Isnin, Ogos 31, 2020

Kumpulan artikel "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang"

Salam lewat malam 31 Ogos 2020. Maaf kerana terlambat untuk mengucapkan selamat ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-63 kepada semua pembaca yang dimuliakan. Adapun saya dan keluarga kini berada dalam satu perjalanan di Perak dan Pulau Pinang. Kesibukan dalam pengembaraan menyebabkan saya hampir terlupa untuk memaparkan artikel kompilasi ini.

Untuk kemudahan pembaca biar dikumpulkan artikel-artikel daripada siri kecil "Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang" berserta artikel-artikel sokongan daripada blogspot  BERPETUALANG KE ACEH. Adapun malam ini juga sudah masuk tarikh kalendar Islam 13 Muharram tahun 1442 Hijrah. Nah. 31 (Ogos) dan 13 (Muharram) boleh ditulis sebagai 3113. Boleh juga 1331 (jika didahulukan tarikh Hijriah). Semoga memberikan faedah.



Kembali pada hal artikel kompilasi ini. Perjalanan berkenaan dibuat pada hari Sabtu 15 Ogos 2020 untuk menyusuri laluan purba perkapalan dari kuala Sungai Muar hingga ke kuala Sungai Pahang menghubungkan Selat Melaka di pantai barat Semenanjung dengan Laut Cina Selatan di pantai timur. Sambil itu seorang kawan yang bertugas sebagai wartawan permotoran bebas mahu memandu uji sebuah kereta baru yang diterimanya Jumaat sebelum itu. Perjalanan dimulakan awal pagi dari rumah kawan di Bukit Damansara sebelum saya dihantar kembali ke rumah sendiri di Bandar Sungai Buaya, Rawang selepas tengah malam. 

Lakaran ringkas Google Map menunjukkan jarak pemanduan diliputi adalah 912 km. Tetapi ini tidak termasuk jalan pusing-pusing di beberapa tempat terutama di Muar, bandar diraja negeri Johor dan Pekan, bandar diraja negeri Pahang. Meter kereta menunjukkan jarak sebenar telah diliputi ketika saya sampai rumah adalah 1,047 km. Ini dapat dilakukan dalam tempoh 20 jam sambil meliputi banyak tempat menarik dan bersejarah juga makan-makan. Selamat membaca...


1. The new attraction called Pintasan Saloma

2. Kuala Lumpur from Pintasan Saloma

3. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mukadimah perjalanan malam

4. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menjejak sejarah dan makan-makan dari Bandar Maharani ke Bukit Kepong membawa ke Negeri Sembilan

5. Serting river at Jalan Penarikan

6. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Mengesan hal sebenar laluan kapal purba yang dikenali sebagai Jalan Penarikan?

7. On to the actual estuary that is Kuala Bera

8. Pressing on further down the Pahang river mouth

9. Dari Kuala Muar ke Kuala Pahang - Menyusur Sungai Serting ke Sungai Bera lalu ke Sungai Pahang


Oh Adapun keseluruhan perjalanan berserta maklumat-maklumat berkenaan telah diringkaskan dalam video sepanjang 55 minit lebih. Sila tonton dan hadam.