Ahad, Ogos 19, 2007

Video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh"! Fahamkanlah makna satu perjuangan!

OK... Allah, Allah, Allah!
Akhirnya, dapat juga saya menyelesaikan proses memasukkan video pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" di pustaka buku Khazanah Fathaniyah, Chow Kit 9 Jun 2007. Ini dia bahagian terakhir video yang telah dipecah 3 untuk memenuhi had free video hosting per upload... Semoga kawan-kawan dan para pembaca sekalian semakin faham akan makna satu perjuangan. Allahumma sali ala Muhammad wa ala ali Muhammad! Allahu akbar!
Oh... Sekali lagi, semenantara menunggu video upload yang memakan masa hampir satu setengah jam tadi, saya sempat membuat postings terbaru untuk blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) iaitu Masjid Jamek (main mosque) of Muar... dan blogspot BERPETUALANG KE ACEH iaitu Trip to Europe 1995... The ugly side of Prague... . Masuklah juga ke blogspot-blogspot ini ya... Syukur Alhamdulillah! :]
Dan baru saya teringat. Video-video yang dipaparkan ini bakal menjadi satu nostalgia bukan sahaja untuk saya malah untuk pihak Khazanah Fathaniyah peninggalan Almarhum Ustaz Wan Muhammad Saghir. Dukacita dimaklumkan, akibat kekurangan dana, pihak Khazanah terpaksa melepaskan kedai sewa di Chow Kit untuk kembali ke dewan (sebenarnya rumah sebelah rumah Almarhum Ustaz) sebagi tempat operasi mereka.
Allah... Sekali lagi... Inilah makna satu perjuangan... Duit dan hasil yang diperolehi tak seberapa. Cuma semangat membara yang menolong kami terus melangkah membuat satu kerja yang tak semua orang faham untuk apa tapi kami teruskan jua... Allah!



Pelancaran "Berpetualang ke Aceh" 3

3 ulasan:

  1. Sedih juga dengar kedai Khazanah Fathaniyah di Chow Kit terpaksa ditutup. Sempat pergi lebih kurang dua bulan lepas untuk beli BKA 2. Itulah kali pertama dan terakhir ke sana. Hmm.. Mungkin ada hikmah kot, sapalah sy nak tahu..

    -sahaya-

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum.

    Ooh barulah saya tahu macamana terhasilnya buku ni dalam bentuk novel. Ingatkan memang dari awal nak buat macam. Bentuk novel memang 'selamat'. Bahkan juga, lebih menarik untuk dibaca. Boleh rasa berpetualang sama...

    Sebelum ni saya memang suka fiksyen sejarah. Macam novel-novel Faisal Tehrani. Tapi BKA ni memang 'lain'.

    BKA 3 belum keluar lagi, tapi saya nak tanya dulu... Dah jumpa ke apa yang dicari-cari oleh Rasyid tu?

    Zam

    BalasPadam
  3. Hehe... Dah jumpa ke belum? Tunggu le jawabannya insyaallah sebelum tamat 2007.
    Satu peringatan. Berjumpa dengan jawaban bukan makna tamat perkelanaan malah ia bermakna sampai masanya untuk MELAKSANAKAN... Sepertimana Rasulullah SAW naik Israq dan Mikhraj pada tahun ke 11 sejak diangkat menjadi Rasul... Semua jawaban tentang makna dan tujuan hidupnya dah dapat dah ketika bertemu Allah dalam jarak dua busur panah. Tapi baginda perlu duduk 2 tahun lagi di Mekah sebelum berhijrah kemudian 10 tahun menjalankan dakwah yang patut daripada Madinah sebelum sampai Haji Wida serta ayat yang mengatakan... Hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu iaitu Islam. Dan tak lama lagi wafatlah beliau dengan kata-kata ini... Ummati, ummati, ummati!
    Begitu le kehidupan... Bukan semata-mata duduk dalam fahaman bathin akan makna perjalanan hidup tetapi harus MENJALANKAN SECARA ZAHIR DAN FIZIKAL skrip yang telah diberi Allah sejak Azali lagi sampailah masa untuk perpindahan alam. Sekian! :]

    BalasPadam