Sabtu, Mac 15, 2008

Berehat sebentar di Lumut

Assalamualaikum semua... Dengan terluahnya cerita Beruas, kaitan dengan Aceh dan melihat bulan... Antara mimpi dan realiti kehidupan semalam di sini dan 5 buah lagi posting di blogspots BERPETUALANG KE ACEH dan SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) semalam, boleh kata terlepas sudah hampir semua bebanan cerita yang perlu disampaikan sekitar perjalanan di Perak yang dibuat lebih sebulan lalu. Maka itu mari kita bersantai... Mari kita bersantai ke Lumut setelah tempoh beberapa hari sebelum itu asyik berhempas-pulas cuba mengupas rahsia serta sejarah lama kerajaan-kerajaan purba Beruas dan Gangganegara. Mari...


Ini adalah gambar bot kecil yang dijadikan feri untuk menyeberangi Sungai Dinding. Gambar ini diambil sebaik sahaja sampai di Lumut daripada Damar Laut di seberang.

Beberapa buah gambar turut diambil ketika dalam perjalanan menyeberangi sungai itu. Untuk melihatnya sila masuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH dan baca artikel Views from the ferry crossing Sungai (river of) Dinding...


Pemandangan menghala ke stesyen bas Lumut dengan tempat letak kereta bertingkat yang agak luas memenuhi ruang kanan. Di latarbelakang adalah Bukit Engku Busu setinggi sekitar 1,000 kaki... Kelihatan kecil di kiri adalah masjid jamek Lumut...


Saya berhenti di warung ini untuk makan... Nampak tak bangunan di tengah dengan ukiran seperti lidah tergantung di hujung atap? Ia adalah bangunan moden yang dijadikan sebuah pusat informasi pelancongan sambil menonjolkan sedikit seni lama Perak.

Saya telah pergi ke Lumut mungkin 20 kali setakat ini... Tetapi dalam perjalanan kali ini baru saya sedar terdapat sebuah taman perumahan moden di mana setiap rumah mempunyai ukiran begini, seperti lidah tergantung di setiap sudut bumbung!


Jalan Nakhoda Muhammad Taib dengan masjid jamek Lumut di belakang. Sedikit cerita bergambar tentang masjid ini telah dibuat di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dengan tajuk Masjid jamek (the main mosque) of Lumut ...


Ini pula adalah gambar muara Sungai Dinding dengan sebahagian Pulau Pangkor kelihatan di belakang... Beberapa gambar sekeliling bandar Lumut telah saya siarkan di blogspot BERPETUALANG KE ACEH dengan tajuk And now a look around Lumut... . Sekian! :]


2 ulasan:

  1. Salam...

    Lumut menggamit kenangan saya ketika belajar di Seri Manjung lama dahulu... Hmm banyak dah perubahan.

    Abg MS dah tukar ye. Dulu lidah terjulur, sekarang lidah tergantung pula. hehe... kepala cicak le...

    BalasPadam
  2. Wassalam.
    Hehe, lupa plak... Terjulur dengan tergantung... Sebab saya bila lihat terus tulis je apa perkataan yang terkeluar untuk describe. Dah lama tak cerita pasal ukiran ni, tu yang terjulur jadi tergantung... Mungkin ada makna ni, macam beza batang berjuntai dengan susu cap gantung, hehe!
    Tu le masalahnya, sebab saya tak berapa gemar panggilan kepala cicak tu... Yang saya nampak tetap lidah terkeluar ke bawah...
    Hmm, bagus juga Zam mengingatkan. Selepas ini saya kena sebut balik lidah terjulur le. Hehe! :]

    BalasPadam