Dan ini pula lagi sedutan, daripada mukasurat-mukasurat terakhir BKA III iaitu mukasurat 315-317 yang diletakkan di Forum CVT tadi, dalam topik "Berpetualang ke Aceh" iaitu di http://www.harmonisers.net/forum/forum_posts.asp?TID=6037&PN=1&TPN=303 (kalau boleh masuk le sebab Forum ni kadang-kadang OK, kadang-kadang sangkut)...
Semoga kita dapat mengenali diri masing-masing... Satu kenal diri dan hubungan dengan Allah, satu lagi kenal diri dalam konteks hubungan dengan makhluk iaitu peranan yang perlu dipikul setiap individu di mukabumi lalu kita atur saf sebagaimana yang sepatutnya untuk menyahut cabaran besar yang bakal mendatang. Allahuakhbar! :]
------------------------------
Sekarang, renungkan kembali cerita yang mengandungi rahsia besar tentang kejadian Israq dan Mikraj ini. Di manakah semuanya berlaku, pada masa bila? Fikirkan... Dalam sedetik memasukkan kepala ke dalam besen, seorang raja boleh bertukar menjadi perempuan malah hidup tujuh tahun di suatu tempat sehingga melahirkan dua (atau tiga?) orang anak... Keluar kepala dari besen pula kembali menjadi raja tetapi boleh berjumpa anak-anak itu kembali. Maka apakah yang sebenarnya telah berlaku? Apakah itu ruang dan masa? Adakah ia seperti yang kita fikirkan selama ini?
Berfikirlah. Dan berzikirlah sekali… Minta petunjuk Allah SWT agar diterangkan hakikat sebenar alam dan kehidupan. Apakah tujuan kita dijadikan dan diletakkan di atas muka bumi ini... Apakah makna sebenar Firman Allah: “Tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepada Ku.” Adakah ia setakat mengikut Syariat dan hukum-hukum Fiqah seperti sering disebut orang atau ada makna lain yang lebih meluas?
Apakah makna sebenar ibadah yang berasal daripada perkataan akar abdi, mengabdikan diri? Cuba tanya orang-orang yang Arif, apakah hakikat sebenar ibadah, apa makna ubudiyah? Marilah kita belajar mengenali diri masing-masing dengan sebenar-benar perkenalan, tahu hakikat atau makna diri yang sejati, faham hubungan hamba yang sejati dengan Sang Pencipta... Kemudian carilah peranan sebenar masing-masing di bumi ini.
Kajilah diri kita sendiri dalam-dalam. Kenapa ada orang bernama Abu, bukannya Ramli? Kenapa ada yang berkulit sawo matang, bukan putih merah? Kenapa suka warna hijau tetapi benci warna pink? Kenapa sukakan gajah, tetapi tidak suka melihat badak? Kenalilah kembali kecenderungan diri yang sejati, minat dan hobi yang wujud dalam hati sanubari secara semulajadi, bukannya minat yang dipaksakan keadaan atau terikut-ikutkan orang. Kenalilah diri kamu rata-rata sebelum mengenali Allah yang nyata.
Sambil-sambil itu rajin-rajinlah bertanya dengan orang-orang tua tentang asal-usul keluarga. Cari salasilah dan wasilah diri, fahamilah sabda Rasulullah SAW... Setiap orang dipertanggungjawabkan dengan nasabnya. Renungkan kenapa orang dahulukala amat memerhatikan asal-usul keturunan seseorang dan sangat prihatin dalam memelihara kemuliaan dan ketulinan nasab. Bukan kerana hendak menyombong diri tetapi untuk beramanah dengan nama baik keluarga! Insyaalah, jika ini dapat dirungkai, setiap orang akan menemukan jawaban kepada beberapa persoalan yang akan mengungkapkan segala rahsia perjalanan hidup masing-masing.
Saudara saudari yang dihormati sekelian, perhatikan sekeliling anda... Perhatikan segala macam kebathilan berleluasa sehingga menjadi budaya kelaziman hidup yang tidak mampu lagi dielakkan... Kita semua sudah lali dengan rasuah, tipu-daya, pecah amanah, riba’, pergaulan bebas laki-laki dan perempuan, hiburan tanpa batasan dan maksiat. Semua pihak sebenarnya terpalit dan terlibat kecuali mereka yang sanggup menongkah arus zaman untuk keluar seratus peratus daripada lingkungan budaya kehidupan sekarang. Fikirkan... Pihak manakah menyebabkan ini boleh berlaku?
Sekarang luaskan pemandangan itu dengan mata-hati yang bercahaya menembusi segala kekaburan sehingga meliputi hal-ehwal dunia sejauh yang mungkin. Renungkan, kenapa Presiden Bush terus diberikan mandat untuk memimpin Amerika selama lima tahun lagi walaupun sudah dua kali menghadapi proses pemilihan presiden yang memakan masa yang lama serta menelan belanja berbillion-billion Dolar. Kenapa Afghanistan masih lagi huru-hara walaupun sudah memiliki kerajaan baru yang ‘demokratik’. Kenapa Iraq yang sudah pun melutut terus ditekan dan dijahanamkan? Siapakah ‘kepala’ yang bertanggungjawab ke atas semua ini?
Lebih dekat ke tanah air, kenapa Aceh ‘dikeroyok’ tentera yang menurut arahan dari Jakarta? Mungkin keadaan sudah aman selepas Tsunami 26 Disember 2004 memaksa pihak yang bertelagah untuk berdamai. Tetapi betulkah nasib rakyat bumi Serambi Mekah yang sudah beratus tahun sengsara dilanda pelbagai musibah sudah terbela? Bagaimana pula keadaan di selatan Thailand yang lebih dekat dengan sempadan kita? Jika Aceh sudah tamat tempoh darurat, bagaimana pula darurat baru yang diisytiharkan di Patani 2005? Wilayah itu juga pernah menjadi pusat dakwah Islam ke seluruh bumi Melayu. Bukankah ia juga sedang teruk ‘dikeroyok’ tentera?
Ingat lagi tidak bagaimana Australia pernah beriya-iya mahu menghalalkan operasi tentera ke atas Malaysia dan Indonesia atas alasan mahu mencari pengganas ? Amerika pula sibuk mahu menghantar armada lautnya yang hebat untuk meronda Selat Melaka dengan disokong Singapura. Nasib baik kita dapat menolak secara diplomatik. Kalau tidak mungkin kedaulatan perairan kita sudah lama tergadai... Fikirkan juga kenapa Perdana Menteri Singapura dahulu, Lee Kuan Yew berani mencabar jiran-jirannya negara-negara Melayu supaya menyerang pulau itu. Apakah kerana mereka sudah memiliki sistem peluru berpandu canggih dengan kekuatan tentera yang disokong Amerika dan dilatih Yahudi?
Apa pula sebenarnya sedang berlaku di Baitul Muqaddis yang tidak disiarkan kepada umum oleh media massa dunia yang dikuasa Zionis? Kenapa rejim Israel pernah membuat pengumuman menghadkan kemasukan umat Islam bersolat Tarawih di Masjidil Al Aqsa kerana takut lantainya roboh? Apa pula sebab mereka fikir ia boleh roboh ? Bukankah masjid itu telah berdiri kukuh sejak Saidina Umar memerdekakan Baitul Muqaddis daripada Empayar Kristian Byzantium 1,400 tahun lalu?
Seteruskan kaitkan dengan ini.... Kenapa apabila menyebut tentang tanah suci ketiga Islam itu, kita terus disogok dengan gambar Qubah Al-Sakrah, Dome of the rock dengan kubah kuning keemasannya... Kenapa tidak gambar sebenar Masjidil Aqsa? Apakah yang ingin disembunyikan?
Saudara saudari sekalian. Tahukah apa itu Temple of Solomon atau Haikal Nabi Sulaiman AS? Kalau tidak, tanya mereka yang tahu. Tanyakan sekali apa itu Zionist, Temple of Zion, Protocols of the Elders of Zion, siapakah dia orang yang dikatakan Freemason dan Iluminati... Dan yang lebih penting, apa kena mengena mereka semua dengan Amerika, Britain dan Israel malah Arab Saudi, apalagi dengan badan-badan perisikan seperti CIA dan Mossad yang mempunyai rangkaian seluruh dunia dan apakah misi utama mereka…
Fikirkanlah. Apakah makhluk-makhluk perosak ini yang ingin memadamkan syiar Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi tidak pernah memainkan peranan di bumi Melayu? Apakah tidak ada ajen mereka bergerak di segenap lapisan masyarakat malah memegang kepimpinan tinggi sebagai proksi Yahudi tetapi mengaku memperjuangkan agama, bangsa dan negara? Berhati-hatilah akan makhluk perosak ala Machiavelli, musang bertopengkan kambing biri-biri yang sekarang ada di mana-mana...
Lihatlah segala peristiwa dunia yang berlaku kebelakangan ini dengan mata, kepala dan fikiran yang terbuka, fikiran yang berfikir dan berzikir… Percayalah, seperti yang sering disebut oleh Rasulullah SAW, kita ini umat akhir zaman. Sudahkah kita bersedia untuk menyambut kedatangannya?
Sekian sahaja tugas menyampaikan sedikit pengetahuan. Jika ada salah silap, terkasar bahasa dan sebagainya, saya sebagai insan yang lemah menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Wassalam.
Radzi Sapiee
30 September 2007 bersamaan 18 Ramadhan 1428,
Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

hamba Allah,
BalasPadamKadang2 kita rasa sudah cukup bersedia dalam menempuh arus dan rencah kehidupan di dunia ini. Tapi bila terujinya kita, adakah kita mampu dengan ujian yang datang?Atau hanya bergantung kepada nasib atau Qada dan Qadar semata? Bukanke Allah ada mengatakan "Tidak akan berubah sesuatu kaum kecuali jika kaum itu mengubahnya" Oleh itu harus diingat...Ajal,maut urusanNya..tapi yang lain2 tu kita boleh mengubahnya..
Untuk memikul peranan,sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak sedar kita sudah pun memikulnya.Cuma cara kita memikul dan laksanakan jer bagaimana...???
salam saudara, izinkan hamba menambah kata. Apapun peranan itu bergantung dengan janji kita di Loh Mahfus dahulu. Jikalau tukang kebun, maka bahagia akan datang setelah kita melaksanakan tanggungjawab sbg tukang kebun itu. Tetapi jika peranan tidak dikotakan maka itulah selalu kita mendengar dah jadi Jutawan pun susah hati, rumahtangga porak peranda dan sbgnya. Ingatlah..harta kekayaan bukan penentu kebahagiaan. Kita sebenarnya slalu terikut2 rentak manusia lain. ikut rentak bini, rentak anak tetapi pernahkah ikut 'rentak peranan saudara yang sebetulnya'? Beranikah saudara melakukan sepenuh masa peranan saudara? Saya bagi contoh: apa kecenderungan saudara? hobi umpamanya? kenal diri dalam2...apa minat saudara? Jangan2 saudara minat menternak haiwan? maka sanggupkah tuan berhenti kerja dan melaksanakan peranan yang merupakan amanah dan janji saudara kepada Allah di Loh Mahfus dahulu? saudara berjanji ingin setakat menternak ayam yang berjaya... maka dengan cara ini baru kebahagiaan akan datang kerana sudah melaksanakan janji saudara dahulu. Maka jadilah saudara penternak ayam demi memenuhi permintaan orang Islam, menyediakan makanan yang halal bukannya mahal.. ehehe. Klu negara bergoncang skalipun bekalan ayam saudara tidak putus utk orang2 Islam. Dengan cara itu saudara mempertahankan bekalan makanan umat Islam.. Fuhh tak ker dasat tuh?
BalasPadamHehe... Betul le tu kata si Syahir. Nak bertindak kena tahu dulu bertindak sebagai apa... Sebab itu orang tua-tua dulu kata kenal diri kamu rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata.
BalasPadamBila dah tahu apa patut buat maka lengkapkanlah diri dengan ilmu untuk melaksanakan apa yang patut dibuat. Kalau dah kita memang lebih serasi jadi pelukis, tak kena dan membuang masa le kalau kita sibuk belajar ilmu memotong pokok balak... Begitu le.
Tapi perkara ni kita takkan tahu selagi kita tak kaji diri sendiri dahulu, kat mana letak diri kita, kecenderungan kita, kekuatan semulajadi dalam bidang apa dan sebagainya... Di situlah harus dimulakan proses untuk memikul peranan dan sebab itu saya mula menulis siri buku "Berpetualang ke Aceh" dengan memakai tajuk kecil "Mencari Diri dan Erti"... Bila saya dah tahu kat mana letaknya diri saya, kemudian saya "Membela Syiar yang Asal"...
Lalu saya sibuk membela Wahdatul Wujud dan Martabat Tujuh walaupun ini boleh menyebabkan orang menuduh saya ikut ajaran sesat. Maka bacalah buku itu dan fahamkanlah kenapa saya sanggup mengambil risiko tinggi membelanya kembali...