Selasa, Mac 20, 2007

Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal (BKA II)


Assalamualaikum para pembaca sekalian. Hari ini sudah masuk 1 Rabiulawal 1428 Hijrah, bulan Islam yang akan membawa kepada tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW 11 hari lagi. Maka timbul pula gerak untuk berkongsi gambar kulit hadapan buku terbaru saya yang akan datang, "Berpetualang ke Aceh: Membela syiar yang asal" atau BKA II.
Adapun buku ini saiznya sama dengan "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" atau BKA I, jumlah mukasurat pun sama iaitu 300 muka, campur 4 mukasurat kosong kerana jumlah mukasurat buku dijilid dalam gandaan 16 (set 4 kertas dilipat 2 lalu menjadi 16 mukasurat), dalam kes ini 16 x 19 = 304. Ia adalah kesinambungan cerita dalam buku I dan akan membawa pembaca pergi lebih jauh ke dalam dunia pengembaraan serta pemikiran Muhammad Al-Aminul Rasyid. Maka akan ada lebih banyak perkara yang melibatkan hal-hal pelik dan ghaib, juga pengajian ilmu Tasawuf.
Untuk pengetahuan, buku ini baru siap diedit dan layout menggunakan perisian Pagemaker kemudian InDesign pada Khamis 15 Mac 2007 sejurus sebelum masuk Subuh. Tapi saya perlu melakukan satu lagi proses editing untuk memantapkan isi... Kulit buku pun belum 100 peratus siap kerana belum mendapat ilham untuk pantun yang perlu diletakkan di belakang.
Setelah siap proses editting pada hari Khamis, gerak hati saya menyuruh supaya menunggu bulan Safar tamat. Hari ini sudah masuk bulan Rabiulawal, maka proses seterusnya akan disambung hari ini dan sebab itulah saya mendapat gerak untuk meletakkan gambar kulit buku di sini dan berkongsi perkembangan terbaru BKA II dengan para pembaca sekalian.
Apapun, doakan segalanya berjalan lancar OK... Jika tiada aral melintang, insyaallah buku ini akan berada di pasaran bulan May. Baiklah, saya perlu menyambung kerja ya... Teruskan membaca! :]

5 ulasan:

  1. cepat siapkan.... nanti kalau dah sipa, sila tanda tgn dan saya akan beli terus...

    BalasPadam
  2. Wokey bro... Insyaallah! Majulah sukan untuk negara. Bersekutu bertambah mutu (urrggsss... Itu bukan slogan MIC ke, hehe!) :]

    BalasPadam
  3. askum. Sy tak sabar nak tau sambungan bka ni hehehe. looks like more interesting dan lebih adventure. byk yg dipelajari tg sejarah melyu zaman dulu2

    BalasPadam
  4. alhamdulillah. Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara. InsyaAllah saya menanti kehadiran buku saudara dipasaran. Buku saudara banyak memberi manfaat serta membuka fikiran saya .... Teruskan usahamu saudaraku. ALLAH membantumu. ALLAH bersamamu.

    BalasPadam
  5. Wassalam n terima kasih semua. Sokongan saudara saudari sekalian memberi saya semangat tambahan. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada usaha saya yang tidak seberapa ini. Yang penting orang Melayu mesti disedarkan akan makna Melayu itu sendiri, bukan makna sempit bangsa Melayu yang cuba disogok penjajah sehingga kita berpecah-belah dan sentiasa ada konflik dengan bangsa lain sampai sekarang... Kenapa Melayu itu Islam, malah bukan sekadar Islam tetapi mencapai tahap Mukmin lagi Ihsan. Maka makna Islam itu sendiri harus diperhalusi, bukan sekadar Islam yang bermula 1,400 tahun dahulu... Itu sebenarnya Syariat Nabi Muhammad sedangkan Islam telah wujud sejak zaman Nabi Adam kerana Islam itu membawa makna tenang dalam penyerahan kepada hukum Allah...
    Seterusnya kenapa kebangkitan Islam akan datang bermula daripada Timur, di Tanah Melayu... Lalu bagaimana kita harus bersedia menghadapinya... Insyaallah! :]

    BalasPadam