Ahad, Februari 24, 2008

Jalan-jalan KL satu Jumaat...

Hmm... Anggaplah ini sebagai selingan daripada cerita-cerita perjalanan sebelum ini yang dibuat agak begitu serius...


Jumaat minggu lepas, saya berjalan-jalan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman... Bukan tak biasa malah selalu sangat. Cuma kali ini tergerak untuk mengambil gambar setelah melihat bangunan kedai kain yang biasa saya lalui ini baru lepas terbakar...


Kadang-kadang disebabkan kita selalu melalui satu kawasan, kita lupa akan keindahan warna-warni alam ciptaan Tuhan...


Alhamdulillah, semenjak kebelakangan ini, semenjak siap menyajikan trilogi siri buku "Berpetualang ke Aceh", saya sering dapat melihat kembali warna-warna alam secerah seperti mana saya melihatnya ketika zaman kanak-kanak dahulu...


Ada masanya, pandangan yang kelihatan begitu biasa pada kebanyakan orang boleh kelihatan seperti potret-potret hidup lukisan artis-artis terkenal seperti Monet dan Van Gogh... Heh, saya main bantai aje pakai nama Mat Saleh-Mat Saleh ni... Bukan saya kenal sangat pun lukisan mereka tapi itulah nama-nama yang terkeluar, hehe!


Dalam keadaan-keadaan sebegini, dapat dirasakan betapa bermaknanya talian persaudaraan sesamalah Ummah seperti yang cuba disemarakkan ajaran Islam melalui solat berjemaah... Ini adalah gambar jemaah yang kelihatan di Masjid Jamek Kuala Lumpur daripada seberang Sungai Kelang...


Lihat jemaah yang berkumpul di stesyen LRT Masjid Jamek pula. Dahulu seingat saya, apabila lalu di kawasan ini, jemaah ramai yang melimpah keluar daripada kawasan masjid akan menggunakan kawasan kaki lima dan pejalan kaki di luar untuk bersolat.

Kini mereka terlindung di bawah bumbung stesyen LRT. Saya pula mengambil sudut paling belakang berdekatan tangga untuk bersolat... Cukuplah dengan menggunakan jaket sebagai kain sajadah untuk mengalas kepala...


Selesai solat dan doa di Masjid Jamek, saya berjalan kaki 200 meter ke Masjid India pula, Ternyata jemaah sana baru sahaja selesai bersolat...


Ini pula gambar Masjid Albukhary di Jalan Hang Tuah yang diambil keesokan harinya... Tadi saya sudah membuat sebuah cerita bergambar mengenainya di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) . Tajuknya ialah Masjid Albukhary (The Albukhary mosque) in Kuala Lumpur...


Selepas singgah di Masjid Albukhary, saya sempat naik ke Bukit Gasing di Petaling Jaya pula. Gambar-gambar yang diambil di sana telah saya paparkan tadi dalam artikel bertajuk Views at Bukit Gasing... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Sekian! :]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan