Selasa, Disember 12, 2006

Apa kata pembaca tentang buku "Berpetualang ke Aceh"

Beberapa hari lepas, seorang bapa saudara telah menghantar e-mail meminta saya memberikan testimonial daripada pembaca buku "Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti" tentang apa mereka lihat mengenai buku ini setelah membacanya. Lebih 2 minggu lepas kami telah berjumpa dan bapa saudara ini menyatakan minat untuk memuat promosi dan menjual buku ini dalam bentuk e-book di Internet. Saya pun bersetuju dan menyerahkan kepada beliau untuk mengatur mengikut kepakarannya, maka itulah dia meminta testimonial tersebut.
Sebenarnya ramai juga pembaca yang telah memberikan komen membina melalui e-mail serta forum di Internet tetapi saya terus membuat pengumuman melalui Forum CVT untuk mendapatkan fresh comment yang boleh digunakan serta-merta. Di bawah ini adalah hasilnya... Tergerak pula untuk berkongsinya di blogspot ini juga! :]


1.
Bagi saya, Berpetualang Ke Aceh adalah karya yang dikarang dengan hati. Pengkisahannya santai.Membacanya terasa menusuk ke lubuk hati sepanjang jalan cerita, ibarat turut sama berpetualang bersama watak utama. Wajib dibaca jika ingin memahami - Apa itu Melayu? Bagi saya juga, tersisip di dalamnya antara jawapan kepada persoalan mengapa Hang Tuah mengatakan "Takkan Melayu hilang di dunia".Buku ini amat baik untuk mengetahui dan memahami iktibar sejarah rantau ini daripada perspektif yang segar. Ianya juga amat baik sebagai iktibar, bagi insan-insan yang ingin mencari diri dan memahami erti hidup, di samping memaknakan erti kehidupan itu sendiri.Tak sabar rasanya menanti buku Berpetualang Ke Aceh yang seterusnya.

Mahadher, Melaka.


2.
Sebuah cerita yang mengisahkan kebenaran yang hampir pupus. Sumber asli yang tidak pernah saya temui selama ini. Buku ini merangkumi banyak aspek, bukan hanya sejarah dan fakta malahan mengandungi mesej tersembunyi peristiwa akhir zaman. "Mencari Diri dan Erti" - wajib di baca oleh semua umat Islam untuk merenung, mengenal dan memahami rahsia perjuangan yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W dan siapakah penerus perjuangan ini.
"Berpetualang ke Aceh - Mencari Diri dan Erti" penuh dengan teka-teki dan persoalan yang memaksa saya berfikir. Memang tak sabar rasanya untuk membaca buku yang kedua.

Khalidzulhuddin - Melaka


3.
Buku Berpetualang ke Aceh... !
saya dah baca sekali... Alhamdulillah selepas saya baca banyak perkara yang saya sedar tentang diri saya sendiri... Bukan selama ini saya tak sedar diri tapi sedikit sebanyak, buku ini lebih menyedarkan saya tentang konsep mim dalam melayu dan apa itu melayu dan ke mana seharusnya hala tuju melayu.... Bukan nak kata selama ini semua perkara yang saya tahu sebelum membaca buku ini tidak betul tapi ada la banyak perkara yang perlu diperbetulkan, InsyaAllah.... Bacalah dengan nama Tuhanmu yang maha Mencipta....
Saya nak baca lagi buku tu... InsyaAllah.

Edy Faizal, Taiping.


4.
Saya rasa buku ini amat mengasyikkkan, jalan ceritanya perlu penelitian dari mata hati sendiri, supaya tidak ketinggalan untuk bab-bab di hadapan. Ada bab yang saya baca sampai dua kali, kerana syahdunya.. Pernah menangis sendiri kerana banyak yang saya tidak tahu dari apa yang sepatutnya saya perlu tahu... Bacaan yang tidak menekan perasaan dan amat santai pembahasaannya..Buku yang outstanding dan saya tidak sabar-sabar menunggu untuk sequel Berpetualang ke Aceh.., diharap Merahsilu teruskan penulisan yang seumpama ini.

Kak Tim, Kota Bahru, Kelantan.


5.
Berpetualang Ke Aceh, Penulisan yang kreatif dan berpandangan jauh dari penulis yang mencari erti diri dan kebenaran.
Gabungan pelbagai rujukan bertulis dan lisan serta pengalaman penulis yang sungguh menarik dan nampak penulis cuba membawa pembaca sendiri menyelami dan menghayati sejarah sepertimana dirinya. Pendekatan yang sangat berani. Bukan karya sambil lewa yang sekadar memperbanyakkan mukasurat.
Buku ini membuat saya berfikir sejenak sambil melihat masa lampau yang tidak pernah dimengerti dengan sepenuhnya tetapi sangat penting bagi mencorak langkah ke hadapan.

Selayang Pandang, Kuala Lumpur


6.
Komen tentang buku Berpetualang ke Aceh.

Mengajak pembaca untuk berfikir tentang isyarat yang berlaku ke atas diri penulis mahupun perkembangan di akhir zaman dalam konteks sejarah bangsa melayu, sejarah Islam dan ilmu tassawuf di samping tidak ketinggalan menyentuh soal-soal kehidupan. Sarat dengan fakta sejarah melayu dan sekali lagi mengajak pembaca berfikir tentang sejarah-sejarah yang digelapkan dari satu sudut yang tidak pernah terfikirkan. Semoga para pembaca dapat menimba sedikit sebanyak ilmu berdasarkan pengalaman penulis dan usaha yang dilakukan untuk membuka mata hati kita semua.

Zaidi Badron, Dengkil, Selangor

3 ulasan:

  1. Salam, Terasa left behind je.. You know what I did, I bought that 1st book. Beli je.. pas tu baca sikit rasa boreeeeeeeed.. agaknye tak sampai seru lagi time tu. Awal tahun ni, my brother asked me.. dah beli ke buku Ptlg Aceh? I said yeah. He said lots of things you will know from it.. gulp.. Dekat setahun baru lah sibuk carik balik.. and trus jatuh cinta with it! Thanks.. baru last week dapat cari yang ke 2 tu.. ke 3, ntah bila.. whualam.

    Hey, don't be sad, you're not alone.. ramai peminat.. not you, but your books lah :p ha ha..
    You tak tubuhkan club buku Ptlg Aceh ke? Mesti best klu wat gathering ;) TC, Nur-Klang

    BalasPadam
  2. salam..
    Baru dapat kan buku ni..tapi BKA 1 and 2 kehabisan stok. Terpaksalah bermula dengan yang ketiga.
    Kekadang pengalaman dalam mencari tu seakan sama rentaknya. Surah Al-Ahzab,ayat 35 tu memang simbolik. Yang disebut kemudian bukan yang paling rendah ..tapi itulah yang paling tinggi darjatnya.

    BalasPadam
  3. Wassalam. Terimakasih. Hadiah paling bermakna setelah menerbitkan buku ini adalah mendapat tahu ia dapat menolong memperbaiki diri pembaca. Terimakasih sekali lagi.
    Oh, bab kelab tu tak perlulah tubuh anything official. Ad hoc kelab kira dah ada sebab apa... Sebab kita semua percaya akan perjuangan akhir zaman dan pentingnya memartabatkan Islam, di tanah air sendiri tentunya yang berkaitan dengan mendaulatkan kembali Melayu sebenar. Insyaallah! :]

    BalasPadam