Jumaat, September 11, 2015

Festival Pasir Salak dan Puteri Limau Purut

Salam malam Jumaat. Melepaskan gerak daripada satu perjalanan kecil ke negeri Perak hujung minggu lalu.


Ini adalah gambar di hadapan masjid lama Pasir Salak. Ia diambil pada pagi Sabtu 5 September 2015.



Rasanya ramai tahu apa pentingnya Pasir Salak dalam sejarah Tanah Melayu. Di perairan Sungai Perak berhadapan masjid inilah dikatakan Residen pertama British ke Perak iaitu J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharajalela dan orang-orangnya tahun 1875.


Ke seberang sungai terdapat Litar Lumba Tok Sagor. Kelihatan khemah-khemah didirikan untuk satu majlis yang dipanggil Festival Rakyat @ Pasir Salak 4-6 September.



Saya dan keluarga sudah sampai untuk menyertai festival sejak hari sebelumnya iaitu petang Jumaat. Pada malam itu berlaku satu peristiwa yang saya lihat adalah penzahiran semangat yang menolak kebobrokan dalam kepimpinan negara sekarang, penolakan yang kelihatan begitu nyata apabila kepimpinan tersebut seperti hendak menjaga sangat hati orang bukan Melayu walaupun di satu kawasan yang sangat nyata majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Lihat artikel Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Ribut taufan yang 'menyambut' PM Najib di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ini pula adalah chalet di Pasir Salak Resort tempat saya menginap bersama sejumlah kawan-kawan HIKMAH.




Selepas sarapan saya dan keluarga pergi ke sebuah makam yang sudah lama ingin diziarahi tapi baru kini berkesempatan. Rujuk artikel Perjalanan jauh bermotosikal besar setelah 9 tahun - Makam-makam lama dari Kuala Kangsar hingga ke Bota dan Lambor yang dibuat 3 tahun lalu diikuti artikel baru Makam (Tomb of) Puteri Limau Purut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
  

Tengok tu. Anak-anak memanjat pintu pagar. Nak buat camana? Ia terkunci dan kami nak masuk ke dalam. Nak marah pun tak boleh. Bapa borek anak rintik le katakan, hehe... :]

Oh, Turut bersama kami ke makam ini adalah seorang kawan dari Aceh. Beliau sudah beberapa kali menghadiri majlis HIKMAH lalu mengambil peluang untuk bersama ke Pasir Salak setelah sampai ke Kuala Lumpur hari Khamis (ke Rabu) untuk MATTA Fair yang juga berlangsung 4-6 Sept.


Kembali ke tapak festival, suasana terasa lebih lapang berbanding hari sebelumnya. Lihat Sekitar Festival Rakyat @ Pasir Salak - Sabtu yang lebih tenang.


Petang selepas Asar kami dan sejumlah kawan berkumpul di jeti berdekatan.


Termasuk dalam perancangan kami adalah menaiki bot menghilir Sungai Perak sekitar 14 km untuk menziarahi makam Sultan ke-15 Perak, Sultan Iskandar Zulkarnain di Pulau Indera Sakti. 


Tapi boleh pula muncul hujan renyai dan kedengaran guruh di langit. Sedangkan apabila sejumlah daripada kami membulatkan tekad mahu menaiki bot juga, orang yang membawa bot tidak dapat dihubungi sedangkan sebelum itu dah janji. Nampaknya lain kali le. Buat masa ini cukuplah sekadar menikmati pemandangan tepian sungai yang nyata airnya agak tinggi dan deras itu. Lihat artikel Perak river from besides Tok Sagor racing circuit di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Petang itu kami meninggalkan festival untuk bersiap kembali ke Lembah Klang. Walaupun festival berjalan sehingga lewat Ahad, kami harus ke Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan kepada kawan-kawan Aceh yang mendirikan booth di MATTA Fair. Lihat Going to the Aceh booth at MATTA Fair.