan balik awak ni memang background matematik kan...memang suka main nombor mcm jugak isteri saya...boleh layan sodoku hari2..lulusan akaun...suka main nombor2...apa2 pun terus berjuang!

    BalasPadam
  2. ...macm tu bro..boleh mintak cai..la.hihiii

    BalasPadam
  3. Ya Allah, datangkanlah kepada kami hari yang kami tunggu...hari di mana hancurnya sistem yang bathil......sistem ekonomi, sistem pemilihan pemimpin, sistem udang-undang, sistem hak asasi manusia, sistem matawang, sistem perubatan Barat yang semuanya dicipta oleh Yahudi laknatullah. Sistem yang menindas dan 'memperhambakan' manusia sejagat dan menjauhkan kehidupan manusia dari menuju kepada Allah.

    Sistem bathil yang menjadikan manusia hamba kepada 'kesenangan dunia' hanya pada sebelah pihak semata-mata...........lihatlahlah sahaja sistem matawang yang fiat dan bubble economy yang dicipta oleh Yahudi laknatullah, suatu sistem yang memiskinkan dan menghambakan umat manusia sejagat tetapi mengkayakan para kapitalis Yahudi.......

    Dengan hancurnya sistem yang bathil ini dan naiknya yang Haq, maka barulah umat Islam akan kembali hidup dengan jatidiri sebagai seorang Muslim sejati..

    Jika tidak, kita hidup seperti sekarang...memilih pemimpin menggunakan sistem Yahudi (seseorang menjadi popular untuk dipilih sebagai pemimpin bergantung kepada kapital yang dilaburkan untuk kempen media bagi 'menghighlightkan' dirinya ditengah-tengah masyarakat, membeli rumah dan kereta menggunakan sistem riba, harga kereta RM 80,000 pinjam bank bunga sahaja RM 20,000..........bukak TV dipenuhi acara hiburan dari menyanyi, kepada buat lawak semuanya dipertontonkan setiap hari seolah-2 manusia akan mati kalau tak ada nyanyian dan hiburan melampau...

    Selama mana negara Islam, hidup dalam sistem hidup ciptaan Yahudi dan Nasoro...it is a system that we would never win.

    Moga cepatlah kehancuran sistem yang bathil ini dan naiklah yang Haq...

    BalasPadam