Khamis, Januari 16, 2014

Misi HIKMAH Pulau Pinang - Batu bersurat Cerok Tok Kun dan panggilan Kuala Kangsar

Seminggu telah berlalu sejak artikel Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh menemui pembaca. Kita sambung cerita.


Isnin 30 Disember 2013. Subuh di sebuah masjid di Bukit Mertajam.


Kami sekeluarga telah bermalam di sini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Haji Saad, Tanah Liat, Bukit Mertajam di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selepas berehat lagi sedikit kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.


Kelihatan dari masjid bukit yang dipanggil Bukit Mertajam. Sejak dahulu lagi saya merasakan ada sesuatu yang istimewa tentangnya...


Lalu di bandar Bukit Mertajam.


Adapun selain mahu menghadiri majlis keMelayuan di Balik Pulau (Lihat artikel Festival Adat Istiadat Warisan Melayu di Balik Pulau di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) dan bermesyuarat tentang HIKMAH (rujuk Misi HIKMAH Pulau Pinang - Mesyuarat di Bayan Lepas dan mencari keMelayuan di Lebuh Aceh) saya mahu melihat sesuatu yang agak istimewa di Bukit Mertajam.


Ia adalah satu objek dekat kaki bukit. Letaknya di halaman kompleks Gereja St Anne.


Ia adalah Batu Bersurat Cerok Tok Kun, dipercayai telah ditulis pada abad ke-5 Masihi. Kalau tak salah ia adalah satu-satunya batu bersurat lama zaman sebelum kedatangan Islam syariat Nabi Muhammad SAW yang diketahui masih wujud di Malaysia. Lihat Batu Bersurat (Inscribed stone of) Cerok Tok Kun.


Sambil duduk di puncak batu besar ini saya terasa tentu ada istimewanya ia boleh wujud di sini. Saya mengetahui tentang kewujudannya baru 5-6 bulan lalu. Kemudian muncul satu gerak untuk menulis tentangnya. Rujuk artikel Batu-batu bersurat di Kedah - Petunjuk satu hubungan purba?. Baru kini dapat melihat dengan kepala sendiri...


Saya dapat tahu lokasinya dalam halaman gereja setelah mencari di Internet. Tidak saya tahu betapa besarnya kompleks gereja yang merupakan salah satu paling awal wujud di Malaysia.


Apakah sebabnya gereja sebesar ini boleh wujud di lokasi di kaki bukit?


Apakah pula sebabnya batu bersurat wujud di sini? Saya rasa ada keistimewaan kawasan, ada feng shui atau kedudukan bagus, mungkin ada aliran tenaga yang orang ramai tak nampak tapi boleh dimanfaatkan untuk mencapai tujuan tertentu...


Persoalan ini, misteri batu bersurat harus dirungkai suatu hari nanti. Saya merasakan seperti ada pasak tenaga yang boleh mempengaruhi persekitaran jauh di sekeliling Pulau Pinang. Terasa juga di puncak Bukit Mertajam turut ada sesuatu. Namun buat masa ini cukuplah dapat melihat hutan di kaki bukit. Lihat artikel Bukit Mertajam recreational forest di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.


Kami makan tengah hari di sebuah kedai berdekatan. Tidak jauh dari situ terdapat masjid yang katanya dibina oleh ayah Anwar bin Ibrahim. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Cerok Tok Kun.


Dari pekan Cerok Tok Kun kami mengambil jalan ke selatan lalu masuk ke lebuh raya.


Masuk ke negeri Perak, keluar di Bukit Merah lalu ke Laketown Resort.


Saja-saja santai melihat tasik besar.


Kemudian ke Gunung Semanggol.


Masuk ke kawasan kampung melihat beberapa rumah yang ada ukiran cantik.



Perjalanan diteruskan ke Taiping lalu ke Matang melawat Muzium Kota Ngah Ibrahim.


Singgah di masjid yang dibina hartawan Melayu tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Tengku Menteri.


Singgah juga ke Kuala Sepetang yang terletak beberapa kilometer lagi ke barat. Lihat River view at Kuala Sepetang dan Kuala Sepetang mangrove forest.


Kembali menghala ke Taiping kami singgah di makam seorang pahlawan terkemuka Perak. Lihat Makam (Tomb of) Tok Sagor.


Di Taiping kami makan kuey teow Dolly yang agak terkenal ini. Sedap tapi kena menunggu lama. Maka kedai itu terdapat ramai penunggu... :]


Perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar. Fikir saya mahu terus ke surau berdekatan makam Tok Temong untuk bermalam kerana sudah amat kepenatan. Entah bagaimana sekitar Bukit Gantang, ketika asyik berbual dengan isteri timbul cerita tentang perancangan keluarga ke Aceh penghujung Mac juga rancangan untuk mengadakan HIKMAH di sana. Sedar-sedar je kami dah menghampir bandar KK, terlupa langsung hendak mengambil simpang ke Temong.


Saya anggap ini sebagai isyarat agar menziarahi dahulu beberapa tempat di sekitar bandar. Antaranya tempat yang disebut sebagai makam Sheikh Abdul Qadir. Rujuk artikel lama Makam Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Kuala Kangsar, Perak?. Menariknya, sepanjang ingatan saya inilah kali pertama pintu pagarnya terbuka luas untuk kami. Kalau tak saya samada harus memanjat pagar atau memanggil penjaga makam untuk membukanya, itupun jika beliau ada.


Kami juga naik ke Bukit Chandan. Selain menziarahi makam Daeng Selili di Kampung Padang Changkat, belakang istana, kami singgah di rumah seorang kenalan yang ada darah keturunan Daeng Selili, katanya melalui Dato' Maharajalela Pandak Lam yang disebut sejarah dihukum gantung sampai mati kerana terlibat membunuh residen pertama British ke Perak, J. W. W. Birch tahun 1875. Menurut beliau keluarganya juga ada darah keturunan Tok Sagor. Selepas itu kami menziarahi kawasan pemakaman diraja, singgah di makam almarhum Sheikh Raja Ashman ibni Sultan Azlan Syah. Hmm... teringat pula apa yang berlaku sejurus sebelum beliau mangkat hampir 2 tahun lepas. Lihat artikel Pengembaraan Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja Ashman.


Kalau dah ke makam diraja di Bukit Chandan ini tak sah kalau tak ziarah makam seorang moyang utama, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. Seperti Dato' Maharajalela dan Tok Sagor beliau juga terlibat dalam pembunuhan Birch. Cuma Muhammad Amin dibuang ke Pulau Seychelles bersama saudaranya, Sultan Abdullah, Sultan ke-26 Perak kemudian ditahan di Singapura di mana beliau kembali ke rahmatullah lebih seabad lalu. Jasad beliau dikembalikan ke Perak tahun 2006. Sepanjang saya pernah beberapa kali menziarahi makam ini, inilah kali pertama melihat batu nesannya dibalut kain kuning. Terasa segala yang berlaku hari itu begitu berkait. Cukup.