Selasa, Disember 25, 2007

Salam daripada Pontian...

Gambar hiasan entah apa-apa entah... Tapi aku tengok terus suka le...
Peehhh... Cayalah... Dengan gerak hati nak letak gambar hiasan tadi aku google and search image pakai keywords "eye light heaven" terus terjumpa gambo ni... Tajuk stairway to heaven plak tu... Memang kena dengan gerak bercerita aku kali ni... Alhamdulillah!



Assalamualaikum semua. Setelah melihat gerak berkata-kata yang tiba-tiba muncul tadi untuk chatbox akibat melihat perbincangan-perbincangan yang berlaku beberapa hari kebelakangan, saya rasa elok juga di copy and paste kata-kata yang keluar itu menjadi satu posting supaya tidak hilang apabila kata-kata di chatbox bertambah lalu menolak kata-kata yang terdahulu keluar daripada memory. Terus saya copy and paste ya di bawah... (Hmm... Kena cari gambar hiasan juga ni bagi ada mood sikit kot...)


-----------------------------



25 Dec 07, 18:44
MerahSilu: Hohoho! Merry Christmas... Hohoho! (Tu dia... Jadi Mat Saleh sat. Salam pun tak geti.... Masuk, masuk terus hohoho! Hehe!)


25 Dec 07, 18:45
MerahSilu: OK... Salam daripada Pontian. Tadi baru singgah Muzium Bugis. Semalam kat Batu Pahat sempat naik Gunung Banang dengan pegi Minyak Beku, ada Perigi Batu Pahat tempat asal nama BP...


25 Dec 07, 18:46
MerahSilu: OK... Saya nak menyampuk satu hal aje... Bab harap dan takut dalam perjalanan mengenali Allah... Atau bahasa Tasawuf nya khauf (takut) dan raja'ah... Adapun untuk mereka dalam permulaan perjalanan, sa


25 Dec 07, 18:47
MerahSilu: sama le macam kebanyakan orang. Beramal kerana takutkan siksaan Allah di dunia juga siksaan neraka di akhirat... Harap untuk dapat kebaikan di dunia dan syurga di akhirat... Tetapi apabila kita dah sa


25 Dec 07, 18:48
MerahSilu: sampai pada qurbah atau kehampiran dalam mencintai Allah, keadaannya berlainan. Seseorang itu tidak hiraukan lagi syurga dan neraka seperti mana Rabiatual Adawiyah pernah menyebut api di tangan kanan


25 Dec 07, 18:49
MerahSilu: kanan ku, air di tangan kiri... Api untuk ku bakar syurga, air untuk padamkan api neraka. Kerana aku cuma mahukan engkau ya Allah...


25 Dec 07, 18:50
MerahSilu: Walaupun kita dah sampai keadaan ini, jangan terasa ego sehingga terasa tidak perlu takut dengan Allah. Sebenarnya para Arifbillah masih tetap berdiri antara khauf dan rajaah. Rajaah untuk menerus dud


25 Dec 07, 18:51
MerahSilu: terus duduk dalam hadirat Ilahi, khauf kerana takut disisihkan seperti mana seseorang itu takut kehilangan kekasihnya. Juga konsep khauf dna rajaah ini boleh dipanjangkan dalam keadaan Hadiratul Qudsi


25 Dec 07, 18:54
MerahSilu: di mana si ArifBillah berdiri antara dua 'tangan' Allah atau antara sifat-sifat Jalal dan Jamal Allah. Hakikatnya selagi kita masih menyedari kewujudan diri sebagai makhluk selagi itulah kita akan bua


25 Dec 07, 18:55
MerahSilu: buat balancing antara dua keadaan yang berlawanan... Sentiasa meniti titian siratul mustaqim. Maka janganlah terasa diri kita sudah tinggi. Hakikatnya hati kita sentiasa dibolak-balik antara dua 'jari


25 Dec 07, 18:56
MerahSilu: jari Allah. Bila-bila masa sahaja kita boleh dilempar ke dalam lembah kekufuran. Cuma rahmat Allah jua yang menyelamatkan kita, bukan kekuatan atau amal kita sendiri. Apapun adabnya kita terus beramal


25 Dec 07, 18:57
MerahSilu: beramal mana yang patut dengan harapan Allah sudi melihat dan redha pada kita. Kita tetap hamba, belajar tinggi camana pun, takkan sampai kita pula jadi Rabb... Ingat tu... Sekian...

4 ulasan:

  1. Salam.

    Abg MS, di mana lokasi Muzium Bugis tu? Teringin juga nak ke sana.

    BalasPadam
  2. Wassalam... Kena pi bandar Pontian menghala ke Kukup. Nama tempat Teluk Kerang, dalam 10km lepas bandar Pontian dan sekitar 8km sebelum Kukup. Muzium betul-betul tepi jalan...
    Jangan risau, nak sampai situ aku nampak sekurang-kurangnya 3 kali ada sign-board sebut Musium Bugis. Nak pi pi le... :]

    BalasPadam
  3. No problem...

    p/s: Aku baru sampai Mersing daa... Malam tadi tido kat Kota Tinggi.

    BalasPadam