Rabu, Julai 23, 2008

Bertandang ke Pulau Besar. Makam Nenek Kebayan...

Bersambung dari artikel Bertandang ke Pulau Besar. Pondok tempat rehatku di sana! Rasanya semua orang pernah mendengar cerita-cerita tentang Nenek Kebayan bukan? Tapi tahukah anda bahawa di Pulau Besar, Melaka terdapat sebuah kuburan panjang yang dikenali sebagai makam Nenek Kebayan? Malah tidak jauh dari makam itu terdapat pula perigi Nenek Kebayan! Macam-macam... Lihatlah klip video di bawah ini...

p/s:
Kebetulan klip video ini adalah klip ke 41 dimasukkan ke dalam YouTube oleh saudara Zaidi @ PerpatihTulus yang bertindak sebagai cameraman, klip ke 41 daripada pecahan klip-klip hasil rakaman sambungan perjalanan ke Negeri Sembilan yang kemudian bersambung dengan perjalanan ke Pulau Besar. Kebetulan juga kawasan makam Nenek Kebayan dan periginya itu terletak di kawasan lubang 14 padang golf terbengkalai Pulau Besar... 41 dan 14, apakah ada makna tersirat di sebalik kebetulan ini?


2 ulasan:

  1. Salaam.

    Info yang saya perolehi daripada Saudara Sheikh Mohamad Din dalam ruang komentar di laman blog www.niknazmi.com tentang Nenek Kebayan tersebut adalah seperti berikut:

    Nenek Kebayan itu namanya ialah NENEK INANGSEH.Beliau ialah inang pengasuh kepada Nenek Syarifah Siti Fatimah atau Puteri Cempaka Biru Binti Saiyid Ali Nurul Alam yang masyhur tu. Dari keturunan Saiyid Ali Nurul Alam menurunkan nasab bernama Wan,Nik,Ku di Acheh,Patani dan Kelantan dan lain lain tempat. Suami kepada nenek Sharipah Siti Fatimah ialah MAULANA ISHAQ atau MAULANA MOHAMAD YUSOF AS SIDDIQ. Mereka dikurniakan zuriat iaitu:
    1.SYARIFAH RODZIAH/SARAH
    2.SAIYID IBRAHIM
    3.SYARIPAH MUSALMAH
    4.SAIYID QASIM
    5.SYARIFAH KHATIJAH
    6.SYARIFAH SITI MAIMUNAH/ RUBIAH
    7.SYARIFAH SITI AISYAH.

    SHARIFAH SARAH telah berkahwin dengan SAIYID IBRAHIM bin QODIR.

    SHARIFAH RUBIAH kawin dengan SYEIKH SULTAN ARIFFIN

    SHARIFAH MUSALLMAH kawin dengan SAIYID SHAMSURI bin SAIYID ALI MUTARDHAO (Bapa kepada SAIYID ALI NURUL ALAM ialah SAIYID HUSIN JAMADIL KUBRA)

    Wallahualam...

    p/s: Saya telah membuat pembetulan di sanggar www.jejakmihrabmimbar.com setelah menjumpai maklumat berkaitan nenek kebayan ini setelah melayari laman blog seperti yang tersebut di atas.

    BalasPadam
  2. Saper jaga batu belah di pulau besar sekg ?

    BalasPadam