Selasa, Disember 12, 2006

Akhirnya! Sambung... Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 4

Thread "Berpetualang ke Aceh" di Forum CVT sudah masuk mukasurat 94 barulah cerita pencarian Makam Raja Ahmad disambung kembali sedangkan cerita ini dimulakan pada mukasurat 59. Malah bunga-bunga cerita telah pun diletakkan dalam mukasurat 46 lagi ketika saya "tersangkut" di Kampung Gajah dalam perjalanan mencari makam tersebut! Begitu banyak hal lain yang "menganggu" perbincangan... Begitulah adat orang berforum. 

Selepas menceritakan kembali sebahagian daripada kisah ini seperti dinukilkan dalam artikel-artikel "selingan", cerita pun disambung di sini: 

-------------


(Posted: 06 October 2006 at 1:25am) OK... Recap balik apa yang berlaku hari tu... Aku nak carik Makam Raja Ahmad, masuk le ke Bandar Bharu (bandar tinggal yang dah jadi estet kelapa sawit) ikut jalan kampung lepas Matang Pelanduk, dari Teluk Intan sampai ke tebing Sungai Perak, teksi belah... Aku jalan kaki masuk kanan... Tu yang jumpa masjid tinggal, jalan lagi sikit jumpa makam Sultan Abdul Malik, pas tu baru jumpa kubur Birch... 

Sampai kat kubur Birch pun dah azan pas tu mula gelap... Aku pun berjalan terus menghala utara menyusuri Sg, Perak... Dekat 8.30 malam gitu, setelah dekat 1 jam menapak dari kubur Birch dalam kegelapan dan kesunyian estet, tu yang aku jumpa lori kelapa sawit dengan empat orang pemuda tengah punggah kelapa sawit masuk dalam lori... Dapat le aku tumpang, ingat sampai keluar jalan beso je sebab aku nak carik kedai makan... Tapi depa kata dah takda dah kedai makan, tinggal kat Kampung Gajah je... Dipendekkan cite, depa kesian kat aku, hantar le ke kampung Gajah... Tu yang aku dapat update cite macam ni: (Baca balik cerita yang dinukilkan semasa berada di Kampung Gajah, ada dalam Mencari Makam Raja Ahmad bahagian 3 ) 

OK... Sambung lagi... Malam tu aku ingat nak tido kat Masjid Jamek baru Kampung Gajah, tempat aku biasa lepak kalo sangkut kat sana... Dah singgah dah pun n mandi n solat, pas tu baru keluar pi Internet sampai boleh buat update kat atas tu... Lepas tu, aku lepak le minum kat warung... Sudah kenal satu mamat local, cite punya cite, dia pun bawak aku pi Masjid Jamek lama Kampung Gajah yang katanya ada le umur 100 tahun lebih... Itu le first time aku sampai situ (ke aku dah pernah sampai, rasanya tak kut sebelum tu) dan kat situ le aku tido malam tu... Ni aku paste gambo masjid tu, ambik lepas Subuh le, masih gelap lagi... Tu yang tak clear tu...



Lepas tu ambik gambo tu, mula-mula aku nak rest sikit sebab tak cukup tido, tido pun dekat pukul 5 pagi pas tu dah kena bangun Subuh... Tapi dah kaki aku jadik gatal balik nak berjalan, pi le jalan sat jumpa satu kedai pi breakfast... Hujan sat, tunggu le hujan selesai pas tu jalan kaki pi pekan Kampung Gajah... Satu-satunya perkhidmatan bas dari situ ke Teluk Intan dah lama bergerak... Kalo nak tunggu silap-silap boleh makan sejam dua lagi... Aku pun naik teksi sapu sampai le ke lorong yang sebenarnya terdekat ke Makam Raja Ahmad... Lupa plak nak cakap, aku tahu lorong ni terdekat sebab aku nampak signboard masa malam sebelum tu, masa tumpang lori kelapa sawit tu... Dipendekkan cite, aku pun sampai kat situ... Ini le signboardnya:


Terang bukan? Siap bagi distance lagi... Kalo hari semalam tu aku tahu boleh masuk ikut situ, musti aku dah terus boleh jumpa Makam Raja Ahmad... Tapi Tuhan sengaja nak aku masuk dulu ikut jalan lain... Sebab Tuhan nak aku jumpa masjid lama, pas tu makam Sultan Abdul Malik Mansur Shah, bapa (sebenarnya bapa mertua) Raja Ahmad, pas tu jumpa kubur Birch kot? Aku follow aje le programme Tuhan walaupun penat menapak dalam gelap... Guarantee ada hikmahnya nanti!


2 ulasan:

  1. Sultan Ahmad memang menantu kepada Sultan Abdul Malik Mansur Shah dan sebenarnya beliau adalah anak daripada raja yang kerajaannya telah wujud sebelum wujudnya kerajaan perak. Apabila nak wujudkan kerajaan perak sedangkan dah memang ada kerajaan disitu maka sultan Ahmad berkahwin untuk menyatukan dua kerajaan. Tu sebab BETING BERAS BASAH di kuasai oleh Sultan Ahmad. Beliau adalah raja asal ditanah tersebut(nama kerajaannya dah lupa).Beliau sultan yang adil,warak taraf ulamak sejak asal sebelum wujudnya kerajaan perak baru. Beliau tak sibukkan kuasa dunia dan sentiasa beramal serta ghaib pada hari jumaat di sungai ketika ambil wuduk dan menjadi wali Allah dengan gelaran Sultan Ahmad Budadi 'Sultan Yang Arif Lagi Bijaksana'.

    BalasPadam
  2. Sape bole tahan 16 irama nobat dia waris raja.silisilah raja amat luas.itu sebab perak selepas ktrn melaka ,,acheh selepas bugis,selepas tu siak,,selepas cucu daeng selili sultan ahmadin sultan ke18 berkait dgn kesultanan pasir.manakala sultan diaceh dari bugis berkait dengan kesultanan kutai kalimantan.disini terjalin perjanjian2 kaji sejarah secara menyeluruh jangan taksub satu2 kelompok

    BalasPadam