Jumaat, Februari 06, 2015

Pesta Buku Selangor 2015

Salam Jumaat. Daripada fail semalam...




Petang Khamis 5 Februari 2015 saya pergi ke Pusat Konvensyen Shah Alam...




Seingat saya inilah kali pertama masuk ke bangunan ini. Saya terus ke Shah Alam tengah hari selepas mengambil anak saya Rasyid selesai kelas tadika.




Pesta Buku Selangor 2015 sedang diadakan di sini.




Saya pernah ke Pesta Buku Selangor dalam 2-3 kali gitu tetapi semasa ia masih diadakan di Kompleks PKNS berhadapan Taman Tasik Shah Alam.




Ketika itu saya dapati Pesta Buku Selangor agak terkebelakang, mungkin kerana membandingkannya dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lebih besar, selalu diadakan di bangunan PWTC di Kuala Lumpur.




Saya tak tahu sejak bila Pesta Buku Selangor diadakan di pusat konvesyen ini.




Yang saya dapat lihat ada transformasi besar berbanding zaman ia diadakan di Kompleks PKNS dahulu.




Lay out atau atur letak gerai lebih menarik, pameran kelihatan lebih profesional berbanding dahulu. Koleksi buku juga amat menarik, ada kepelbagaian yang boleh meletakkan pesta ini sebagai acara yang sekurang-kurangnya bertaraf nasional, bukan sekadar peringkat negeri.




Walaupun ia masih tidak dapat menandingi Pesta Buku KL yang 2-3 kali ganda lebih besar, dari segi presentation atau persembahan ia telah menyamai apa yang dibuat di PWTC.







Di perkarangan luar bangunan pula didirikan khemah untuk sesi khas promosi buku dan aktiviti, sama seperti yang terdapat pada Pesta Buku KL. Cuma di PWTC ia diadakan dalam bangunan menggunakan pentas di lobby atau ruang legar. Tahniah kepada pihak penganjur juga pemilik pusat konvesyen di Shah Alam yang telah berjaya menaikkan taraf Pesta Buku Selangor. Pesta yang bermula 29 Januari ini akan berlangsung sehingga 8 Februari iaitu Ahad hujung minggu ini,