Isnin, Mac 12, 2007

Gambar-gambar Muar 3

Assalamualaikum. Di sini, saya ingin meletakkan beberapa buah lagi gambar-gambar di Muar untuk tatapan semua. Sebenarnya ini dilakukan supaya saudara pengarang akhbar tabloid Kencana boleh terus masuk ke blogspot ini untuk memilih mana-mana gambar yang sesuai untuk segmen terbaru "Laksamana pulang ke Perak" akhbar itu... Kira buat kerja cara on-line le ni. Apapun, silalah tatap bersama. Adapun kebanyakan gambar ini diambil di sekitar Bukit Treh, lebih kurang 5km daripada pusat bandar Muar... Ada le sebabnya tu...






Gambar bandar Muar diambil daripada sisi kawasan medan selera berdekatan stesyen bas di Bentayan.



Inilah dia Bukit Treh yang agak terkenal di kalangan orang bandar Muar, satu-satunya bukit yang wujud dalam sekitar 5km daripada pusat bandar Muar. Tak tinggi mana pun, mungkin tak sampai 100 kaki tingginya. Perhatikan, di sebalik lindungan pepohon rimbun di sekelilingnya adalah bentuk bukit seperti kapal tertangkup. Mungkin benar kata orang tempatan, cerita lagenda Si Tanggang (atau yang sewaktu dengannya) di mana kapal seorang anak derhaka serta segala yang berada di dalam disumpah menjadi batu pernah berlaku di sini?




Loji air di kaki Bukit Treh.



Runtuhan tembok lama di kaki Bukit Treh.




Runtuhan dilihat lebih dekat.



Paip yang menghubungkan loji air lama zaman British di puncak Bukit Treh dengan kawasan sekitar.


Loji air Bukit Treh serta runtuhan tembok dilihat daripada lereng bukit.




Tangga untuk naik ke puncak Bukit Treh yang bermula selepas mendaki bukit itu separuh.



Bangunan loji air lama zaman British di puncak Bukit Treh.


Bangunan loji dilihat daripada sudut lain.



Menara bangunan loji air lama.



Sebuah makam lama di kaki Bukit Treh. Tidak ramai, walau penduduk tempatan sekali pun yang sedar akan kewujudan kubur lama yang dikatakan milik seorang puteri raja dahulukala. Adapun puteri itu dikatakan isteri ketiga kepada watak Si Tanggang yang derhaka terhadap ibunya. Puteri ini seorang yang baik hati lalu menasihati Si Tanggang supaya menerima ibu-bapanya walau seburuk mana (baca balik cerita Si Tanggang)... Malangnya dia turut menerima bahana sumpahan akibat Si Tanggang tidak mahu mengaku dua orang berpakaian buruk yang datang merapati kapal mewahnya adalah ibu-bapanya yang sebenar.



Masjid Kampung Bukit Treh. Di belakangnya, di sebalik rimbunan pepohon di belakang menara masjid ini terletak kubur lama yang dikatakan milik seorang puteri raja.



Masjid Kampung Bukit Treh dilihat daripada sudut lain.



Masjid Kampung Temiang yang terletak lebih kurang 1km daripada Masjid Kampung Bukit Treh. Adapun kedua-dua kampung ini terletak sebelah menyebelah tetapi Bukit Treh pula terletak di dalam lingkungan Kampung Temiang.
Kampung Temiang adalah kampung ibu saya. Adapun ia juga dikenali sebagai Kampung Tok Raja sempena nama seorang bangsawan yang membuka kampung itu seabad dua dahulukala. Nama jalan utama di kampung ini masih dikenali dengan nama Jalan Tok Raja atau Jalan Tok Raja Temiang.



Sungai Muar dilihat daripada satu sudut berhampiran Bukit Treh.
Di bawah ini pula adalah gambar-gambar peta lama kota-kota Portugis, satu di Muar, satu di Melaka sekadar untuk hiasan, tatapan dan renungan pembaca. Adapun gambar atau lukisan kota di Melaka yang juga dikenali sebagai A Famosa itu dibuat tahun 1630 sedangkan yang di Muar itu dikatakan dibuat tahun 1604, wallahualam...






3 ulasan:

  1. teringin nak menziarah masjid muar...

    BalasPadam
  2. Hmm... Pi aje le. Naik kereta dari KL dalam 1.30-2 jam je. Pi masjid muar pas tu boleh jalan-jalan tanjung pekena rojak ke, mee rojak, mee bandung, asam pedas. Satay muar pun mule tahan apa...

    BalasPadam
  3. Assalmualaikum merah silu

    Saya tertarik dengan komentar saudara mengenai penulisan saya. Saya berpegang kepada sejarah realiti,yang benar, bukan fantasi,versi barat.Dalam Forum Sejarah Realiti kedah, perkara ini telah dibangkitkan dan dibincangkan dengan Persatuan Sejarah Kedah dan mereka mengakui kebenarannya.Kebenaran ini tertulis dalm manuskrip Undang-undang kedah,translitersi teks oleh Maryam Salim, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kisah yang saya paparkan sudah lama diketahui di Kedah,cuma tidak ada bukti bertulis. Pemulangan manuskrip diatas dalamtahun 2003,mengiyakan banyak perkara terutama tentang islam dan perkembangannya di Nusantara. Oh ya, seperkara lagi, mengenai runtuhan tembok lama di Bukit Treh itu adalah kesan istana Sayyidina Jamalul Alam Badrul Munir, pemerintah ke 2 Nagara Kedah selepas Merong Mahawangsa. Inggeris meruntuhkan istana tersebut dan membina loji air bagi menutup kebenaran islam. Johor dalam bahasa Siam ialah Khlangkew (Gelanggkiu) sementara Pahang Gelanggi.Banyak lagi persamaan bahasa ie,b.m,kereta,b.siam kayta sementara thai ialah rot(jauh bezanya).Dalam bahas Siam nama bandar seperti Lukud,Jugra, seremban mempunyai makna. Malah Timor Leste, Asia, Samarkhan, Russia mempunyai makna jugak.Kewujudan istana lama ini telah lama diketahui oleh waris dan keluarga Sultan Jaafar Mad Azzam Syah yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan lagi pada hari ini kecuali menegakkan kebenaran sejarah.Sila berkunjung ke blogspot saya untuk kita berhubung.Terima kasih.

    http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

    BalasPadam