Selasa, November 25, 2014

Ceramah Alam Melayu Atlantis di Gombak

Salam. Merujuk pada artikel Karnival Bukit Treh dan Disambut ular di mulut gua yang dibuat mengenai acara di Muar hari Sabtu. Adapun sebelum berlepas ke Muar tengah hari Jumaat saya telah memberikan satu ceramah ilmu di Gombak. Ini ceritanya...


Pagi Jumaat 21 Nov saya dan isteri membawa seorang anak pergi ke Pejabat Daerah & Tanah Gombak di Selayang.


Terus ke bilik gerakan di mana saya akan memberikan ceramah tertutup untuk kaki tangan.


Sambil menunggu hadirin masuk sedikit demi sedikit saya tergerak untuk memaparkan montaj acara beberapa acara HIKMAH. Anda boleh melihatnya dalam artikel HIKMAH berehat dan Faktor 131 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
.


Selepas jam 9 ceramah pun dimulakan. Ketika ini kamera telah diserahkan kepada isteri untuk membuat rakaman. Sepatutnya saya membawa perakam video tetapi tertinggal di rumah. Isteri saya turut mengambil beberapa gambar tapi yang ini entah kenapa terpusing ke tepi selepas dimuatnaik. Malas nak pecah kepala membetulkannya...


Ceramah bertajuk "Alam Melayu dan Benua Atlantis yang Hilang" ini pertama kali dipersembahkan kepada umum pada HIKMAH Pagoh 17 hari lalu. Asalnya ia memang untuk pembentangan tertutup di Gombak - Pembentangan itu sendiri timbul apabila saya dihubungi pihak mereka meminta berkongsi ilmu tentang Melayu, dijadualkan 8 hari sebelum HIKMAH Pagoh. Tetapi pada saat-saat akhir rancangan ditunda. Ini kerana bilik gerakan mahu digunakan untuk tujuan lain lalu pembentangan dibuat dahulu di Pagoh. 



Pembentangan memakan masa lebih sejam ditambah lebih setengah jam lagi untuk sesi soal jawab. Di sini biar dikongsikan rakaman yang dibuat isteri. Saya muatnaik terus tanpa disunting kerana buat masa ini saya belum dapat menyunting apa-apa video disebabkan ada sedikit masalah belum ditangani sepenuhnya setelah menukar komputer riba beberapa bulan lalu.











Walaupun 4 video ini tidak cukup untuk menjangkau keseluruhan sesi anda masih boleh mendapatkan fahaman yang cukup melalui 3 buah artikel yang telah disiarkan di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) 10 hari lalu. Ini merupakan penerangan susulan selepas HIKMAH Pagoh selamat diadakan. Ada 55 buah slaid telah digunakan  untuk  tajuk "Alam Melayu dan Benua Atlantis yang Hilang", sama juga di Gombak dan penerangan telah diberikan agak panjang lebar tentangnya. Lihat artikel-artikel berikut :-




2 ulasan:

  1. Salam saudara. Jika saudara sudi utk rungkaikan kias Khabaran Wangsa ini. Saya tidak memahaminya tapi rasanya macam ada kaitan dengan cerita saudara. Waallahu'alam.


    MERAPAT SEMBAH BERSUJUD DAHI, MENGHADAP BAGINDA PADUKA RAJA, TITAH PADUKA KEBENARAN DIBERI, MEMBUKA PINTU KHABAR DISANA,

    KEMBALI RAJA KETURUNAN MAHAWANGSA,
    TURUN KE DUNIA MEMERINTAH SEGALA,
    MEMBINA SEMULA PEMERINTAHAN DIRAJA,
    MEMIMPIN RAKYAT KEPADA YANG SA, 

    MELAYU TERTULIS WANGSA SENAMA, DIBAWAH PAYUNGAN RAJA SEDUNIA, KEMBALI GAH DI MATA SEMUA,
    SANG PENANTI ZAMAN YANG NYATA,

    SIFAT DIBERI GAMBARAN PADUKA, MENGIKUT TURUNAN DARAH DIRAJA, MANGKAT KHALIFAH DAHULU KALA, MEMEGANG PANJI RAJA PERTAMA,

    BERDIRI TEGUH PEGANGAN DIJIWA, TIDAK GENTAR GAGAH GEMPITA, DARAH MENGALIR SIFAT MULIA, SEGERAK MENUJU KEPADA YANG SA,

    WANGSA MELAYU RAKYAT JELATA, MENGIKUT JEJAK MANUSIA PERTAMA, BERSIFAT DEWA GAMBARAN MEREKA, TINGGI ILMU ANUGERAH PERKASA,

    DINANTI AKAN KEMBALI MEREKA, BILA TIBA AKAN SUATU KETIKA, BERDIRI MENENTANG HAI SANG PENDUSTA,
    CUKUPLAH SUDAH MEMERINTAH DUNIA,

    BERCANTUM SEMULA WARISAN TIGA, MENITI LAUTAN BERCANTUM DUA, PERTEMUAN DUA DEKAD PASTI TIBA, DISANA MENUNGGU KHAZANAH RAHSIA,

    BERGEGAR GUNUNG KALKATUA LAMA,
    BILA BERCANTUM DUA CAHAYA, BINTANG TUJUH TIDAK BERCAHAYA, BERGELAP SEMUA JIWA PENDUSTA,

    LALU BERSAHAJA ANGIN SEKUASA, MUSNAH NEGARA BERNAMA BALANAU,
    APABILA HITAM LAUTAN SUNDA, 
    BERCERAI DUA MATA HARIMAU,

    SIAPA DIBERI KUNCI KARUNIA, MEMBUKA PETI TINGGALAN LAMA, MENYUSUN LANGKAH JEJAK PANGLIMA,
    KEMBALI AMAN SELURUH DUNIA,

    WAHAI JIWA WANGSA MALAUH, 
    ASAL TERPANGGIL BAHASA IBUNDA, LAUTAN BESAR KAPAL BERLABUH, KENAL SENTIASA SIAPALAH RAJA, 

    BERTENTANG DUA PULAU BERNYAWA, MENANGIS SI IBU MENGENANG ANAKNYA,
    DISITULAH BERMULA PENENTANGAN BELAKA,
    SEHABIS BERDARAH RAKYAT JELATA,

    JALINAN PERSAHABATAN DUA BENUA, MEMBANGUN SEMULA DUNIA YANG NYATA,
    BERTITAH SEMULA SERI PADUKA, MENEGAKKAN SEMULA KERAJAAN LAMA,

    MENGALIR AIR DALAM BELANGA, SUATU PANGGILAN BAHASA LAMA, SEBUAH NEGARA TERTIMBUS NAMANYA,
    DIKENALI SEMULA DUA DUNIA,

    BANGSA SENAMA MENGANGKAT SUMPAH,
    BANGUN SEMULA DIAKHIR ZAMAN, MENYIMPAN RAHSIA PERJANJIAN UMANAH,
    MENGANGKAT RAJA BERSALUT IMAN,

    DUDUKLAH BERSAMA PARA DEWA, BERTEMU SEMULA DALAM DUNIA, SAMPING RAJA MEMBANTU BERSAMA, MENENTANG PENDUSTA GUGUR FITNAHNYA

    BalasPadam
  2. Wassalam. Kelihatannya seperti pesanan tentang kejadian akhir zaman. Entah le...

    BalasPadam