OK. Balik pada cerita-cerita perjalanan Perak. Bersambung daripada Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak laluan pertama ziarah makam bersama anak.
Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...
Daripada artikel Bertungkus-lumus ke Beting Beras Basah
Daripada artikel Makam Syiah Kuala... dan makam Maharajalela Abdul Rahim...
Daripada artikel Masjid lama misteri, makam Sultan Abdul Malik dan kubur Birch
-------------------------
-------------------------
Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...
Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.
Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh
-------------------------
Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.
Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...
Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-
Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.
Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...
Khamis, Julai 18, 2024
Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak tempat punca nama anak
Rabu, Julai 17, 2024
Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC
Tadi saya telah menyemak kembali penulisan artikel Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC yang dibuat lewat petang semalam lalu mendapati ada keperluan untuk menerangkan tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam). Ini memandangkan diskusi buku yang diadakan petang semalam telah diisytiharkan sebagai kesinambungan daripada siri yang pernah diadakan tahun 2019. Penerangan jadi lebih relevan apabila memikirkan buku terbaru saya, "Adam (a.s.) and the Origin of Man" akan menjadi yang kedua dalam siri baru diskusi.
Poster untuk majlis petang semalam...
Dalam artikel Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC saya ada meletakkan pautan-pautan berikut bagi artikel-artikel yang ditulis tentang diskusi buku bulanan sebelum ini :-
Artikel-artikel ini menunjukkan saya telah hadir lalu menulis tentang setiap edisi bulanan sejak ia dimulakan Januari 2019 hinggalah yang ke-5 pada bulan Mei. Kemudian terus lompat pada edisi bulan September, akhir sekali pada bulan November 2019. Mana pergi yang di celah dan selepas itu? Apabila disemak kembali arkib artikel-artikel lama yang pautannya ada disenaraikan pada sidebar kanan tengah CATATAN DI MERAH SILU didapati bahawa pada bulan Jun saya telah disibukkan dengan urusan menerbitkan buku ke-13 diikuti usaha-usaha mempromosinya. Selain itu masuk musim Raya Aidil Fitri. Lihat artikel-artikel berikut :-
Selasa, Julai 16, 2024
Berkat 10 Muharram dan menimba ilmu di ISTAC
1. Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024
2. Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"
3. Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"
4. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL
5. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus
6. Salah ke kajian saya diakui seorang pemikir tersohor Melayu?
Isnin, Julai 15, 2024
Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak laluan pertama ziarah makam bersama anak
Salam pagi Isnin 9 Muharram 1446 Hijriah. Adapun Sabtu malam Ahad saya telah disibukkan dengan satu majlis zikir. Esoknya pagi Ahad buat pertama kali seumur hidup mendaki Bukit Kiara hingga ke puncak, satu perkara yang pertama kali dilakukan seumur hidup walhal sudah lama menyimpan hajat kerana selalu melihatnya dari persekitaran rumah bapa saudara di Bukit Damansara sejak berumur 12 tahun lebih 40 tahun lalu, sebelum ke satu majlis ilmu tertutup di Taman Tun Dr Ismail. Sekarang baru ada sedikit kelapangan untuk berkongsi lagi cerita perjalanan terbaru. Bersambung daripada Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Mengejar 1 Muharram di Perak.
2. Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Petunjuk daripada Nenek
3. Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Mencari makam Keramat Kuala Bidor
Masuk waktu Isyak baru ke Masjid Kota Lama Kanan di mana terdapat batu nesan tanda Sultan ke-2 Perak. Ketika perjalanan 23 tahun lalu tempat ini disinggahi selepas pergi ke kuala Sungai Sayong. Rujuk kembali Kali pertama ke makam-makam lama tahun 2001 - Menyusur jejak nenek moyang hingga ke Kuala Kangsar.
Jumaat, Julai 12, 2024
Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Mengejar 1 Muharram di Perak
Salam petang Jumaat 6 Muharram 1446 Hijriah. Rasanya masih belum lewat untuk mengucapkan Salam Ma'al Hijrah, selamat tahun baru Islam. Ini adalah cerita yang berkenaan.




