Isnin, Mei 21, 2018

Separuh akhir Pendekar Muda 2018

Salam semua. Sedar tak sedar hari ini Isnin sudah masuk hari ke-5 kita berpuasa bulan Ramadhan. Banyak perkara sudah berlaku sejak saya kali terakhir mengemaskinikn blogspot ini dengan artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 setengah bulan lalu.  Paling mengejutkan adalah berlakunya perubahan besar kerajaan di peringkat negara dan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 berlaku Rabu 9 Mei.

Di sini tidaklah saya ingin becakap tentang PRU-14 yang keputusan dan susulannya agak membingungkan. Sebaliknya saya ingin berpatah balik pada satu tempoh sebelum tamatnya PBAKL2018 Ahad 6 Mei.


Merujuk kepada artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 yang dipersembahkan pada pagi Ahad 6 Mei iaitu hari terakhir PBAKL2018. Sepatutnya ada artikel baru terus menyusul selepas itu. Gambar-gambar telah disediakan tetapi saya pula terasa penat hendak menulis. Sebaliknya saya memberikan tumpuan kepada hari terakhir pesta buku.


Adapun artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 menceritakan apa yang berlaku pada siang sebelumnya iaitu pada hari Sabtu 5 Mei. Malam itu saya membawa anak-anak dan isteri menghadiri satu majlis di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Ia adalah sesi rakaman program Pendekar Muda untuk tahun 2018.


Ia adalah sambungan untuk program sama yang mula diperkenalkan tahun 2016. Rujuk artikel-artikel lama berikut :-






Sesi-sesi rakaman program Pendekar Muda 2018 pula sudah dimulakan sekitar bulan Mac lalu kalau tak salah.


Cuma ia tidak ditayangkan dalam stesyen TV Al-Hijrah seperti halnya dahulu. Kalau tak salah ia cuma ditayangkan dalam satu stesyen televisyen Internet.


Saya dan isteri sudah lama bercadang untuk menghadiri sekurang-kurangnya satu sesi rakaman edisi baru ini.


Tetapi kami selalu disibukkan dengan pelbagai perkara terutama melibatkan buku-buku terbaru saya.


Setelah pengetua program iaitu seorang pesilat negara yang juga merupakan seorang pelakon yang dikenali dengan panggilan mesra Wak Didi memberitahu bahawa program sudah masuk peringkat separuh akhir barulah kami menetapkan tekad untuk pergi.


Untuk itu kami sanggup menyewa bilik sebuah hotel berdekatan PWTC. Selepas urusan buku di PBAKL2018 hari Sabtu 5 Mei seperti diceritakan dalam artikel Sesi bertemu penulis dan tandatangan buku bersama Radzi Sapiee di PBAKL2018 kami check-in hotel. Malam ke program Pendekar Muda kemudian tidur di hotel. Esoknya boleh ke pesta buku lagi untuk hari terakhir acara.


Apapun kemeriahan separuh akhir Pendekar Muda 2018 cukup terasa...

















Malam itu ditumpukan kepada persembahan silat pulut oleh 6 atau 7 (saya pun tak pasti sebenarnya) peserta yang masih tinggal untuk separuh akhir...
































Malam itu tiada penyingkiran berlaku, sama seperti pada rakaman minggu sebelumnya...







Semua peserta yang tinggal dapat masuk ke peringkat akhir.


Ini dijangkakan akan diadakan di Pahang pada bulan Oktober. Sementara itu kem Pendekar Muda akan bersurai untuk memberi peluang para peserta berehat setelah 2 bulan gitu duduk bersama berlatih silat dan membuat banyak perkara bersama. Bulan September mereka akan masuk kem balik sebagai persediaan ke acara akhir.. Sebagai nota, tamat sahaja PBAKL2018 Ahad 6 Mei saya dilanda demam dan sakit-sakit badan teruk selama beberapa hari. Tu yang tak larat nak menulis buat beberapa lama. Hari ini baru dapat bergerak sedikit, alhamdulillah... :]