Ahad, Ogos 19, 2007

Masa untuk berehat seketika dan membuat kerja lain...

Gambar lama di Bratislava, Republic of Slovakia sebagai penghias cerita. Nak tahu apa kena-mengenanya, sila masuk ke BERPETUALANG KE ACEH ...

Assalamualaikum kawan-kawan dan para pembaca sekalian. Adapun pada malam ini, saya telah membuat beberapa buah posting baru untuk blogspot-blogspot saya sehingga jadilah posting yang 55 untuk SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan posting ke 111 untuk BERPETUALANG KE ACEH . Cantik bukan nombor-nombor ini? Kena pula saya ada semacam kegilaan nombor... Eloklah itu.
Posting ini pula ialah posting ke 171 untuk blogspot ini selepas berjaya membuat 3 posting baru untuk memasukkan video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh". Maka ingin dimaklumkan saya akan berehat seketika daripada membuat apa-apa posting dalam mana-mana blogspot saya.
Oh... Biar saya guna peluang ini untuk mempromosi cerita perjalanan ke Eropah tahun 1995 yang dibuat dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH setakat ini ya... Ini link-link nya... Sila... Sekarang saya mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk proses penyuntingan buku terbaru saya yang akan datang, "Berpetualang ke Aceh: Sirih pulang ke Gagang?" atau BKA 3 ya. Selamat malam! :]

Video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh"! Fahamkanlah makna satu perjuangan!

OK... Allah, Allah, Allah!
Akhirnya, dapat juga saya menyelesaikan proses memasukkan video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pustaka buku Khazanah Fathaniyah, Chow Kit 9 Jun 2007. Ini dia bahagian terakhir video yang telah dipecah 3 untuk memenuhi had free video hosting per upload... Semoga kawan-kawan dan para pembaca sekalian semakin faham akan makna satu perjuangan. Allahumma sali ala Muhammad wa ala ali Muhammad! Allahu akbar!
Oh... Sekali lagi, semenantara menunggu video upload yang memakan masa hampir satu setengah jam tadi, saya sempat membuat postings terbaru untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) iaitu Masjid Jamek (main mosque) of Muar... dan blogspot BERPETUALANG KE ACEH iaitu Trip to Europe 1995... The ugly side of Prague... . Masuklah juga ke blogspot-blogspot ini ya... Syukur Alhamdulillah! :]
Dan baru saya teringat. Video-video yang dipaparkan ini bakal menjadi satu nostalgia bukan sahaja untuk saya malah untuk pihak Khazanah Fathaniyah peninggalan Almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir. Dukacita dimaklumkan, akibat kekurangan dana, pihak Khazanah terpaksa melepaskan kedai sewa di Chow Kit untuk kembali ke dewan (sebenarnya rumah sebelah rumah Almarhum Ustaz) sebagi tempat operasi mereka.
Allah... Sekali lagi... Inilah makna satu perjuangan... Duit dan hasil yang diperolehi tak seberapa. Cuma semangat membara yang menolong kami terus melangkah membuat satu kerja yang tak semua orang faham untuk apa tapi kami teruskan jua... Allah!



Pelancaran "Berpetualang ke Aceh" 3

Video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh"! Susah senang menulis dan menerbitkan buku yang menongkah arus zaman

Subhanallah! Sukacita saya kerana sudah berjaya pula memasukkan bahagian ke 2 pecahan video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit yang diadakan pada 9 Jun 2007... Setelah lebih sejam menunggu ia untuk upload masuk ke Internet.
Sambil-sambil itu, sempat juga membuat artikel bertajuk Masjid (mosque) of Kampung Laut untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan artikel Trip to Europe 1995... East-West contrast in Germany untuk blogspot BERPETUALANG KE ACEH ... Kalau rajin jenguklah...
Oh... Ini dia video yang baru di upload itu. Di dalamnya terdapat luahan rasa hati akan penat-jerih serta kepayahan menerbitkan siri buku. Sila... Semoga ada iktibar untuk semua... :]




Pelancaran "Berpetualang ke Aceh" 2