Jumaat, Februari 10, 2023

Buku "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad" sedia untuk tempahan

Salam semua. Sementara masih ada lagi sisa-sisa petang Jumaat 19 Rejab ini biar dipersembahkan artikel ini.




Rasanya sudah beberapa kali disebut di celah artikel-artikel lain bahawa saya kini sedang mengusahakan buku terbaru yang tajuknya seperti di atas.








Sekarang biar ditambah. Penulisan yang dimulakan pada 1 September 2022 itu siap deraf pertamanya pada 30 Januari lalu.








Selepas itu suntingan bagi menghasikan deraf kedua buku pun dimulakan...








Terdapat beberapa perkara yang agak sensitif dalam deraf  pertama terpaksa dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu selain beberapa perkara perlu dilakukan bagi mengemaskan lagi isi buku.








Sukacita dimaklumkan bahawa deraf kedua itu siap petang tadi.








Dengan itu bolehlah dikongsikan sedikit isi buku yang memiliki 576 muka surat ini...








Sedikit yang diberikan ini harus dapat menggambarkan betapa padatnya buku dengan pelbagai maklumat yang tidak pernah dikongsikan sebelum ini...








Buku ini disasarkan mahu diterbitkan lalu menemui umum selepas Hari Raya Aidil Fitri iaitu pada bulan Mei.








Harganya RM99 harus cukup berbaloi dengan segala macam maklumat yang dikongsikan.








Namun perlu mendapatkan modal terlebih dahulu untuk mencetak di kilang...








Dengan itu diumumkan siapa yang berminat untuk membuat tempahan awal sambil membantu mendapatkan modal untuk mencetak boleh memilih seperti berikut...


1. Bayar RM99 harga buku kemudian ambil daripada tangan saya. Mungkin pada majlis rumah terbuka raya  di rumah di Bandar Sungai Buaya, Rawang insyaallah pada 13 Mei 2023.


2. Bayar RM99 + RM7.35 Poslaju = RM106.35.








Sila buat bayaran bagi jumlah berkenaan ke akaun berikut :-


Affin Islamic Bank : 20-530-011171-1

Atas nama: Mohd Fahrulradzi b Mohamad Sapiee


Selepas itu WhatsApp ke nombor 013-3082131 bukti pembayaran. Untuk mereka yang mahu buku diposkan sila berikan sekali alamat pos.




Oh. Sekadar untuk memberikan gambaran tentang jangkauan kajian yang dibuat bagi mengisi buku biar diletakkan senarai rujukan...








Buku ini yang merupakan ke-13 + 1 bagi saya, buku pertama setelah berehat beberapa tahun iaitu selepas buku ke-13, Kenangan Kembara Solo Hitchike Eropah Tahun 1995" diterbitkan 2009, harus menjadi buku terbaik saya setakat ini.




Meliputi sejarah awal asal usul keluarga daripada kerajaan Perlak dan Samudera Pasai lebih 700 tahun lalu sehingga Laksamana Raja Mahkota (begitulah gelarannya) pertama muncul di Perak 300 tahun lalu membawa ke anak cucu sekarang ia akan menjadi rujukan ramai terutama peminat sejarah. 




Ada diceritakan juga tentang hubungan keluarga Laksamana Perak dengan kerabat diraja Aceh dan Bugis juga hubungan dengan kerabat diraja Perak, Perlis dan Kedah.




Sekarang bolehlah berehat buat beberapa hari sebelum menyambung dengan satu lagi pusingan semakan bagi menerbitkan draf ketiga merangkap deraf terakhir. Sambil itu juga menunggu kata-kata aluan daripada sejarawan tersohor negara Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali siap, begitu juga reka bentuk kulit buku dan cukup modal untuk mencetak. Doakan semuanya berjalan lancar ya... :].




Oh. Baru teringat satu lagi benda. Walaupun gambar muka surat buku yang dipaparkan ini ada yang berwarna warni buku fizikal itu sendiri nanti hanya akan berwarna hitam putih. Ia kerana kos mencetak buku berwarna penuh boleh menjangkau empat kali ganda harga buku hitam putih. Yang penting isinya 'warna-warni'.