Khamis, November 27, 2008

Projek buku masjid - Melihat lagi masjid dan makam Tok Kenali seterusnya "sekolah pondok"

Assalamualaikum. Hari ini biar diteruskan lagi cerita projek masjid, kiranya sambungan daripada artikel Projek buku masjid - Satu pandangan segar terhadap Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu yang dibuat Sabtu lalu ya. Mari! :]


OK. Tadi saya baru sahaja membuat satu artikel baru di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk New trip to the East Coast - Muhammadi mosque revisited and some views of Kota Bahru . Ini kerana beberapa gambar sekitar masjid jamek lama Kota Bahru itu pernah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) atas tajuk Masjid (mosque of) Muhammadi, Kota Bahru, Kelantan... setengah tahun lalu, maka gambar-gambar terbaru haruslah diabadikan di dalam blogspot lain pula.

Saya memilih blogspot BERPETUALANG KE ACEH kerana ia kurang dikunjungi antara blogspots yang saya ada walaupun ia adalah blogspot pertama saya malah memakai nama siri novel saya yang ditulis di dalam bahasa Melayu... walaupun blogspot itu sendiri berbahasa Inggeris. Harapan saya agar para pembaca blogspot ini turut sudi selalu mengunjungi blogspot itu juga.

Kalau ikutkan, segala artikel baru yang melibatkan lawatan terbaru ke masjid-masjid yang pernah dikunjungi mahu diletakkan di sana. Tetapi dalam lawatan ke Masjid Tok Kenali kali ini rasanya ada perkara yang mesti diceritakan di dalam bahasa Melayu.

Oh, di dalam gambar atas yang diambil di hadapan masjid itu adalah kawan saya, saudara Shamsul Yunos yang bertindak sebagai jurugambar dalam perjalanan projek masjid ini. Kelihatan bersama adalah dua orang anaknya yang paling sulung...


Untuk maklumat tentang masjid ini, sila baca sahaja penerangan yang ada ya...



Satu penerangan tambahan... masjid ini dibina pada tahun 1956 oleh Haji Ahmad, anak Tok Kenali selepas ulamak besar bertaraf wali itu meninggal dunia sekitar 30 tahun sebelum itu. Selalunya apabila bertandang di sini, saya sempat berbual-bual dengan imam masjid Haji Lokman atau Ayah Man, seorang anak tertua Haji Ahmad. Tetapi kali ini saya datang sepintas lalu kerana harus berkejar ke tempat lain selepas itu.

Untuk makluman, Ayah Man mempunyai seorang anak yang muncul menjadi pengacara terkenal Bob Lokman. Terperanjat juga saya mendapat tahu tentang ini suatu masa dahulu. Maklumlah, Bob Lokman ini kelihatan agak "rock" orangnya. Siapa sangka, dia rupa-rupanya adalah cicit Tok Kenali!



Oleh kerana dalam lawatan ini, saya mahu Shamsul supaya merakamkan gambar yang melibatkan kawasan madrasah di sebelah, satu madrasah di bawah kelolaan anak cucu Tok Kenali yang masih mengekalkan sedikit konsep pengajian pondok yang pernah diasaskan ulamak besar bertaraf wali itu, buat pertama kali setelah beberapa kali bertandang malah bermalam di masjid ini saya akhirnya masuk ke kawasan madrasah. Siapa sangka, kami sampai sejurus sebelum sebuah majlis perasmian sesi tahfiz diadakan. Lalu kami dijemput bersama untuk hadir, sempatlah berkenalan sedikit dengan beberapa orang penting termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dari parti PAS.



Apapun, kami tidak boleh lama di situ. Kami harus mengambil beberapa gambar yang dapat memaparkan kaitan masjid dengan madrasah...




Kaitan in perlu untuk mengenangahkan bahagian cerita tentang masjid ini yang melibatkan sistem pengajian atau sekolah pondok dahulukala...





Sedikit gambar-gambar sekitar madrasah yang memiliki beberapa bangunan. Untuk pengetahuan, semasa Tok Kenali masih hidup, kawasan ini menjadi tumpuan beribu, mungkin berpuluh ribu pelajar agama daripada seluruh Nusantara...











Walaupun Masjid Tok Kenali ini sendiri didirikan cuma pada tahun 1956, hakikatnya pernah wujud masjid lebih lama sebagai tempat tumpuan dalam kompleks pengajian pondok yang mekar di sini pada awal abad ke 20 Masihi.




Seterusnya kami pergi menziarahi makam Tok Kenali, sekitar 300 meter daripada masjid tadi. Oh, lupa nak beritahu. Kedua-dua masjid dan makam terletak di dalam kawasan Kubang Kerian, Kota Bahru.




Inilah dia makam Tok Kenali berbatu bulat sungai bersebelahan makam isteri. Al-Fatihah. Sekian! :]


4 ulasan:

  1. Bob Lokman? patut la bila tgk potret Tok Kenali dan Bob ada iras2 sikit... isk..sik..isk

    BalasPadam
  2. catatan yg cukup menarik

    ambe nak linkkan page nie ke blog ambe

    boleh?

    BalasPadam
  3. semekommmmm

    bestnya kalau dapat tau asal keturunan kita,rasa nyesal tak korek cita moyang tok,baruja meninggal tahun ni.umor dah 120 tapi yg tok kagum,telinga ja soundtrable ckit...tuboh badan semua sihat.

    BalasPadam