In Kuala Lipis to settle an old 'debt'?
Masjid Kampung Laut, enough said!
A night at Masjid Tok Kenali...
Mula-mula tengok gambar ini... Jeng jeng jeng!!! Siapa sangka di sebuah kawasan ceruk di dalam negeri Kelantan ada masjid secantik ini... Malah siapa sangka, masjid yang indah di dalam kawasan Rong Chenok (walaupun di tepi Danau Tok Uban, orang sini kata Tok Uban tu belah seberang), jajahan Pasir Mas ini telah didirikan oleh Sultan Brunei, individu yang pernah dikatakan orang paling kaya di dunia suatu masa dahulu! Sebelum kedudukannya dalam senarai kekayaan harta benda dipotong oleh Bill Gates, tuan punya Microsoft...
Perhatikan tulisan di atas... Masjid Brunei Darussalam... Serta-merta saya teringat nama kerajaan lama Samudera Darussalam yang diasaskan oleh Sultan Malikus Salih di Aceh abad ke 13 Masihi... Apakah ada kaitan?
Yang pasti, dalam sejarah Islam dunia, tempat pertama memakai nama Darussalam adalah Madinah Darussalam setelah diperintah Nabi Muhammad Rasulullah SAW... Dan di Tanah Melayu pula kerajaan Samudera Darussalam lah yang mula-mula dikenali dengan nama Darussalam yang bermakna daerah yang aman sejahtera, juga kerana penduduknya masuk Islam tanpa dipaksa atau perlu diperangi. Kemudian baru muncul Pattani Darussalam juga Brunei Darussalam.
Maka apakah kaitan semua ini? Cukuplah kalau dikatakan, semua tempat-tempat Darussalam ini melibatkan para Ahlul Bait anak cucu Nabi sebagai para penguasa yang berwibawa serta pendakwah Islam yang membawa kesejahteraan di manapun mereka berada!
Tu dia... Papan peringatan masjid dalam tulisan Jawi... Baca sendiri da... Saya setakat boleh menyatakan Masjid Brunei Darussalam ini didirikan tahun 1992 berserta sebuah madrasah (masjid ini dalam kawasan madrasah mengaji Quran) atas nama almarhum Sultan Omar Ali Saifuddin, ayahanda kepada Sultan Brunei sekarang. Dan ia dirasmikan oleh Sultan Kelantan!
Setelah membelek papan peringatan masjid tadi, timbul gerak hati untuk meletakkan poster promosi buku "Berpetualang ke Aceh" di sini! Malah ia dibiarkan di situ selama saya berada di masjid ini sampai tengahari keesokannya. Siapa pula nak tengok poster ini di tempat terpencil yang jarang didatangi orang ya tak?
Kebetulan semasa saya sampai petang Jumaat itu, ada sekumpulan guru sekolah dan keluarga serta anak murid juga baru sampai untuk membuat sedikit majlis makan-makan di rumah-rumah penginapan di sebelah masjid milik madrasah. Boleh kata hampir semua mereka yang datang ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Danau Tok Uban walaupun mereka semuanya berasal daripada daerah Pasir Mas!
Dalam pada itu, kelihatan anak-anak kecil bermain berlari-lari riang-ria meneroka segala ceruk rantau masjid ini. Nampaklah anak tangga berpusing naik ke atas... Apa lagi saya... Ibarat beruk diberi pokok suruh panjat le jadinya... Hehe!
Jeti tepi masjid ke Danau Tok Uban dilihat daripada satu sudut yang cuma 'beruk-beruk' macam saya sahaja boleh sampai. Orang lain yang melihat kedudukan saya ketika itu terus rasa seriau... Gilo ke hapa budak ni bertenggek kat sudut atas masjid cam ni weehh??
Subhanallah! Ternyata Danau Tok Uban jauh lebih indah apabila dilihat daripada Masjid Brunei berbanding dengan di seberang!
Oh... Lupa hendak beritahu. Sebenarnya sebaik sahaja nampak bangunan Masjid Brunei daripada teksi yang dinaiki dari Pasir Mas, terus saya rasa satu macam kejutan eletrik di badan. Ah... Saya deja vu lagi... Seluruh reka bentuk masjid ini, kawasan sekelilingnya, malah-malah pagar kecil juga bangunan rumah penginapan di sebelah pernah saya lihat dalam mimpi atau bayangan lama dahulu... Tak pasti bila tapi memang saya pernah nampak semua ini walaupun secara fizikalnya, baru kali inilah saya sampai di sini!
Apakah makna semua ini? Ah... Relaks.... Bagi suspense sikit lah... Hehe!
Mimbar masjid dengan kubah di atas ini mengingatkan saya pada topi perang orang Islam dahulukala... Mungkin ada kena-mengena?
Adapun pada malam itu, seorang ustaz kanan madrasah dengan seorang anak muridnya telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk memastikan siapakah saya ini sebenarnya... Lawyer? Majistret? Atau cuma Kasim Selamat! Kerana ada juga pengunjung (orang-orang Pasir Mas yang menyewa rumah di sebelah) risau akan kehadiran seorang manusia yang tidak dikenali di situ... Takut saya ini perompak ataupun penyangak?
Ah... Saya dah biasa dengan semua ini. Malah sepanjang pengembaraan kali ini, ramai orang beranggapan saya adalah seorang anggota Special Branch polis Bukit Aman, yang ingat saya military intelligence pun ada, mungkin keluar menyamar untuk meninjau keadaan sekeliling... Kalau saya kata bukan pun, sesetengah orang dah buat kesimpulan lebih awal... Mana ada orang berani mengembara seorang diri masuk ceruk rantau kampung orang seorang diri macam saya dengan penuh keyakinan diri kecuali orang itu ada kaitan dengan pihak berkuasa ya tak?
Apapun, ustaz itu sedikit lega setelah melihat kad pengenalan saya serta membuat sedikit temu-ramah. Apa yang menarik adalah temu-ramah lapisan lain yang dibuat secara batin... Nampaknya ustaz muda yang umurnya mungkin tak sampai lagi 40an ini pun bukan orang sembarangan. Ya lah... Takkan hantar orang 'kosong' untuk bertemu orang asing yang mungkin boleh membahayakan ya tak...
Dalam perbualan itu saya berterus-terang mengaku suka menziarahi makam para wali, raja-raja dan tempat-tempat berkaitan demi menelusuri sejarah Melayu Islam terutama yang berkaitan dengan keluarga. Saya tahu ustaz ini juga meneliti saya secara batin untuk memastikan samada saya bercakap benar ataupun tidak...
Yang menarik adalah apabila ustaz ini mengaku masjid itu malah seluruh Danau Tok Uban terletak di dalam lingkungan kawasan sebuah kota lama yang masih boleh dilihat dengan mata batin... Hmm... Tak boleh cerita sangat tentang ini. Cukuplah kalau dikatakan dalam Danau Tok Uban itu terdapat banyak harta peninggalan dahulukala, cukup banyak... Kata si ustaz, ada juga beberapa pihak cuba menarik harta ini tetapi tidak berjaya. Yang menarik, ustaz ini tahu bahawa harta tersebut adalah harta untuk belanja perang akhir zaman... Hmm... Cukuplah...
Oh, untuk menjawab soalan para pembaca terutama Kak Tim, apakah kaitan Brunei dengan Kelantan. Le... Ingatkan ramai dah tahu... Bukankah Sultan Kelantan itu dikatakan berasal daripada keturunan Sayyid Hussein Jamadil Kubra yang pernah mengetuai kumpulan Wali Tujuh datang ke Tanah Melayu abad ke 14 Masihi dahulu? Sultan Brunei pula adalah keturunan Sharif Mekah yang nasabnya sampai pada Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW! Masing-masing berpunca daripada darah daging Nabi Muhammad SAW jua... Allahumasali ala Muhammad wa ala ali Muhammad!
Sekarang fikirkan apakah kaitan semua ini... Di manakah anak cucu Nabi ini pernah berkumpul di Tanah Melayu ini sehingga Sultan Brunei terpanggil untuk mendirikan masjid di sini setelah mengalami sebuah mimpi... Ada cerita lain pula menyebut, ada penduduk lama di Rong Chenok mendapat mimpi tiga malam berturut-turut lalu mencari jalan untuk menghadap Sultan Brunei demi menceritakan pesanan yang diberi dalam mimpi.
Apapun, masjid ini didirikan setelah seseorang (atau mungkin banyak orang?) mendapat mimpi yang misteri tapi penuh makna. Yang pasti, kehadiran Masjid Brunei di tempat terpencil ini menimbulkan banyak tanda-tanya lalu menjadi asbab atau sebab-musabab untuk pihak-pihak tertentu dipertemukan lalu saling kenal-mengenali ni sini... Peh... Tiba-tiba teringat nama Tok Kenali...
OK... Cukuplah ya... Dah lama saya menulis ni... Perlu bergerak meninggalkan Alor Setar sekejap lagi... Teringat pula ustaz yang menemu-ramah saya dan anak muridnya dua-dua orang Kulim. Macam nak suruh saya pergi situ pula... Insyaallah jumpa kita di lain waktu. Wassalam!
salam..
BalasPadamJust nak tambah sedikit..akan perihal hubungan antara kesultanan Brunei...Kesultanan Acheh dan Kesultanan Pattani..memang asal pucuk tok nenek mereka ini ialah dari satu...Fathimah Azzahrah seterusnya baginda Rasulullah saw.
Hubungan mereka ini ialah seperti 3 segi...sepupu..bapa saudara...anak saudara...seperti juga segitiga antara antara champa-pattani brunei dan acheh...
wassalm
wallahu'alam
as salam suadara SMS.minta izin share artikel ni boleh?wan naz
BalasPadamWassalam. Silakan.
BalasPadamSubhanallah. Rasa sebak dihati apabila membaca artikel ini. Semoga Allah memberkati saudara untuk menghuraikan misteri alam melayu ini. Patutlah terlalu dekat rasanya negeri kelantan itu dihati waima saya tinggal di Borneo.
BalasPadamAmin... :]
BalasPadamTuan Radzie Sapiee,
BalasPadamMohon izin untuk copy sedikit gambar untuk simpanan saya. Saya tak berpeluang ke sana..tapi sangat menarik hati untuk mengetahui sejarah tempat ini..Terima Kasih.
candy.
OK. Saya izinkan.
BalasPadamuntuk pengetahuan tuan, masjid tersebut di dirikan utk sebuah sekolah tahfiz, institut pendidikan albalaghulmubin... saya adalah salah seorang dari ex student di sana... institut tersebut telah melahirkan ramai al hafiz muda... saya telah mengenali salah seorang yg telah bergelar al hafiz ketika berusia 11 tahun... institut tersebut terpaksa ditutup atas sebab kewangan... para ustaz cuba meneruskan institut tersebut dgn perbelanjaan ditanggung oleh pelajar sendiri tetapi gagal sehinggalah ianya terbiar...
BalasPadamOh. Jadi Institut Al Balaghulmubin sudah ditutup ya? Sejak bila ni? Saya tak perasan sebab bila masuk terus menuju ke masjid. Yang saya perasan, semasa satu lawatan penghujung 2008 lalu gitu pelajar masih ada tetapi bersolat jemaah menggunakan masjid yang lain. Masjid Brunei pula digunakan untuk acara orang dari luar. http://merahsilu.blogspot.com/2008/11/projek-buku-masjid-lagi-danau-tok-uban.html. Isteri saya pula menegur tadi, semasa kami datang bersama anak2 bulan April gitu tahun ni masih kelihatan anak-anak muda seperti pelajar berkeliaran di sekitar.
BalasPadamSaya juga bekas pelajar di al-balaghulmubin tahun 93..mula menghafaz disitu..alhamdulillah.. :)
BalasPadamSkrg tempat ni dah buka kembali dan ada kelas tahfiz kembali
BalasPadamRamadan 2014..ada dua org pljr tahfiz dari Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kel berusi 15 thn jd imam di surau tmn intan Kajang, Sel.Saya tnya mereka, yuran pengajian Rm280 sebulan..Sebenar Danau Tok Uban Pasir Mas, selain mempunyai masjid Berunei yg cantik, juga terdpt tasik yg luas, ada ternak Rusa, juga tempat perkelahan dan rehat. Semoga kelas tahfiz Danau Tok Uban , Pasir Mas kembali hidup spt thn 1990an
BalasPadamTuan Radzie Sapiee,
BalasPadammohon keizinan untuk untuk simpan gambar masjid ini, terasa juga ingin kembara ke masjid yg cantik seperti ini.
Shaiful
Salam tuan admin..mohon hamba nak simpan gambar2 special ni..
BalasPadamWassalam. Silakan...
BalasPadamAssalam tuan, menariknya cerita sejarah masjid ini..apatah lagi kota yang masih boleh dilihat dengan mata batin.
BalasPadamBoleh ceritakn suasana kota ini dengan lebih lanjut?
Hai semua
BalasPadamSaya seorang pemberi pinjaman yang bereputasi yang memberi pinjaman kepada semua individu, baik orang kurang upaya dan orang kurang upaya. Saya memberi pinjaman kepada kedua-dua pekerja dan penganggur, setakat ini anda akan dapat membayar balik dalam masa yang ditetapkan.
Adakah anda memerlukan pinjaman perniagaan?
Adakah anda memerlukan pinjaman peribadi?
Adakah anda ingin membiayai semula?
Adakah anda memerlukan pinjaman gadai janji?
Adakah anda mahu membayar hutang anda?
Saya memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3%, jadi anda dapat melihatnya telah menjadi mudah.
Pemohon yang berminat perlu menghubungi kami.
E-mel: (mrslindarobertloanfirm@outlook.com)
Terima kasih dan saya menanti permohonan anda
Selamat sejahtera
Puan Linda Robert.
Hello semua,
BalasPadamNama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Firma Pinjaman Osman untuk pinjaman perniagaan berjumlah $ 250,000. Kemudian, saya diberitahu tentang langkah meluluskan jumlah pinjaman saya yang diminta, setelah mengambil risiko lagi kerana saya sangat terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan kepada kejutan saya yang paling besar, jumlah pinjaman telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam 24 jam perbankan tanpa apa-apa tekanan mendapatkan pinjaman saya. Saya terkejut kerana saya pertama kali jatuh mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang jumlah pinjaman & anda berada di mana-mana negara, saya akan menasihatkan anda boleh menghubungi Firma Pinjaman Osman melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com
BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina: .........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Mudah Alih: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Tapak yang anda buat di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
Derek E-mel osmanloanserves@gmail.com
Pelanggan yang dihormati,
BalasPadamKumpulan pendanaan pakar menawarkan pinjaman kepada Individu dan syarikat terutamanya Individu yang mempunyai rancangan perniagaan dan Idea tetapi sukar memulakannya kerana rendah atau kekurangan modal permulaan.
Kami memenuhi keperluan kewangan pelanggan kami dan menolong mereka berjaya dari segi kewangan. Dapatkan modal / pinjaman jangka pendek dan jangka masa segera untuk Memulakan perniagaan anda sendiri dan nikmati faedah menjadi bos anda sendiri.
Kadar faedah rendah 2%
Tempoh 1 hingga 15 tahun
Hubungi kami melalui e-mel: franchisecapitalcorps@gmail.com