Jumaat, September 12, 2008

Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874... Beruas dan suasana misterinya

Assalamulaikum. Kini sudah lepas jam 6.30 petang, tak lama lagi akan masuk waktu berbuka puasa. Tadi saya baru menyiapkan artikel pembetulan bertajuk Masjid Bandar yang sebenar (the real Bandar mosque) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) diikuti artikel Exploring the happenings around the 1874 Pangkor Treaty in Perak...Foraying into Beruas di BERPETUALANG KE ACEH sebagai penyokong penceritaan melalui klip-klip video kali ini. Maka cukuplah ya, lihat sendiri klip-klip video ini untuk mengetahui ceritanya. Selamat berbuka puasa! :]



Berhenti sejenak di Muzium Beruas.



Ke makam Raja-raja Beruas di mana terdapat banyak batu-batu nesan Aceh...



Menyimpulkan sejarah di hadapan Masjid Kampung Kota.

2 ulasan:

  1. Salam Saudara Merah Silu,

    Saya benar-benar tertarik dengan pengembaraan saudara. Saudara telah melakukannya dan saya masih bercita-cita.. :)

    Banyaklah jugak tempat2 yang saya telah lawati di dalam dan luar negara dan melihat tapak2 sejarah terutamanya di Netherland dan France dimana kota-kota yang telah mereka dirikan adalah lebih 'kebal' dan 'gagah' jika kita bandingkan dengan kota2 pertahanan kerajaan melayu yang di tinggalkan dan satu lagi.. negeri-negeri yang terdapat di Malaysia adalah kecil dari segi saiznya.

    Saya terfikir, mungkinkah negeri-negeri yang ada kini di malaysia adalah sebetulnya dan sememangnya adalah negeri dan bukannya negara, dimana negara mempunyai ketua/khalifah/Amir yang lain yang mentadbir negeri-negeri ini. Persoalan yang saudara utarakan dalam petikan video saudara yang terakhir diatas tentang pemberian gelaran Tun ... mungkin. Seperti Bandar Hilir di Melaka dan Hulunya di Langkawi, Kedah juga merupakan satu persoalan.

    Saya terbaca didalam satu blog lain http://sejarahnegarakedah.blogspot.com tentang kupasan persoalan ini dan membuat sedikit kajian tentang nama-nama tempat di Kemboja yang masih mengunakan pangkal nama 'Kampong' dan 'pulo' bagi nama pulau di Myanmar dan Thailand (melalui Google Earth).

    Filem sejarah:
    Saya dikenalkan oleh kawan saya yang berada di UK tentang satu filem Thai bertajuk 'Queen of Langkasuka'. Terkejut jugak melihat anak raja pahang mengunakan senapang dan pistol pada ketika itu yang pada pendapat saya, kerajaan Langkasuka adalah sebelum Melaka. Saya juga ada terbaca satu buku karangan Mahathir Md. Khir, tak silap saya pensyarah sejarah di UM bertajuk "Sejarah Kesultanan Melayu Melaka" menyingkap tentang penjualan ubat bedil dan meriam diniagakan di Melaka melalui catatan Tom Pires.

    Harapan saya agar sama-sama kita dapat 'melukiskan peta' kegemilangan bangsa. Sejarah 'tetap' akan berulang bagi mendokong Islam kembali di bumi ini seperti yang telah berlaku sebelumnya. (Buktinya Islam di mana-mana di nusantara ini).

    Wallahualam...

    -khamal-

    BalasPadam
  2. Salam Saudara khamal,

    Filem thai yang bertajuk Queens of langkasuka (Ratu-ratu Langkasuka) itu sebenarnya tajuk asalnya ialah Queens of Pattani. Tajuknya terpaksa ditukar untuk mengelakkan kontroversi berkaitan kekacauan politik selatan thai di wilayah Pattani dan juga polisi kerajaan thai yang mengharamkan sebarang bentuk tulisan atau paparan sejarah mengenai kerajaan Melayu Islam-Pattani. Cerita itu mengisahkan tentang suasana yang berlaku di Pattani pada waktu pemerintahan tiga daripada empat orang Raja perempuannya iaitu Raja Hijau,Puteri Biru dan Puteri Ungu sekitar tahun 1584 iaitu selepas kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.Filem ini walaupun berunsurkan fiksyen tetapi beberapa elemen diambil dari cerita sejarah yang sebenar. Contohnya kisah mengenai meriam gergasi milik kerajaan Melayu Islam-Pattani yang dibina untuk mempertahankan kota dan juga meriam yang tenggelam ke dasar laut semasa tentera thai ingin memindahkannya ke dalam kapal iaitu selepas kerajaan siam berjaya menakluk Pattani dan kotanya di Krisek. Juga mengenai hubungan diplomatiknya dengan Pahang,Cina,Jepun,Johor dan Belanda. Filem ini juga memaparkan penggunaan senjata api seperti istinggar dan tarkol dikalangan pembesar Melayu seawal kurun ke 16masihi dan berdasarkan kajian sejarah orang Melayu Pattani telah pun menggunakan senjata api lebih awal lagi iaitu seawal penggunaan senjata api oleh tentera Turki Usmaniyah di Constantinople. Lebih menarik lagi mesin pesawat atau peluncur juga dipaparkan dan ini menunjukkan pengetahuan dan kesedaran kerajaan Islam-Pattani tentang ilmu penerbangan dan kepentingannya kepada pertahanan negara sesuai dengan kajian Ibnu Firnas tokoh Muslim yang terkenal di Andalusia. Pengarah filem ini telah menukar cerita bahawa segerombolan tentera lanun dari laut Andaman yang telah datang menyerang kota Pattani tetapi hakikat yang sebenarnya ialah tentera siam itu sendiri yang datang berperang dan menjajah negeri Melayu Islam-Pattani. Takkanlah pulak nak gambarkan siam tu yang jahat pulak dalam filem sendiri bukan? Nanti filem kena gam pulak..

    -ahmad-

    BalasPadam