Khamis, Ogos 02, 2007

BKA Tour Run... Laporan akhir setelah kembali ke Kuala Lumpur.

Kali terakhir laporan tentang BKA tour run dibuat adalah di Ipoh lebih seminggu lepas melalui cerita di BKA Tour Run: Alor Setar ke Kuala Kangsar sebelum melaporkan di Ipoh. Saya rasa ramai pembaca sudah tahu yang saya sudah kembali ke Kuala Lumpur malam Ahad setelah keluar mengembara ke pelbagai tempat hampir 4 minggu lamanya, maka eloklah saya tutup cerita tour run ini dengan gambar-gambar yang belum dipaparkan sejak meninggalkan Ipoh ya...
Oh... Untuk pengetahuan, entah kenapa, saya tidak mengambil apa-apa gambar melibatkan poster promosi siri buku "Berpetualang ke Aceh" semasa di Ipoh walaupun saya berada 3 hari 2 malam di sana. Usaha promosi cuma disambung kembali apabila sampai di kampung kelahiran ayah di Teluk Intan lalu diteruskan di beberapa lokasi lagi sampailah saya kembali ke kota lumpur.
Adapun kalau diikutkan, memang saya masih terasa malas hendak menulis... Jiwa raga ini masih terasa begitu penat... Rasanya, selain penat akibat mengembara, ada peningkatan gangguan cara halus daripada golongan tertentu yang tidak senang dengan kewujudan saya. Maka itu, biarlah saya berikan laporan bergambar yang agak ringkas OK. Insyaallah apabila ada gerak dan kelapangan nanti, akan saya ceritakan pengalaman-pengalaman lain yang berlaku semasa pengembaraan ini... Sila! :]


Masjid lama Kampung Batak Rabit di Teluk Intan.


Sebuah jeti di tepian Sungai Perak, di Batak Rabit...


Poster promosi BKA diletakkan di suatu sudut jalanraya besar di hadapan rumah seorang ibu saudara di Batak Rabit


Istana Raja Muda Perak di Teluk Intan yang sudah lama terbiar... Raja Muda sekarang, Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Shah bermastautin di Ipoh.

Kalau tak silap, Raja Muda Perak terakhir duduk di sini ialah Raja Muda Musa dalam tahun 1940an gitu kot? Anakanda baginda, Raja Jaafar adalah Raja di Hilir sekarang... Kalau mengikut giliran, Raja di Hilir adalah raja bergelar seterusnya selepas Raja Muda yang layak untuk menaiki takhta kerajaan.


Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I, Sultan ke 22 Perak yang memerintah tahun 1850an. Makam ini terletak di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan.


Poster BKA diletakkan di Menara Condong Teluk Intan...


Ini pula di dalam Kompleks Menara Condong di hadapan...


Stesyen bas Teluk Intan.



Madrasah Ihsaniah di tengah bandar Teluk Intan.



Poster diletakkan di simpang utama bandar Bidor, Perak sementara saya pergi bersolat di masjid jamek.


Alih pula ke sini semasa menunggu bas di stesyen Bidor untuk ke Sungkai


Poster digantung di hadapan stesyen bas Sungkai sebelum mendapatkan bas untuk ke Trolak. Di Trolak saya singgah di rumah seorang pembaca yang ada kaitan keluarga. Ayahnya telah mendapat sedikit alamat tentang diri saya terutama dalam hal-hal melibatkan kerajaan Perak. Setelah makan malam di rumah mereka, keluarga ini telah menghantar saya ke Tanjung Malim, 30 km daripada Trolak kerana si ayah turut mendapat alamat, saya perlu menghabiskan malam ke 7 iaitu malam terakhir di Perak (untuk perjalanan ini) berdekatan dengan sempadan.

Saya juga mendapat alamat yang sama sejurus sebelum masuk waktu Maghrib sedangkan si ayah mendapat alamat ini selepas Isyak. Sekurang-kurangnya, saya tahu, segala alamat berkenaan perjalanan hidup serta pengembaraan saya selama ini bukan sekadar khayalan diri ini semata-mata tapi turut dapat ditahkikkan oleh pihak lain yang berkecimpung dalam dunia kebatinan Tasawuf...

Gambar diambil selepas bermalam di Masjid Jamek Tanjung Malim.



Singgah sebentar di sebuah Cyber-Cafe di Tanjung Malim untuk melihat perkembangan terbaru di Internet. Tapi sekadar melihat sahajalah... Semasa itu, saya tidak membuat apa-apa posting baru dalam mana-mana blogspot saya...


Ini pula adalah Sungai Bernam yang merupakan sempadan antara negeri Perak dan Selangor. Kalau rajin, klik pada poster BKA di permulaan blogspot dan perhatikan dengan teliti gambar latar-belakang poster...


Jalan berhadapan Masjid lama Sheikh Ismail di Ulu Bernam...


Poster diletakkan di Kuala Kubu Baru berhadapan bangunan Bank Pertanian (tidak kelihatan dalam gambar).


Masjid Ampang Pecah...


Dan sebagai penutup, poster digantungkan di hadapan rumah ibu saudara tempat saya bermastautin sekarang di Ampang, Kuala Lumpur. Sekian buat masa ini. Wassalam! :]


1 ulasan:

  1. salam dan tumpang tanya..! adakah merah silu mengetahu tentang kewujudan panglima perang berbersusur galur dari bugis rawa. dan berasal dari Batak Rabit, apa yang saya ketahui beliau adalah panglima perang yang terlibat dalam perang di bidor suatu ketika dahulu dan saya di fahamkan yketurunan beliau boleh mengunakan gelaran di raja pada pangkal nama.! dan beliau juga amat di kenali di sekitar batak rabit dll tempat lagi di sekitar perak. dari keturunan beliau juga tidak boleh makan daging kerbau balau 7 keturunan dari sumpahan keturunan beliau.

    saya berharap agar memperolehi sedikit sebanyak maklumat yang di perolehi oleh merah silu.

    sekiranya ada maklumat ttg berkara nie harap dpt berhubungan dgn sy melalui email saya:- ku_alam@yahoo.com

    terima kasih

    BalasPadam