Selasa, Mei 13, 2008

"Mematikan diri" di makam Tok Selehor...

Semasa masih berada di sekitar negeri Terengganu, ada seorang pembaca telah menghantar SMS meminta saya agar pergi ke kawasan madrasah Tok Selehor apabila sampai di Kelantan nanti. Katanya dia baru mendapat tahu, di sana ada sebuah lubang kubur di tengah-tengah tanah perkuburan yang dijadikan tempat bersuluk atau berkhalwat, iaitu bersendirian sambil beramal mengingati Allah bagi anak-anak murid Tok Selehor suatu masa dahulu.

Alhamdulillah, pada 3 haribulan April 2008, saya akhirnya sampai ke tempat ini lalu sempat "mematikan diri" sejenak di dalam lubang kubur tersebut. Yang menariknya, sebaik sahaja saya keluar daripada lubang itu, kelihatan ramai budak sekolah sedang melawat tempat ini pula... Sekian! :]

























15 ulasan:

  1. Abang kantol ke dengan bebudak sekolah masa mematikan diri tu?

    BalasPadam
  2. Hehe... Diaorang cuma perasan tiba-tiba je ada orang keluar daripada pintu bilik utama... Pintu bilik khalwat dalam kubur tu kat bawah, jadi mungkin diaorang tak berapa perasan kot yang saya sebenarnya baru keluar daripada situ? Tahu-tahu je orang keluar tapi tak pasti keluar daripada mana...

    p/s: Hmm... Kantol tu kalau buat salah kan? Saya masuk situ pun lepas pegi mintak kebenaran dengan penjaga kunci, kena pegi rumah dia 300 meter daripada situ. Rasanya dia takkan nak bagi kunci masuk tu kalau tak da go ahead daripada pihak tertentu kan?

    BalasPadam
  3. kalau ngam-ngam keluar lubang kubur tu, jumpa budak sekolah tu kan best.. hehehe, lepas tu buat macam aziz sattar keluar dari perigi buta tu.. hheheh..

    dah lama tak masuk sini, tak berkesempatan.. tertinggal banyak cerita daaaa..

    BalasPadam
  4. salam..

    Story sikit ttg keistimewaan Tok Selehor boleh? :)

    1st time dgr ttg KOK MAJID dr seorg kwn lama..

    BalasPadam
  5. Wassalam... Tok Selehor ni pun taraf wali gak dan khalifah tariqat. Ala... Google je nama "Tok Selehor" ni, byk informasi boleh dapat! :]

    BalasPadam
  6. Hmm... Baru perasan. Setahun dulu dah buat dah cerita pasal Tok Selehor kat sini tapi takda gambar.
    Sila masuk kat sini... http://merahsilu.blogspot.com/2007/05/tok-selehor.html

    BalasPadam
  7. Saya bermimpi meziarahi kubur wali yg ada tempat suluk kira2 2 bulan yg lepas...seingat saya di kawasan negeri utara dan selepas tu ada juga saya mencari-cari gambar dilaman blogspot Tuan Merahsilu...dan saya terkejut bila terbaca mengenai kubur Tok selehor ni...Entahlah saya pun tak faham apa maksud mimpi tersebut.

    BalasPadam
  8. Salam..

    Kepada cik/encik anonymous...sy pun mengalami mimpi yang sama..tp bukan makam Tok Selehor . Ianya di kawasan Utara..cuma saya perlu ke sana setelah beberapa hal tentang diri saya selesai. Moga Allah merahmatiNya..kerana apa yang dipesankan, saya perlu bermalam 3 malam untuk bersuluk..

    BalasPadam
  9. Salam... Untuk yang utara tu cuba masuk kat sini... http://merahsilu.blogspot.com/2008/02/makam-datuk-maharaja-khadi-sheikh-abdul.html

    BalasPadam
  10. Terima kasih Tuan Merahsilu..blog Tuan benar-benar menarik dan berinfo.

    p/s : Cik anggun, gambaran mimpi saya menyerupai suasana di makam Tok Selehor tetapi didlm mimpi tersebut seolah-olah menyatakan lokasinya berada dikedah utara atau kawasan sempadan kedah/perlis. add info masjid beratapkan unsur2 seni bina acheh. wallahualam.

    BalasPadam
  11. Yea..

    Tuan anonymous..dlm mimpi saya itu juga ada beberapa makam para Wali.Kawasan makam tersebut mmg ada tempat bersuluk mcm di Tok Selehor ni.Tetapi hanya ada beberapa makam dan kesemua makam tersebut berketurunan dari Saidina Hassan..Tapi dlm mimpi tu temapt tu di Kedah Mmm..kat Utara samada Kedah or sempadan Perlis..itu saya tak pasti..

    Moga diberi pencerahan lagi ttg ini..

    BalasPadam
  12. salamullah..
    saya bercadang untuk mngadakan lawatan ke pondok tok selehor.

    dengan siapa perlu saya berurusan?
    harap saudara b0le tolong..
    kirimkan n0 fon atau fax ke email saya

    sipot_crew@yahoo.com
    nash_651@yahoo.com

    thnxx

    BalasPadam
  13. Wassalam. Saya tak tahu perlu berurusan dengan siapa. Dahulu saya pergi terus ke sana... masuk ke kawasan pondok kemudian bertanyakan orang pada siapa boleh dapatkan kunci makam.

    Saya rasa tiada masalah jika rombongan saudara terus masuk secara ad hoc ke sana... cuma takut takda orang yang dapat melayan sahaja. Mungkin juga saudara harus menghantar wakil dahulu. Pergi sahaja ke pondok atau ke masjid dan bertanya pada orang. Mungkin boleh ditetapkan tarikh di mana ada orang di pondok yang sudi memandu arah dan menjawab pertanyaan.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  15. Assalam.
    bila sampai di lokasi.
    pergila cari seorang yg bernama
    abe soh..
    salah seorang keturunannya.
    sebelum balik
    berborakla dgn beliau.ada bekalnya

    BalasPadam