Khamis, Jun 12, 2008

Mengambil berkat naskah Quran dari Aceh?



Tadi apabila melihat gambar Quran lama dari Aceh ini daripada sebuah website yang link nya diberikan oleh saudara Zam dalam ruangan comment untuk artikel Funfair ke alam barzakh? , terasa pula mahu memaparkannya di sini. Mungkin kerana mahu mengambil berkat, mungkin kerana terasa ia begitu cantik berseni? Mungkin ya, mungkin ada sebab lain. Yang penting, saya cuma mengikut gerak hati yang jujur... Gerak hati yang kadangkala saya tidak tahu apakah sebab-musababnya ia timbul tetapi akan terjawab dan terserlah hikmahnya suatu hari nanti.

Lagipun, malam ini sudah masuk malam Jumaat, sesuai le gambar Quran diletak di sini. Kebetulan proses mengedit kembali siri buku "Berpetualang ke Aceh" untuk kemungkinan membuat cetakan kedua serta versi Internet untuk jualan on-line, proses yang sebenarnya mahu dimulakan lebih sebulan lalu tapi sering tergendala akibat hal-hal lain sudah masuk pada bab yang amat penting... Bab dalam buku pertama (dengan sub-title "Mencari Diri dan Erti") yang bertajuk "Sedikit mengenai Sheikh Abdul Qadir al-Jilani"... Kalau tak salah ingatan begitulah tajuknya. Saya pun tak berapa pasti kerana tidak membawa apa-apa rujukan berkenaan siri buku saya sendiri ke Internet Cafe di Kajang tempat saya sedang menulis ini!

Dalam proses mencari kepastian akan tajuk bab itu dengan menggunakan Google Search, moga-moga ada reference untuk tajuk sebenar bab itu di mana-mana posting blogspot, forum atau cedukan orang lain di Internet, saya terjumpa pula sebuah artikel lama yang pernah diletakkan dalam blogspot ini. Rasanya ada kena-mengena dengan gerak hati yang membawa saya untuk membuat posting ini juga... Sila lihat artikel Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak? yang dibuat September 2007, artikel yang entah- kenapa saya tergerak untuk membukanya dengan gambar lama motosikal besar kesayangan saya!

Insyaallah selepas selesai solat Isyak nanti, saya akan cuba siapkan editting bab mengenai Sultanul Awliya ini hingga tamat. Oh... Selain membetulkan apa-apa typo error atau kesilapan lain yang mungkin mengganggu penghayatan cerita, kesilapan-kesilapan yang cuma disedari setelah siri buku "Berpetualang ke Aceh" dicetak lalu menemui khalayak ramai, proses editting ini juga melibatkan pengubahsuaian penggunaan ruang text yang dilapangkan sedikit tanpa mengganggu susun-atur kaitan format dan rentak cerita dengan mukasurat yang telah saya atur sejak mula membuat buku pertama. Untuk makluman ini adalah posting ke 343 di blogspot ini, mungkin nombor ini sendiri ada kaitan? Salam Jumaat! :]



2 ulasan:

  1. askm radzi,
    bila aku baca entri2 kau dlm blog ni banyak kisah2 ttg tawakal,ikut kata hati,intuisi...dan lain2 dalam perjuangan kau...aku dulu masa jadi fulltime artist pun mcm 2..jiwa jadi hidup..tapi sekarang bila makan gaji...jiwa malap..tawakal,intuisi jadi lemah...kemanisan ibadat pun kurang,

    Ok radzi,semoga terus menulis kerana apa yng kau buat ni adalah khazanah untuk generasi sekarang & akan datang,mcm Tun Sri Lanang,mcm Raja Ali Haji..

    BalasPadam
  2. Wassalam. Mekasih kerana sudi baca cerita2 aku kat sini... :]

    BalasPadam