Isnin, Mei 15, 2023

Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Open house hingga lewat malam

Salam. Lagi satu cerita daripada majlis 13 Mei 2023 bersamaan 22 Syawal 1444 Hijriah sebelum boleh 'tutup buku'. Bersambung daripada Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan.


Selepas pelancaran buku majlis pun masuk pada mood santai rumah terbuka. Hadirin mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan tetamu kehormat Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali...




Ketika itu juga ada yang mengambil peluang untuk mendapatkan buku...










Sambil itu juga layan bergambar...









































Majlis berupa rumah terbuka diteruskan sambil tetamu datang bersilih ganti...
















Dah lewat petang saya pun membuka sampin dan ikat pinggang. Tinggal pakaian yang lebih santai walau masih berbusana tradisional Melayu tradisional.












Selepas Maghrib saya keluar ke Janda Baik untuk menghantar anak kembali masuk asrama sekolah tahfiz. Sampai ke rumah jam 10.30 malam masih ada tetamu. Dekat jam 11.30 baru 'tutup kedai'...


Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan

OK. Bersambung cerita daripada artikel Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Persediaan dalam kegelisahan.

 

Gambar ini dan beberapa keping seterusnya diambil sekitar jam 10.30 pagi.






Tetamu sudah muncul sejak sebelum jam 9 tetapi belum cukup ramai.






Mereka diminta bersarapan dahulu sambil menunggu lebih ramai muncul.






Menurut atur cara (tentatif) majlis mahu dibuka dengan alunan qasidah Maulidur Rasul jam 10.



Sesi dibawa oleh kumpulan Firdaus Maulud Ensemble.






Setelah ramai tetamu selesai bersarapan dan jumlah yang hadir kelihatan mencukupi Maulud pun dimulakan sekitar jam 10.36. Video sesi sepanjang lebih sejam boleh dilihat di sini...


 

Video yang ambil oleh isteri...  




Keluar sebentar untuk melihat keadaan sementara Maulud masih berjalan. Gambar ini diambil jam 11.10 pagi.



Ketika itu tetamu kehormat, sejarawan ulung negara Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali sudah sampai.



Sejumlah saudara mara saya daripada keluarga Laksamana Perak pun sudah ada...






Kembali ke dalam menyertai Maulud...






Kemuncaknya adalah apabila alunan laungan kerinduan terhadap kehadiran Rasulullah SAW dinyatakan sambil berdiri...









Lihat video atas...



Selesai Maulud diadakan bacaan syair oleh saudara Zahamri Nizar, seorang sahabat yang aktif dalam dunia perbukuan.



Ia merupakan beberapa rangkap pilihan daripada Syair Nasib Melayu karya Allahyarham Tenas Effendy...


Dengan bismillah pembuka kata
Merangkai syair di malam buta
Membiarkan hati berkata-kata
Melepaskan perasaan mana terasa

Nasib Melayu nama dikarang
Melayu dahulu hingga sekarang
Walaupun banyak dikaji orang
Tak ada salahnya diulang-ulang

...

Banyak pula Melayu berakal
Mengadapi cubaan hatinya pukal
Hidup berhemat bersiap bekal
Supaya kelak tiada menyesal

Banyak pula Melayu berilmu
Cerdik dan pandai patut ditiru
Menunjuk mengajar tiada jemu
Untuk mengangkat maruah Melayu

Banyak pula Melayu pilihan
Menjadi pemimpin ia teladan
Hari bersih teguh beriman
Menolong tidak memilih teman

Banyak pula Melayu pemberani
Menghadapi musuh berpantang lari
Membela yang hak relalah mati
Pada yang benar ia berdiri

Kebanyakan Melayu hatinya rendah
Jarang yang suka bermegah-megah
Bercakap dengan berlembut lidah
Menegur dengan berbaik tingkah

Kebanyakan Melayu menghargai ilmu
Duduk mengaji tegak berguru
Supaya bercakap lidah tak kelu
Menghadapi hidup tak dapat malu

Kebanyakan Melayu pantang derhaka
Baik ke pemerintah atau ibu bapa
Menahan sabar sehabis daya
Sampai ke akhir batas sabarnya

Kebanyakan Melayu memegang amanah
Menjunjung janji memelihara sumpah
Daripada ingkar biarlah punah
Daripada khianat biarlah patah

...

Usailah Syair Nasib Melayu
Tercurahlah sudah kandungan kalbu
Niat ikhlas mengangkat Melayu
Bukan memberi aib dan malu

Alhamdulillah penutup kata
Puji syukur ke Allah semata
Semoga menjauh segala nista
Melayu pun hidup senang sentiasa




Sedikit rakaman yang dibuat oleh isteri...



Ketika itulah baru dikeluarkan buku...



Selepas itu sampai masanya untuk tetamu kehormat yang dikenali ramai sebagai Prof Abdullah memberikan ucapan pelancaran buku.



Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku malah memberikan syarahan sejarah yang memberangsangkan.



Latarbelakang berkenaan yang ada kena mengena dengan isi buku terutama melibatkan pembunuhan Residen pertama British ke Perak, J.W.W. Birch pada 2 November 1875 diulas panjang lebar. Lihat video atas.




Prof Abdullah menjadi pemilik pertama buku "Laksamana Raja Mahkota..." sebagai hadiah. Sebelum ini iaitu pada tahun 2018 beliau telah melancarkan buku ke-11 dan 12 saya. Lihat artikel lama Pelancaran rasmi buku berkembar Nabi Adam dan Benua Tua Melayu di kedai buku Khazanah Fathaniyah.