Mungkin sang puteri menurut jejak ibu angkatnya Chek Siti Wan Kembang yang pernah bersemayam di sekitar Tanah Merah, dalam sebuah negeri lama yang dikenali sebagai Tanah Sekebun Bunga Cherang Tenggayong sebelum 'bersara' lalu duduk di kawasan Gunung Stong Gunung Ayam di Ulu Kelantan? Apapun, biar saya bercerita perkara yang senang... Tentang apa yang saya rasa apabila mendaki bukit lagenda setinggi 234 meter ini!
Sebaik sahaja sampai ke Tanah Merah dengan menaiki keretapi 5.30 pagi daripada Gua Musang, saya terus disapa pemandu teksi... Tanyanya hendak ke mana, kata saya Bukit Panau. Berapa tambangnya? RM12. Jawab saya tak payahlah, biar saya cari bas... Lainlah kalau berkongsi tambang dengan orang lain kerana saya perlu berjimat belanja...
Saya baru sahaja hendak meninggalkan kawasan stesyen keretapi... Tiba-tiba dipanggil pemandu teksi, ada orang lain juga hendak ke sana, tapi setakat sampai di perkampungan di kaki bukit sahaja. Saya pun menurut sahaja... Dipendekkan cerita, saya ditinggalkan di kaki bukit sebelum memulakan pendakian.
Kalau diikutkan, stamina saya bukanlah kuat sangat kerana sudah lama tidak bersukan... Umur pun sudah menghampiri 40 dan saya sebenarnya kurang sihat kerana gangguan-gangguan tertentu, tak payahlah dipanjangkan gangguan apa itu...
Alhamdulillah, saya masih ada kekuatan semangat yang kental serta sedikit petua orang lama yang diamalkan menyebabkan saya mampu bertahan memikul beban tubuh badan serta jiwa yang berat-berat... Dapatlah juga meneruskan pendakian walaupun nafas sudah mula kencang.
Bila melihat sahaja pada jalan bercerun sebegini, boleh rasa patah semangat untuk meneruskan pendakian terutama apabila nafas dah tercungap-cungap...
Syukur ke hadrat Ilahi, pendakian dapat diteruskan... Sekitar 15-20 minit begitu, sampailah ke stesyen pemancar menandakan kemuncak hampir dekat.
Dari stesyen tadi, saya tergerak mengambil sebuah denai ke kanan jalan lalu sampai ke tebing curam dengan pemandangan Sungai Kelantan yang sungguh indah ini... Masyaallah! Subhanallah!
Bila diperhatikan dengan teliti cerun tadi, tenyata batu-batunya telah dicat berwarna-warni... Rasanya ini kerja orang Hindu yang ingin memuja sesuatu. Saya pula sempat menunaikan solat Dhuha di atas batu dengan menggunakan wudhuk yang diambil daripada kolam di kaki bukit tadi.
Assalamualaikum...
BalasPadamIngin saya menambah... Tentang batu-batu yang diwarnakan di atas Bukit Panau tadi.
Adapun baru-baru ini saya diberitahu seorang warga Kelantan yang bekerja di Pahang bahawa Bukit Panau tidak ada apa-apa kaitan dengan orang Hindu... Batu-batu yang bercat itu rupanya diwarnakan oleh orang-orang Pekida...
Hmm... Mana saya tahu. Tapi kalau melihat pada batu-batu itu sendiri, memang nampak macam kerja orang Hindu. Maka itu ingin saya berpesan-pesan, kalau ya pun orang Pekida hendak menandakan wilayah, biarlah dengan cara yang nampak lebih Islamik ya... Saya bukan anak jati Bukit Panau untuk memandai-mandai tetapi saya tahu ia bukan tempat sembarangan... Tempat orang dulu-dulu (dan segelintir orang skarang) menajamkan ilmu persilatan dan amalan kerohanian serta Tasawuf, tempat yang ada kaitan dengan perjalanan para wali besar di Tanah Melayu ini.
Saya juga difahamkam orang Pekida pun ada berlatih silat di atas tu dan batu-batu yang diwarnakan adalah tempat yang sangat bermakna kerana ada sejarah tersendiri.
Apapun, Pekida sebagai satu badan yang dikatakan membawa dakwah Islamiyah biarlah nampak dakwah itu betul-betul Islam. Jangan sampai simbol dan warna yang digunakan terus dikaitkan dengan gangster Melayu ya...
Sekali lagi. lihat sendiri gambar batu-batu bercat. Apakah ia kelihatan Islam atau Hindu? Harap maklum demi kebaikan perjalanan dan pembelaan umat Islam...
Hmm... Mungkin juga sesuatu daripada Bukit Panan harus dihidupkan kembali mengikut adabnya sebelum dapat dipancarkan nuh kerohaniannya ke seluruh jagat Tanah Melayu. Hmm...
bukanlah.. kalau tok silap ambo.. kaum cina selalu naik atas bukit panau tu buat upacara.. setahun sekali... bukit panau tepi umah ambo jah... umah ambo dkt masjid paloh tu lah... hok dale gambar tu.
BalasPadamdulu2 ada jugak ore bwk pala kambing wat naik bukit panau.. loni tak dok ore gi dah sini.. cina pun tak ramai dahhh ore muda tak minat mistik2 ni
salam semua hati2 naik bukit panau
BalasPadamsebab 2 orang sudah meninggal dunia ketika mencari akar kayu di bukit panau ....
1)tahun 2010 seorang pengawal keselamatan menara telefon bukit panau meninggal ketika mencari akar kayu.
2)semalam 02march 2011 sekumpulan dari terengganu mendaki bukit panau dengan niat mencari akar kayu.. salah seorang darinya meninggal dunia... punca kematian wallahualam.
cara kematian seakan-akan sama...
mati secara terkejut..
sekian terima kasih.
tak percaya boleh telefon balai polis tanah merah...
Tdk ada daya upaya yg lbh besar dr Allah Maha Besar.. setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati.. sdh smpai ajalnya maka pergilah ia mngadap Ilahi.. tdk lewat tdk cepat walau sesaat.. cuma cara bgmn ia mnggal hnyalah asbab shj.. namun bgitu wajib ke atas umat manusia mjaga kesihatan tubuh badan krn ianya adlh amanah dr Allah.. selebihnya berserah shj kpd Allah Yang Maha Kuasa.. jgn sama skali andai prcaya ada kuasa lain yg blh memudharatkan selain Allah SWT...
PadamSalam, saya dilahirkan di Bukit Panau dan dibesarkan di Johor Bahru. Kini umur 22 Tahun, Masa kecik2, ingat lagi saya pergi bukit panau, mandi air terjun, panjat bukit waktu pagi.. dan kini, saya ingat nak daki bukit panau lagi. Adakah selamat?
BalasPadamsalam, saya baru naik masa krismas hari tu..nak tanya..ada mcm kubur kt puncak tu..kubur siapa ya?
BalasPadamWassalam. Ada yang kata itulah makam Sayyid Thanauddin @ Adi Putra, guru kepada Hang Tuah. Ada yang kata itu makam Sheikh Abdul Qadir. Wallahualam.
BalasPadamassalamuaikum..makam di atas bukit panau itu adalah makam penduduk sekitar,msa banjir besar(boh meroh) 1927 dan 1967,mreka naik ke bukit panau untuk mnyelamatkan diri,,ada orang2 tua mati disana,,jdi dikuburkan di atas tu..skg ade yg menjalankan upacara khufarat di kuburan tu..Wallahualam..
BalasPadamKepada sesiapa yg nk tahu pasal Bukit Panau Dan cerita2 mistik ke kejadian2 misteri ko boleh tanyo ambo la sbb Bukit Panau tu belakang rumah ambo yah..ambo anok jati kg Paloh..dulu2 zaman kanak2 tempat ambo bermain yah atas Bukit Panau tu..tpi betul la Bukit Panau ni bkn tempat sebarangan..kalau org luar masuk situ sbb nk buat amalan khurafat ke benda2 syirik ke memang mendapat la..huhuhu
BalasPadamSaya berminat nk tahu kisag bukit panau..camne nk contaxt tuan
PadamAssalamualaikum . Buleh crita tak psal bukit pnau n crita² mistik kat sana? Sy berminat nk thu lbih lanjut . Btul ke dalm gua bukit panau tu ada macam dewan?
BalasPadam