Isnin, Oktober 24, 2022

Daripada makan-makan di rumah ke dua majlis perkahwinan

OK. Sekadar melepaskan apa yang berlaku pada hujung minggu baru ini.



Khamis 20 Oktober 2022. Isteri harus bermalam di Kalumpang untuk mengikuti sesi team-building selama 2 hari bersama rakan-rakan sekerja dari TM (Telekom Malaysia) Selangor.



Sesi selesai tengah hari Jumaat 21 Oktober. Diajak pula rakan-rakan untuk bertandang ke rumah selepas solat Jumaat untuk makan-makan...



















Selepas itu rancangnya mahu terus ke rumah arwah abang sulung isteri di RTB (Rancangan Tanah Belia) Bukit Changgang, berdekatan KLIA di Sepang. Tetapi disebabkan kepenatan amat esoknya pagi Sabtu 22 Oktober baru bergerak.




Pada tarikh cantik 22/10/22 diadakan majlis pernikahan seorang anak buah diikuti majlis perkahwinan.



Kami tak sempat untuk melihat pernikahan. Cukuplah dapat berjumpa saudara mara dalam majlis perkahwinan...





















Selepas itu ke majlis perkahwinan lain pula, perkahwinan anak kepada dua pupu saya belah bapa iaitu daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak dekat Bukit Jelutong, Shah Alam. Sampai lewat, orang sudah meninggalkan jamuan. Namun tetap dapat meluangkan masa bersama saudara mara.




Oh. Dalam majlis di Bukit Changgang pengantin lelaki adalah seorang pegawai muda TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) berpangkat Leftenan. Sedangkan untuk majlis dekat Bukit Jelutong, bapa pengantin perempuan pula iaitu suami kepada dua pupu saya adalah pegawai tinggi TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) berpangkat Leftenen Kolonel. Teringat dahulu bekas isteri saya ayahnya berpangkat Kolonel TUDM. Seorang sepupu ibu saya yang agak rapat dengan keluarga kami pula berpangkat Laksamana (setaraf Jeneral) di TLDM. 

Seorang sepupu saya belah ibu yang merupakan doktor perubatan, ayahnya doktor pakar sakit puan terkenal.  Isterinya juga doktor dan ayah isteri adalah doktor selain Jeneral tentera darat. Saja letak gambar ini di taman perumahan Elmina. Kami singgah dalam perjalanan kembali ke rumah setelah diminta berehat dahulu sehingga makan malam di rumah dua pupu dalam kem TUDM.