Ingat lagi tak akan pelancaran siri buku "Berpetualang ke Aceh" yang diadakan di pustaka buku Khazanah Fathaniyah di Chow Kit 9 Jun 2007? Lebih 2 bulan telah berlalu dan baru minggu lepas saya mendapat video pelancaran itu yang diambil oleh seorang jurugambar professional... Setelah disunting dan disambung babak mana yang patut serta ditambah muzik latar-belakang yang sesuai.
Adapun sebaik sahaja mendapat video itu, saya terus terfikir hendak meletakkannya di Internet terutama di blogspot ini agar dapat ditatap semua. Masalahnya, saya tidak tahu caranya kerana belum pernah lagi meletakkan video ke dalam Internet.
Apapun, seperti biasa, saya mula belajar dengan kaedah bidan terjun memerhatikan program hosting video di Internet seperti YouTube. Apa yang saya dapati, akaun percuma video hosting boleh dibuka dan kemudahan ini boleh digunakan untuk memaparkan pelancaran itu. Tetapi saya cuma boleh meletakkan siaran maksimum sepanjang 10 minit untuk satu video setiap kali upload dengan saiz maksimum 100MB sedangkan video yang disediakan oleh jurugambar itu adalah sepanjang lebih 30 minit dan hampir 700MB saiznya.
Maka sampailah kepada masalah seterusnya... Bagaimana mahu memecahkan video itu kepada beberapa bahagian yang lebih pendek supaya dapat dimasukkan ke dalam Internet. Sudah tentu memerlukan program yang sesuai bukan?
Seperti biasa, menggunakan teknik bidan terjun, saya pun menjelajah komputer laptop sendiri untuk mencari program yang boleh dipakai. Terjumpalah program Windoms Movie Maker yang boleh digunakan untuk menyunting video. Masalahnya, video pelancaran ini dibuat dalam satu format yang tidak dapat dibaca sepenuhnya oleh program itu. Ah... Sangkut lagi!
Saya terpaksa memerah otak lagi... Kali ini saya cuba menggunakan program DVD/VCD Burner Nero untuk menukar format video... Hasilnya adalah salinan video baru yang boleh dibaca terus oleh pemain VCD biasa tetapi tidak dikenali Movie Maker... Aduh!
Semalam, saya tergerak untuk menalifon seorang rakan baik saya Zaidi. Kali terakhir kami bertemu adalah semasa pelancaran yang diadakan di Khazanah Fathaniyah 2 bulan lalu. Kebetulan Zaidi memiliki sebuah video editting software berserta beberapa buah program untuk menukar format. Dia pun datang ke berjumpa saya lalu kami sama-sama cuba menyelesaikan masalah ini.
Alhamdulillah, dipendekkan cerita akhirnya video pelancaran itu berjaya ditukar kepada format yang lebih sesuai lalu dipecah menjadi 3 bahagian. Hari ini pula saya bertungkus-lumus mencari lalu mencuba video hosting website yang dirasakan sesuai lalu membuat proses upload yang mengambil masa yang agak lama.
Hasilnya... Biar dipaparkan dulu bahagian pertama video ya, sementara bahagian kedua sedang di upload ke Internet.... (ketika perenggan ini ditaip, ia sudah masuk 37 persen selesai. Perlu menunggu lagi 51 minit kemudian perlu di encode lalu confirm di e-mail). Ini dia...
Oh... Tadi saya baru menambah sebuah lagi cerita tentang pengembaraan mengelilingi Eropah tahun 1995 dahulu di blogspot BERPETUALANG KE ACEH . Jenguklah... Boleh klik Trip to Europe 1995... Trouble in Amsterdam... untuk membacanya terus. Sila... :]
lembab
BalasPadam