Dan akhirnya, posting saya yang ke 88 di blogspot ini... Alhamdulillah!
Oleh kerana nombornya dah cantik (88 di blogspot ini, 44 di blogspot "Berpetualang ke Aceh" dan 22 di "Seni Lama Melayu (Malay Olden Art)", biarlah saya berehat sekurang-kurangnya 8 hari sebelum menambah apa-apa posting di mana-mana blospot ini, hehe!
Tentang cerita "Jihad dan raja-raja" ini, takkan nak bagi semuanya ya tak... Tunggulah keluarnya buku "Berpetualang ke Aceh: Membela Syiar yang Asal" atau BKA II di pasaran, insyaallah May atau Jun ini ya! :]
---------------------------------
Mereka yang suka mengagung-agungkan teori-teori Barat termasuk prinsip demokrasi dan kerajaan berParlimen sebagai wadah terbaik untuk menjamin kesejahteraan masyarakat mungkin menganggap konsep keturunan terpilih sebagai pemimpin manusia yang memiliki kewibawaan semulajadi anugerah Ilahi adalah dongeng semata-mata, cerita rekaan yang diperbesar-besarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk menghalalkan institusi pemerintahan beraja. Tetapi pada Rasyid, perkara ini bukanlah pelik sangat atau tidak logik langsung malah memang masuk akal yang sihat! Kerana kalau diteliti daripada sudut pengajian ilmu sains genetik, kelebihan seseorang manusia lebih-lebih lagi seorang Nabi dan Rasul seperti Nabi Ibrahim memang boleh turun ke anak cucunya.
Fikirkanlah, alangkan buah durian pun kalau boleh orang hendak cari baka terbaik, misalnya jenis D24... Begitu juga padi dan tanaman lain, ada baka terpilih yang diakui semua. Sedangkan binatang pun diperhatikan asal-usulnya, contohnya kuda Arab, samada untuk berlumba laju jarak dekat atau kerana daya ketahanannya untuk perlumbaan jarak jauh... Sehingga wujud paspot kuda untuk mengesahkan baka keturunannya sampai ke empat lima generasi "nenek moyang", baik sebelah bapa mahupun ibu.
Rasyid pernah melihat paspot kuda kerana dia pernah menjadi salah seorang wartawan equestrian (sukan berkuda) yang terkemuka di tanah air. Paspot istimewa yang menunjukkan nama kuda, asal-usulnya juga nama dan asal-usul "nenek-moyang" kuda inilah yang digunakan untuk membuktikan bahawa seseekor kuda itu berasal daripada baka yang baik, juga untuk menaksirkan harganya di pasaran... Lebih elok lagi jika terbukti ada daripada "nenek-moyang" nya pernah menjadi juara lumba kuda.
Begitu juga orang memilih baka anjing dan kucing walaupun binatang-binatang ini tidak memakai paspot. Jika kucing Parsi atau kucing Siam lebih mahal harganya, lebih diminati orang daripada kucing jalanan, inikan lagi manusia yang hendak dibuat pemimpin... Mestilah diketahui asal-usulnya, daripada keturunanan mana, apakah dari darah-daging yang terbukti boleh memimpin rakyat? Ingat boleh main pilih sembarangankah?
Percayalah, jika Tuhan berjanji untuk menaikkan seseorang itu sebagai pemimpin, maka Tuhan juga akan melengkapinya dengan sifat-sifat mulia yang layak dicontohi rakyat. Seorang pemimpin sejati juga dibekalkan dengan tubuh badan serta rupa-paras yang elok, di samping akal dan budi bicara tinggi, sifat-sifat yang selalunya wujud dalam baka yang terpilih.
"Sebab itu masyarakat dahulukala sanggup mengangkat seseorang menaiki takhta jika diketahui dan terbukti melalui tanda-tanda tertentu orang itu berasal daripada keturunan yang mulia seperti keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Malah rakyat pula yang memohon kepimpinan orang sebegini lalu sanggup menyatakan ta’at setia mereka yang tidak berbelah bagi tanpa dipinta," Rasyid memberitahu gadis kesayangannya Nur.
Orang dahulukala amat arif tentang kelebihan semulajadi yang dimiliki manusia begini, kelebihan yang tidak terdapat pada orang biasa, kelebihan yang dipanggil dalam bahasa sastera lama sebagai "kebesaran" raja-raja... Kerana kebesaran inilah yang boleh memakmurkan rakyat sesuatu negeri. Sebab itu wujud istilah keturunan orang baik-baik, keturunan orang yang diketahui baik-baik belaka, daripada baka yang baik turun-temurun!
"Maka itu mereka yang tahu dirinya berasal daripada keturunan sebegini seperti para Sayyid dan Sharifah anak cucu Rasulullah SAW perlu menjaga akhlak dan kelakuan mereka melebihi orang lain. Mereka patut beramanah dengan kelebihan yang ada dalam darah-dagingnya, sekurang-kurangnya demi menjaga nama baik Nabi," Rasyid cuba meyakinkan Nur.
Sayangnya semasa itu, wanita cantik ini masih belum dapat memahami konsep itu walaupun dia sendiri berasal daripada sebuah jurai keturunan yang dipandang mulia. Katanya, kalau apa yang disebut Rasyid itu benar, kenapa boleh wujud para "Sayyid Al-Kohol" yang kaki botol, atau anak cucu Nabi yang kaki perempuan? Kenapa ada "Raja Kapor", anak cucu Raja-raja Melayu dengan gelaran Yang Mulia tetapi perangai buruk suka menipu orang? Kenapa ada mereka yang berketurunan mulia dan baik-baik belaka tetapi bersifat suka ‘menyembelih’ manusia lagi kaki pembelit?
Pada Rasyid, jawabannya senang. Daripada benih yang baik boleh muncul baka yang buruk kerana rosak... Kalau tanaman ataupun binatang, mungkin kerana diserang kuman. Kalau manusia pula, kerana rosak akhlak, tidak memenuhi amanah keturunan yang memerlukan mereka supaya bertakwa, beramal dengan agama lebih daripada orang lain, lebih dari orang kebanyakan yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan semulajadi seperti mereka. Ataupun darah sudah ‘cair’? Kerana kelebihan genetik nenek moyang tidak turun kepada mereka? Orang sebegini patut dibuang sahaja nama Raja, Tengku ataupun Sayyid yang dimiliki. Jangan buat malu company, sebab nila setitik rosak susu sebelanga... Menjatuhkan nama keturunan dan nenek-moyang yang mulia sehingga orang lain pula berburuk sangka.
"Janganlah kerana ada baka keturunan yang rosak, beberapa Sayyid yang kaki minum, Sayyid Al-Dot dot dot dan sebagainya, maka seluruh benih dan baka yang baik tadi dipersalahkan. Begitu juga keturunan raja-raja... Jangan sebab marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Bodoh. Pakailah Ridsect! Hapuskan nyamuk durjana sahaja!," anak muda itu berseloroh.
Nur tertawa lembut. Dia tahu Rasyid suka bergurau di celah perkara serius. Itu juga adalah ‘teknik’nya untuk memudahkan pemahaman, supaya perkara yang selalunya berat dapat dicerna dengan lebih mudah.
"Maaflah saya cakap," pemuda itu meneruskan. "Disebabkan wujudnya keturunan ‘baik-baik’ seperti inilah orang sekarang tidak mampu memahami hakikat sebenar seorang raja... Susah untuk membayangkan pemimpin yang memiliki karisma semulajadi, yang menyebabkan orang-ramai secara automatik akan tunduk dan hormat kepadanya walaupun dia tidak memakai pakaian kebesaran, walaupun tidak duduk di dalam istana."
Kebesaran sebenar seorang raja bukan terletak pada luaran, pada harta dan kuasa yang ada. Kalau begitu, serupalah seperti mana-mana orang buruk akhlak yang berjaya menyembunyikan sifat buruknya daripada pengetahuan orang ramai, orang yang pandai main PR (Public Relations), pakar lakonan sandiwara yang berjaya mengaburkan mata masyarakat umum... Tidak ada bezanya dengan kaki ‘belit’ dan ‘putar alam’ yang faham segala macam tipu daya dan ‘auta’ dunia politik dan perniagaan lalu berjaya mendapatkan kuasa dan duduk di dalam rumah besar seperti istana. Malangnya, manusia sebegini pula yang disanjung tinggi masyarakat moden kerana ‘kebesaran’ mereka yang nampak nyata, melalui ukuran pencapaian materialistik dan keduniaan yang menjadi anutan rata-rata orang sekarang. Lalu mereka pula dipandang sebagai raja, bukan seperti zaman dahulu di mana orang tahu mengenali kemuliaan di sebalik manusia yang berpakaian buruk... Tahu menilai bangsa melalui adab dan budi bahasa.
Pada Rasyid, sifat buruk manusia berdarah raja yang tidak amanah dengan zat mulia mereka telah menyebabkan orang-ramai percaya kepada dakyah Barat yang mengatakan kemuliaan raja-raja adalah satu mitos warisan Hindu yang diwujudkan semata-mata untuk memastikan rakyat sentiasa akur kepada titah perintah mereka. Apa yang mereka nampak, siapa yang kuat dialah raja. Sedangkan hakikatnya jauh panggang dari api!
Dearest Radzi,hari ini adalah hari yang I feel ada kejadian yang membawa hikmah besar,though I have yet to know fully what it is...tadi I went naik taxi in the city,sajalah nak mencoba...and the taxi driver was talking about how important it is to choose a fair leader.otherwise we will be question about it in the other world,akhirat...sempat tergamam me mendengar the driver bicara...he told me about saidina Ali and family..and about how saudi and dubai merasa gempa on november 2005..semua itu adalah tanda tanda peringatan that the time is near.and he was talking to me about leaving behind good deeds in this world. Anyway,I was just as astonished when I ask him where he is from and his family,he is a sayed...felt so blessed...alhamdullillah.....ann
BalasPadamHmm... The time is nigh. Hopefully we are ready to embrace the changing climate, insyaallah! :]
BalasPadam