Jumaat, Mac 28, 2008

Salam dari Kuala Berang... Menyusuri sejarah lama kedatangan Islam...

Oleh kerana gambar replika Batu Bersurat Terengganu yang saya ambil sendiri pagi tadi di Kuala Terengganu tidak dapat di upload kerana tiada alat untuk transfer daripada kamera digital masuk ke pen-drive, terpaksalah saya curi gambar ini daripada Internet pula...

Assalamuaikum semua... Saya kini berada di Kuala Berang, dalam daerah Ulu Terengganu. Untuk makluman, di sekitar kawasan inilah Batu Bersurat Terengganu yang sangat terkenal itu ditemui, batu bersurat yang dikatakan sebagai bukti bahawa agama Islam sudah sampai ke Tanah Melayu sekurang-kurangnya sejak tahun 1303 Masihi, hampir seabad sebelum kemunculan keSultanan Melayu Melaka!
Semalam, setelah meninggalkan Dungun, saya telah bermalam di sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Terengganu milik orang Melayu... Hotel ringkas yang merupakan sebuah rumah kayu tradisional dijadikan hotel untuk pengembara budget seperti saya... Di sana baru saya sedar, di sebuah kawasan lapang berhadapan hotel yang juga terletak di sisi stesyen bas utama tengah bandar, terdapat beberapa buah kubur lama dengan batu-batu nesannya masih berdiri tegak dan tidak pula bersemak...
Di KT ternyata terdapat banyak makam-makam lama terutama milik golongan diraja, para ulamak dan golongan bangsawan. Alhamdulillah, kebanyakan makam-makam lama di sini terjaga elok dan begitu terserlah... Kalau tak percaya, pergi lihat sendiri di bandaraya ini...
Semalam, sebaik sahaja sampai daripada Dungun, saya telah berjalan kaki melepasi Masjid Abidin dan Istana Maziah untuk ke Bukit Puteri yang terletak di hadapan Pasar Payang (ya ke namanya begini? Ingat-ingat lupa pulak). Oh... Kali terakhir saya sampai ke Terengganu adalah penghujung tahun 2006, selepas menghadiri majilis perkahwinan seorang sepupu di KT.
Ketika itu saya dapati telah muncul projek baru yang rasanya dibuat untuk memodenkan KT (ikut acuan orang-orang tertentu le...) terutama Pasar Payang.... Maka didirikan bangunan-bangunan baru di kaki Bukit Puteri yang rasanya bakal jadi lot-lot kedai moden untuk menggantikan peranan Pasar Payang di seberang jalan... Tetapi apabila sampai semalam, ternyata projek ini masih belum siap... Lalu tangga naik ke Bukit Puteri masih lagi terhalang seperti setahun lalu akibat bahagian bawah diruntuhkan untuk projek... Apapun seperti tahun lepas, saya tetap naik juga pagi itu walaupun harus memanjat dan melompat di mana-mana yang patut...
Separuh jalan naik tangga di mana terdapat penghadang pada 2 tempat, terserempak pula dengan 2 orang pengawal keselamatan. Kata mereka, jalan ke Bukit Puteri masih ditutup kepada orang ramai... Hampir terkilan saya mendengar kata-kata itu... Kalau nak menyeludup masuk, tak susah untuk saya buat tetapi saya perlu juga menghormati para pengawal keselamatan yang dua-duanya orang Melayu.
Saya berterus-terang mahu menziarahi makam Syed Yassin di atas sana tanpa mengharapkan apa-apa kecuali menyatakan rasa... Untuk pengetahuan, Syed Yassin adalah seorang ulamak daripada Aceh... Bapanya datang daripada Hadramaut, Yaman, dikatakan lari daripada sana kerana masalah tertentu lalu berkahwin dengan seorang puteri Aceh sehingga mendapatkan Syed Yassin.
Syed Yassin datang ke Terengganu awal abad ke 17 lalu berkahwin dengan seorang puteri kepada Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu pertama daripada dinasti sekarang iaitu dinasti keturunan Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang menguasai Johor selepas kemangkatan Sultan Mahmud Mangkat dijulang dalam tahun 1680an gitu... Daripada beliaulah muncul satu cabang keturunan Ahlul Bait Ba' Alawi yang dikenali sebagai kaum Bin Yahya (dipanggil juga Al-Yahya)...
Apapun, saya dapat menziarahi makam Syed Yassin kemudian berjalan kaki di Kampung Cina sehingga ke Bukit Keledang. Naik ke bukit itu pula, dapat menziarahi makam Sultan Zainal Abidin I serta sebuah makam lama misteri di sebelah yang dipercayai sesetengah orang sebagai makam Megat Panji Alam, seorang anak Raja Terengganu yang dikatakan dibunuh Hang Tuah akibat kes berebutkan Tun Teja...
Malam itu pula, malam Jumaat, buat pertama kali saya tergerak untuk masuk ke kawasan pemakaman diraja Terengganu yang terletak di dalam kawasan Masjid Abidin... Padahal saya sudah ke masjid itu rasanya sekurang-kurangnya 10 kali!
Pagi tadi pula saya berjalan kaki ke Jalan Pusara untuk masuk ke kawasan pemakaman Sheikh Ibrahim. Kawasan ini agak luas, rasanya ada lebih 5,000 kubur di sini termasuk makam beberapa orang Sultan Terengganu juga makam ulamak-ulamak tersohor seperti Sheikh Duyung. Kemudian pergi ke makam Tok Pelam di seberang jalan ke hadapan sedikit dari kawasan pemakaman Sheikh Ibrahim...
Yang menarik, selain mempunyai bangunan makam tertutup yang menarik penuh seni, makam Tok Pelam juga memiliki sebuah rumah suluk iaitu pondok kecil untuk orang beramal... Kedua kawasan makam ini ditunjukkan kepada saya oleh seorang kerabat diraja Terengganu yang dianggap sebagai seorang wali hidup oleh sesetengah orang, Engku Sayyid Mukhsin sekitar tahun 2004 dahulu... Sejak itu, rasanya baru kali ini saya menziarahi kawasan makam-makam ini lagi...
Yang nyata, memang makam-makam lama di Terengganu elok terjaga dan terserlah... Ini melambangkan, walaupun ada percubaan pihak moden untuk mengurangkan nilai sebenar sejarah orang Melayu Islam akibat tusukan beracun pemikiran golongan Yahudi Zionis yang menaja pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dalam dunia politik tanahair, masyarakat Terengganu secara amnya sendiri tahu menghormati para Ahlul Bait, keluarga diraja, para ulamak dan bangsawan Melayu tanpa perlu sentiasa disuruh... Alhamdulillah... Mungkin negeri ini akan mencetuskan kembali kewibawaan Raja-raja Melayu yang sebenar? Raja-raja yang dapat naungan pemerintahan kerajaan langit kerana bersungguh-sungguh mahu menjaga kebajikan serta menaikkan martabat rakyat-jelata?
Apapun, itu soal lain yang angkat kita lihat perkembangannya tahun ini, Insyaallah! Biasanya kalau di Terengganu, saya mesti melawat makam ulamak terkenal abad ke 19 Tokku Paloh yang merupakan guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan makam Tok Pulau Manis (abad ke 17), guru kepada Sultan Zainal Abidin I. Tetapi kali ini saya membuat keputusan akan pergi ke Kuala Berang terlebih dahulu sebelum pergi ke makam-makam ini.
Apakah yang akan saya buat di Kuala Berang? Seperti yang disebut awal tadi, di sinilah tempat Batu Bersurat Terengganu ditemui dan di sinilah ia pernah "bertakhta" menjadi watikah hukum berdasarkan Syariat Nabi untuk mengatur kesejahteraan hidup rakyat jelata...
Cukuplah. diberitahu lawatan saya ke sini ada kena-mengena dengan susur-galur berdaulat Sharif Muhammad Al-Baghdadi, orang yang dikatakan penulis Batu Bersurat Terengganu... Menurut cerita waris-warisnya yang biasa saya temui dahulu (sekarang entah di mana, saya pun tak tahu!), daripada susur-galur keturunan cucu sulung Nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hassan! Sekian... :]

p/s:
Kalau rajin, klik dan baca cerita ini...
Akhirnya... Membuka misteri identiti Nakhoda Khalifah!

10 ulasan:

  1. Hi Radzi.
    Been going through yr blog sites quite a bit over the past few days. Really good stuff. Seronok baca kisah pengembaraan engkau. Dapat juga aku recharged jati diri Islam dan melayu aku. Kisah susur galur keturunan dan sebagainya. Aku pernah juga check latar belakang keluarga aku tapi tak se extensive yang engkau buat. May be I ll work more on it in the future. Tapi nak buat macam engkau tak larat la. Tualang belakang aku pun dah tak kuat nak punggah beg kesana kemari macam engkau. All I know about my family history so far was that sebelah arwah bapak aku asal dari keluarga orang alim di Jogjakarta. Arwah mak aku pun orang jawa juga...abang sulung aku ada trace lineagenya sampai ke asal usul rupa-rupanya dari golongan ketua sami hindu zaman majapahit dahulukala. Begitu lah adanya. I m going to visit this site as often as i can from now on. All the best bro.

    BalasPadam
  2. rasanya statement seperti ini tak perlu dimasukkan lah

    "Ketika itu saya dapati telah muncul projek baru yang rasanya dibuat untuk memodenkan KT (ikut acuan orang-orang tertentu le...)


    "Yang nyata, memang makam-makam lama di Terengganu elok terjaga dan terserlah... Ini melambangkan, walaupun ada percubaan pihak moden untuk mengurangkan nilai sebenar sejarah orang Melayu Islam akibat tusukan beracun pemikiran golongan Yahudi Zionis yang menaja pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dalam dunia politik tanahair,

    Saudara melihat tapi komen tak selari dgn apa yg saudara lihat, persepsi/sangka buruk saudara rupanya mengatasi apa yang terpampang (realiti) depan mata saudara

    apa pun saya memuji blog saudara.
    tahniah, blog yang amat bagus.

    harap2 dimasa depan saudara terus melapor apa yg saudara alami sendiri, bukannya suatu pendapat personal yang belum tentu betulnya.

    BalasPadam
  3. salam radzi

    singgah ke dungun patutnya contact hamba..boleh kita buka cerita sambil mengena teh tarik segelas dua!

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan wassalam (kira2 memberi salam mana yang patut dan menjawab juga mana yang patut le)...
    Untuk Shahrum, you're welcome to visit any of my blogspots anytime... Better still, all of time as you see fit. Feel free to give your comments too. Hope it is useful for you (maybe as some sort of inspiration to counter all the spins out there, hehe! :]).
    Untuk anynomous, janganlah emosional. Saudara boleh memilih untuk menerima apa yang diperkatakan atau tidak. Betul atau tidak, anggaplah ia adalah anggapan peribadi saya. Tetapi ingat, jangan disamakan pandangan peribadi saya dengan pandangan orang sembarangan... Sepertimana tidak sama pandangan seorang engineer terhadap satu binaan jambatan berbanding pandangan orang biasa yang tidak ada training dalam bidang pembinaan.
    Sesungguhnya melapor terus apa yang dilihat telah lama saya lalui sebagai wartawan meja berita di New Straits Times. Ini basic training peringkat bawahan... Saya rasa di sana, pengalaman saya sudah cukup diakui untuk mampu memberikan pandangan peribadi pula... Dan sekali lagi, bukan pandangan peribadi secara semberono tetapi berdasarkan pengalaman yang meluas.
    Untuk Wak, dah miss lah Dungun...Kat Terengganu dah nak masuk seminggu ni, rasanya besok dah mula melangkah masuk Kelantan.
    OK, selamat semua! :]

    BalasPadam
  5. ....anggaplah ia adalah anggapan peribadi saya. Tetapi ingat, jangan disamakan pandangan peribadi saya dengan pandangan orang sembarangan...

    -Ayat ini menunjukkankan sdr merasa diri sdr bagus dan bukan sembarangan)

    Sepatutnya, orang yg bukan sembarangan tidak akan bercakap begini


    Ini basic training peringkat bawahan...

    -(Sekali sdr arrogant)
    Sila perbaiki persepsi sdr tentang manusia lain. Sila kurangkan rasa agungkan diri berbanding manusia lain.

    BalasPadam
  6. Terimakasih. Seeloknya saudara mencermin diri sendiri terlebih dahulu. Masuk ke blogspot orang tanpa memberi salam... Terus menerjah memberikan pendapat lalu saudara harap saya cuma menurut dan mengangguk sahaja menerima kata-kata saudara itu.
    Cukup senang menghukum orang sebagai arrogant dan membangga diri. Tetapi diri itu sendiri yang lupa... Masuk ke rumah orang sekurang-kurangnya berilah salam. Ini tidak, terus sahaja memberikan teguran lalu jadilah ia kelihatan biadab walaupun saudara rasa tindakan saudara itu "berhemah"!
    Begitulah manusia apabila terasa dirinya layak memberi nasihat, kononnya tahu menilik diri dan keadaan orang.
    Sekali lagi dalam bahasa senang. Ini rumah saya... Saya ada hak untuk menentukan halatuju serta cara bercerita. Hak ini tidak memerlukan pangkat, tidak perlu menjadi raja. Cukup saya sebagai pengendali blogspot.
    Selama ini bukan saya tidak pernah menerima pendapat dan teguran. Tetapi mereka-mereka ini memberikan salam kemudian memberi pendapat dengan hormat.
    Jangan pula anggap saya memerlukan penghormatan kerana mahu diangkat sebagai seorang raja... Itu adalah buruk-sangka orang yang tidak mengenali saya... Sudahlah tidak kenal, mahu pula menegur saya di rumah saya sendiri dengan cara yang boleh mencemar.
    Benda paling basic... Masuk rumah orang, ikut adab rumah itu. Itu sahaja.
    Harap saudara insaf dan perbaiki diri sendiri. Jangan teralu sibuk hendak menjadi jaguh memperbaiki orang lain. Sekian...

    BalasPadam
  7. Salam Bro Radzi..sebetulnya baru je layan blog nih & tau dr link dr web Infogossip..Sekali baca bro dh 2 kali melawat daerah saya,Hulu Terengganu. Rasa terkilan pon ada kerana trlepas peluang utk mngenali bro secara dekat laa..Sebetulnya Kg Buluh tu asal saya & menetap di Kuala Berang..Mungkin next trip kalo ada rezeki..Brhubung prkmpungan di Jenagor tu,sy sehingga saat ini belom lg jejak kaki dan mgkin tidak kut.Ntah..Allahuallam.

    BalasPadam
  8. salam.bro, andai ke kuala berang lagi singgahlah ke rumah kami.kg pauh,kuala berang.
    -cahaya kemuliaanku

    BalasPadam
  9. Wassalam. Kalau dilorongkan jalan, Insyaallah! :]

    BalasPadam
  10. tahniah ...teruskan usaha..
    smg d brkati Allah TAALA usaha anda itu..

    BalasPadam