Selingan sebentar...

Di perkarangan kanan Muzium Islam Melaka, terdapat 3 replika monumen penting Islam di bumi Melayu...

Batu bersurat Terengganu, dipercayai ditulis tahun 1303 Masihi...

Batu nesan Sultan Malikus Salih yang memerintah kerajaan Samudera dan Pasai, dikatakan batu nesan terawal yang ada dicatitkan tarikh kemangkatan seorang Raja Melayu iaitu bersamaan tahun 1297 Masihi...

Batu Tarsilah Brunei mengandungi salasilah Raja-raja Brunei, dibuat awal tahun 1800an...

Sejarawan tidak pasti siapakah yang membuat Batu Surat Terengganu. Tetapi ada orang menceritakan, ia ditulis dengan tangan oleh seorang ulamak bertaraf raja bernama Sharif Muhammad Al-Baghdadi.

Sultan Malikus Salih pula sangat terkenal sebagai Raja Melayu terawal memeluk Islam. Baginda mendirikan kerajaan Samudera dan Pasai hampir 150 tahun sebelum kemunculan kerajaan Melayu Melaka seperti yang kita kenali dalam sejarah!

Tarsilah Brunei yang ditulis lebih hampir ke zaman moden pula menyatakan Raja-raja Brunei bermula daripada Sultan ketiga nya iaitu Sharif Ali adalah berketurunan Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW yang sempat menjadi khalifah seluruh umat Islam.
Sekarang, tiada catatan rasmi menyatakan Sharif Muhammad Al-Baghdadi yang menulis Batu Bersurat Terengganu berasal daripada mana, begitu juga tentang Sultan Malikus Salih. Tetapi kajian saya berdasarkan cerita-cerita lisan orang lama serta sumber-sumber kerohanian menyebut mereka berdua juga adalah dari nasab keturunan Saidina Hassan. Apakah letaknya replika ketiga-tiga monumen ini sebaris di perkarangan Muzium Islam Melaka mengisyaratkan sesuatu? Sekian! :]
Assalaamu'alaikum
BalasPadamSelawat dan salam kpd junjungan Baginda Rasulullah saw dan keturunannya. Saudara Merah Silu, syariff ali merupakan sepupu datuk nenek saya dan di perkuburan sana (Brunei) terdapat makam beliau dan datuk mereka yg mana datuk kpd syariff Ali juga....
lloni
Wassalam. Selawat dan salam kepada baginda juga dari saya. Bahawa tersebarnya nasab keturunan Saidina Hussein terutama dari kabilah Ba'Alawi yang cukup terkenal memakai nama Sayyid dan Sharifah sudah diketahui umum. Tetapi sejarah tentang betapa ramai juga keturunan Saidina Hassan bertebaran di bumi Melayu ini, itu yang tidak diketahui umum lalu kesahihannya sering dipersoalkan. Namun tanda-tanda tetap ditinggalkan untuk mereka yang memikirkan. Sekian! :]
BalasPadamAssalamualaikum Wrt...
BalasPadamBatu nesan yg tengah2 tue milik Sultan Malikus Salih.Setahu sy kalau pattern nisan begitu,arwah2nya dari kerabat jim yau ha ra.cuma tak pasti adalah semuanya terlibat atau sebahagian sahaja yang di iktiraf sebagai kerabat jim yau ha ra.
Wallahuallam