Isnin, Mac 03, 2014

Tentang anak cucu Saidina Hassan yang 'hilang'...






Salam. Beberapa hari kebelakangan ini hati saya terasa begitu terhiris, sedih dan terluka akibat ada orang menuduh saya tidak menghormati perjuangan menyebarkan Islam yang dibuat oleh para Ahlul Bait keturunan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana saya pernah menyatakan salah satu tajuk pembentangan pada acara ke-9 HIKMAH, diadakan di Pulau Pinang 9 hari lalu adalah "Ancaman Syiah dan Wahabi terhadap Akidah Umat Islam". Tajuk itu diminta oleh penganjur utama majlis, Qaryah Masjid al-Hidayah, Bayan Lepas. Namun apabila mendapati perkataan Syiah itu menyinggung sesetengah orang yang bergelar Sayyid iaitu dari keturunan Nabi Muhammad SAW akibat pegangan mereka yang mengutamakan kepimpinan Ahlul Bait diserkap jarang ramai pihak sebagai berfahaman Syiah, saya telah menukar tajuk menjadi "Ancaman terhadap Akidah Umat Islam".

Kini acara sudah berjalan dengan jayanya. Tajuk ditangani oleh sahabat baik saya, Sheikh Raja Aman ibni Raja Mokhtar yang merupakan seorang khalifah tariqat Naqsyabandiah dengan penuh berhemah. Beliau yang memiliki darah kerabat diraja Perak campur kerabat diraja Patani dan Kelantan tidak sesekali menyatakan mana-mana firqah sebagai ancaman akidah sebaliknya menyebut ancaman sebenar adalah dari nafsu amarah di dalam diri sendiri. Lihat artikel HIKMAH IX - Menangani ancaman terhadap umat Islam melalui ukhuwah yang kuat di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).

Selesai membuat artikel itu beberapa hari lalu saya pun meletakkan link di Facebook. Terus saya diserang hebat dikatakan begitu bermusuhan dengan Syiah juga merendahkan peranan Ahlul Bait, mungkin kerana di FB tajuknya muncul separuh menjadi "Menangani ancaman terhadap..." membuatkan orang tertentu menyangkakan saya masih bertegas mengutuk Syiah semasa majlis. Lalu HIKMAH dikatakan wadah mengutuk Syiah sedangkan secara peribadi saya selalu memeras otak memikirkan atau mencari jalan tengah terbaik untuk menyatukan dua fiqrah besar Sunni dan Syiah yang sentiasa bertelagah, atau dilaga-lagakan sebenarnya oleh musuh-musuh Islam.

Lebih sedih lagi apabila saya dituduh tidak menghargai perjuangan Ahlul Bait. Walhal sejak mula menerbitkan buku pertengahan 2006 diikuti blogspot penghujung tahun itu, saya selalu menyatakan kepentingan kepimpinan Ahlul Bait demi kesejahteraan ummah. Keadaan ini membuat saya begitu sedih sehingga terasa mahu menarik diri dari menyertai apalagi menjalankan aktiviti-aktiviti umum. Kesedihan saya terasa begitu memuncak siang tadi sehingga menangis teresak-esak lalu untuk melegakannya timbul rasa untuk berkongsi pantun yang pernah digunakan untuk menghias buku ketiga saya...


-----------------------


Dari Perak hingga ke Perlak,
Telah kususuri perjalanan yang mutlak,
Pergi jauh ke Timur Tengah,
Asal bermula Islam dan dakwah.

Samudera Darussalam punca berkembang,
Syiar yang asal sampai ke tujuan,
Satu Nusantara menjadi terang,
Demi menghadapi cabaran akhir zaman.

Melaka dan Aceh pembawa tali,
Hubungan Ilahi Melayu sejati,
Lama kucari diri dan erti,
Baru tertanggung rahsia abadi.

Kini semua sudah kufahami,
Punca diri menjadi dagang,
Sampailah masa menabur bakti,
Akhirnya sirih pulang ke gagang?


-----------------------


Tidak lama kemudian timbul rasa untuk membuat update berikut di FB. Seterusnya terasa elok dikongsikan di blogspot ini. Alhamdulillah, selepas membuat ini saya terasa lebih lapang dan lega... :]


-----------------------


TENTANG ANAK CUCU SAIDINA HASSAN YANG 'HILANG'...


Nak upkan balik perenggan ni pula. Ada diletakkan dalam bab bertajuk "Tok Pulau Manis, Batu Bersurat Terengganu dan beberapa warisan Aceh" dalam buku ketiga saya "Berpetualang ke Aceh : Sirih Pulang ke Gagang?" yang terbit Nov 2007...


                            -----------------------------


Segala puji-pujian itu bagi Allah, Tuhan semesta alam.. Selawat dan salam ke atas Rasulullah Salallahualaihiwassalam dan Ahlil Baitnya, Saidina Abu Bakar dan Khalifah-khalifah Rasulullah, Saidina Ali Karamallahuwajha, Saiditina Fatimah Al-Zahrah, Al-Hassan, Al-Hussein dan Salman Al-Farisi.

Menjunjung kemuliaan Khalifah-khalifahmu Paduka Sharif Muhammad dan Paduka Sharif Al-Kubra Sheikh Sharif Abdul Malik Tok Pulau Manis, kedua-dua kota sucimu di kawasan Timur jauh. Dan kami bermohon bergantung padaMu dan berwasilah kepada Rasulullah SAW kepadaMu. Adapun kemudian daripada itu, kami berlindung kepadaMu Ya Allah akan pena yang derhaka dan pendustaan dan mengada-adakan sesuatu daripada sesuatu untuk maksud sesuatu.

Kami mohon ditonton oleh umat akan kehadiran keturunan Rasulullah SAW yang disebutkan menjadi khalifah ke seluruh dunia dan setelah gagal dibatalkan oleh Bani Umaiyah dan kaum-kaum Wahabi dan kaum-kaum Ahli Kitab Al-Fasik, Yahudi dan Nasrani dan kaum-kaum derhaka dan ahli siasat dan ahli muslihat…


                             ------------------------------

Kata-kata ini merupakan pembuka pada risalah kecil tentang Tok Pulau Manis (wali Allah di Terengganu abad ke-17 Masihi) yang dihadiahkan kepada saya oleh seorang waris, ketika pertama kali sampai ke makam wali Allah tersebut tahun 2003. Ketika itu saya masih sibuk mencari salasilah keluarga dan baru sahaja diberi pengetahuan bahawa suatu masa dahulu anak cucu Saidina Hassan, cucu sulung Rasulullah SAW yang sebenarnya pernah menjadi khalifah ke-5 umat Islam banyak memainkan peranan mengembangkan Islam ke Alam Melayu. Saya juga baru seminggu dua mendapat ilham bahawa Tok Pulau Manis dan moyangnya, Sheikh Muhammad al-Baghdadi yang dikatakan menulis Batu Bersurat Terengganu lebih 700 tahun lalu adalah dari keturunan Saidina Hassan. Sampainya saya ke makam itu adalah untuk menyambung wasilah hingga ke Aceh.

Perhatikan perenggan akhir petikan atas yang menyebut KAMI MOHON DITONTON OLEH UMAT AKAN KEHADIRAN KETURUNAN RASULULLAH SAW YANG DISEBUTKAN MENJADI KHALIFAH KE SELURUH DUNIA. Siri trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" yang mula terbit dengan buku pertama, bertajuk kecil "Mencari Diri dan Erti" Jun 2006 mungkin adalah buku pertama, malah mungkin satu-satunya buku terbitan awam yang banyak menonjolkan cerita peranan anak cucu Saidina Hassan mengembangkan Islam. Rata-rata buku tentang peranan Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW menonjolkan perjuangan anak cucu adinda Hassan, Saidina Hussein terutama dari keluarga Alawiyin Hadramaut. Keadaan begitu berat sebelah sehingga ada keluarga Alawiyin menganggap anak cucu Saidina Hassan tidak begitu aktif berdakwah sehingga ke peringkat lembap, mereka sahaja yang hebat, paling berjasa memainkan peranan.


Selepas ketiga-tiga buku terbit dan menemui khalayak umum baru kelihatan ramai orang tahu tentang peranan anak cucu Saidina Hassan yang begitu lama tidak didendangkan dalam sejarah. Maka sekali lagi mahu dinyatakan bahawa saya sudah cukup memikul peranan untuk mewar-warkan kewujudan keturunan tersebut. Sesungguhnya wujudnya kami bukan untuk menuntut apa-apa takhta, mahupun harta dan nama. Moyang kami Saidina Hassan sanggup menyerahkan takhta kekhalifahan kepada Muawiyah demi mendamaikan dua pihak besar Islam yang bertelagah. Semasa zaman peralihan Bani Umaiyah ke Bani Abbasiyah kaum keluarga kami adalah yang paling teruk dibantai, disiksa, dibunuh dan difitnah. Hanya kerana rakyat lebih menyokong moyang kami Muhammad bin Abdullah bin Hassan Muthanna bin Saidina Hassan sebagai khalifah baru umat Islam, para pembelot dari kaum Abbasiyah cuba menghapuskan keturunan kami, ada kaum keluarga bahkan ditanam hidup-hidup sambil dinding bangunan didirikan atas jasad.

Maka bertebaranlah mana-mana yang panjang umur, menghilangkan jejak warisan mereka sebagai Ahlul Bait lalu hilang juga dari catatan nasab. Keturunan terus hidup dengan memakai nasab induk keturunan lain agar tidak terus diburu musuh. Apa-apa bukti keterkaitan darah keturunan dengan Nabi Muhammad SAW tinggal sebagai cerita lisan yang jarang sekali dituturkan. Sesetengah anak cucu pula cuma diberi faham ketika sudah berumur 30an. Tiba-tiba disuakan dengan amanah yang ia tidak terfikir sanggup menanggung tapi tak boleh lari kerana kalau tak buat tak boleh tidur dan hidup tak tenang.

Tidak teringin kami hendak mendakwa diri sebagai Ahlul Bait kecuali untuk menerangkan kami juga faham bagaimana pedihnya rasa nenek-moyang ramai dibunuh dan difitnah akibat dengki dan perebutan kuasa zaman berzaman. Selain itu kami kadangkala terpaksa menyebut hakikat keturunan kerana haram menerima sedekah - kalau ada orang mahu memberi kami apa-apa hendaklah diniatkan sebagai hadiah. Oleh itu saya secara peribadi sangat terhiris hati apabila melihat permusuhan Sunni-Syiah yang melampau. Kenapa bila timbul hal ini saya mengaku sebagai keturunan Saidina Hassan, tidak menekankan Hussein walaupun turut memiliki darah keturunan tersebut? Kerana melihat fahaman Sunni sering ditegakkan atas nama para sahabat diikuti tabi'in dan tabi tabi'in sedangkan fahaman Syiah pula sering ditegakkan atas nama Ahlul Bait anak cucu Nabi tetapi terlalu memperbesarkan nasab belah Saidina Hussein terutama apa yang dipanggil sebagai Imam 12. Sedangkan Saidina Hassan sanggup mengorbankan takhta kekhalifahan malah diracun sehingga mati tetapi melarang adindanya Hussein daripada membalas dendam supaya dua puak besar Islam yang bertelagah, dua puak yang boleh dikatakan Sunni-Syiah awal itu berdamai.

Sungguh, tidak patut mereka yang mengaku Sunni iaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah mengkafirkan semua yang dipanggil Syiah kerana turut diserkap jarang itu adalah mereka yang berdarah Ahlul Bait. Sementara itu tidak pantas pula mereka yang bergelar Sayyid keturunan Nabi Muhammad SAW, kebanyakannya dari belah Alawiyin Hadramaut iaitu dari satu cabang Saidina Hussein menunjukkan akhlak buruk sebagai tindak balas. Teringat saya bagaimana ada orang bergelar Sayyid merendah-rendahkan almarhum Sultanul Ariffin Sheikh Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka juga moyang baginda Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani yang dimakamkan di Baghdad, sekarang dalam negara Iraq. Katanya dua orang wali besar ini cuma berketurunan sahabat sahaja, lebih rendah dari para Alawiyin sebab memakai gelaran Sheikh. Walhal nasab Ahlul Bait Sheikh Ismail dan Sheikh Abdul Qadir itu lebih afdhal dan kuat kerana induknya adalah Saidina Hassan yang bukan sahaja abang malah memiliki paras rupa dan akhlak yang paling menyamai Nabi Muhammad SAW. Namun susah untuk mereka yang taksub Alawiyin mahupun Imam 12 untuk menerima ini kerana merasakan para ulamak dari pihak mereka sahaja lebih utama. Susah untuk mereka menerima bahawa Imamul Mahdi yang akan mendaulatkan Islam di seluruh dunia akhir zaman nanti induknya iatu lelaki bin lelaki adalah daripada Saidina Hassan, bukan dari Hussein seperti halnya kepercayaan Imam 12.


36 ulasan:

  1. Assalamu alaikum warahmatullah, saya bersetuju dgn keterangan sdra Radzi safiee. Bahkan cerita ttg sejarah cucu Nabi Muhammad saw , yaitu Saidiina Hasan dn keturunannya wajib kita sebarkan. Facebook saya: AHMAD FARIHUDDIN HASHIM ABAS. WASSALAM WARAHMATULLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seharusnya didiamkan. Kerna mata mata anti kebangkitan itu sedang membuat pemantauan dan pencarian. Seharusnya susur galur disebalah Saidina Hassan dirahsiakan. Wallahualam

      Padam
  2. Merah silu, adakah kemungkinan di sana terdapat waris Rasulullah selain Hassan dan Hussein? Bukan sulbi itu dari nisbah lelaki ke mcm mana?

    BalasPadam
  3. Perhatikanlah semasa khatib menyebut agar sama2 kita memperbanyakkan selawat ke atas Nabi dan mendoakan kesejahteraan kepada para sahabat, dan pengikut2 sahabat juga kepada ahlul bait pada khutbah Jumaat tiada qariah yg menadah tangan mahupun mengaminkan doa tsb walaupun hanya menggerakkan jari sebagaimana sunnah Rasulullah.
    Tetapi selepas doa tsb selesai dan doa yg kedua semua menadah tangan dan meng amin kan doa.
    Adakah mereka sedar apa yg mereka lakukan?

    BalasPadam
  4. assalamualaikum wbt tuan merah silu. hakikatnya adalah takdir Allah swt yg menyebabkan berlakunya khilaf dan perpecahan ini. cuma ramai yg keliru, Ahlul Bait tidak bermakna bermazhab Syiah. Syiah yg sebenar-benarnya adalah Syiatul Ali, yg mana lebih kepada kumpulan yg menyokong kekhilafan saidina Ali kar. yg bukan fahaman atau ijtihad fiqh agama. mazhab atau pegangan yg ada di kalangan Ahlul Bait r.hum sebelum zaman Imam 4 Mazhab rah. adalah dari Imam Jaafar r.a yg mana adalah salah satu cabang ilmu yg dipelajari oleh Imam Syafie rah. Sepatutnya pihak Sunni perlu berhati-hati dlm menggolongkan Ahlul Bait ini ke dalam Syiah Rafidah (syiah pelampau) , dan dlm masa yg sama pihak Syiah untuk tidak mengkafirkan Sahabat r.hum lebih2 lagi para Ummul Mukminin. Semoga Allah menjauhkan kita dari jatuh ke fitnah akhir zaman. terima kasih tuan merah silu kerana membangkitkan soal ini.

    BalasPadam
  5. Assalamulaikum wbrt.
    Kepada admin post. Bileh ke sekuranya ana bertemu dgn saudara, kerana ada perkara yg agak muskil utk ana tanya dan jelaskan.

    BalasPadam
  6. Salam Admin,
    Syiah bukan dari ajaran Islam,
    Syiah bukan pegangan ahlul bait.
    Syiah musuh Islam.
    Syiah adalah ajaran ciptaan Yahudi yang diberi nama Islam.

    Pembela dan pencinta ahlulbait yang sebenar ialah Ahlusunnah wal Jamaah.
    Pemelihara aqidah ahlusunnah wal Jamaah yang sebenar ialah ahlulbait.
    Ahlulbait ialah isteri-isteri Rasulullah SAW dan anak cucu keturunan baginda dari Saidatina Fatimah AzZahra dan Saidina Ali KWH.
    Syiah dan Ahlussunnah wal Jamaah mustahil akan bersatu.
    Ajaran Syiah akan terus memusuhi dan berusaha menghapuskan ahlussunnah wal Jamaah dari atas muka bumi dengan apa cara sekalipun.
    Sudah terbukti, lihat di Iran dan Iraq bilamana Syiah mendapat kuasa, mereka membunuh ulama dan orang awam dengan kejam dan merobohkan masjid yang bukan syiah.
    Syiah sangat merbahaya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. TEPAT SEKALI. SYIAH MUSUH ISLAM!! JANGAN MUDAH TERKELIRU

      Padam
  7. Keturunan saidina hassan akan sentiasa bersembunyi atas byk sebab. Cukup dikenali dgn akhlak mereka tp tidak popular krn mereka tidak minta begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerana dari merekalah akan keluar pemimpin akhir zaman, yg tidak mengejar harta dan nama.

      Padam
  8. Salam Radzi..

    Pada pendapat aku yang serba daif ni, aturan Allah Taala itu adalah paling adil dan saksama melebihi sekaliannya dan akal waras kita.. Kalau syiah 12 Imam mengatakan yang al Mahdi akan keluar dari nasab Imam Hussein dan pendapat lain (contohnya artikel ini) mengatakan dari nasab Imam Hassan, maka gerak aku (yang banyak khilaf) mengatakan al Mahdi akan terbit dari dua nasab cucu Baginda SAW ini.. Nasab Hassan dan Hussein akan bertemu dan dari situ akan terpancar..

    Wallahualam Bissawab..

    BalasPadam
  9. Wassalam. Memang Imam Mahdi itu ada darah dari kedua2 Saidina Hassan dan Hussein. Yang menjadi persoalan adalah apakah induknya Hassan ataupun Hussein. Yang dimaksudkan induk adalah apakah nasab lelaki atas lelaki (si fulan bin si fulan bin si fulan) itu sampai pada Saidina Hassan atau Hussein..

    BalasPadam
  10. Jangan sedih bila berjuang. Syiah cuma mengaku2 cinta Ahlul Bait. Tapi mereka (Syiah Kufah) menyerahkan Imam Husin kepada tentera Yazid untuk di sembelih. Sebelum wafat, Imam Husin mendoakan, Syiah pasti memukul2 pedang ke tubuh, karena munafik berpura2 menangis atas penahanan beliau dan ahlul bait di tangan tentera Yazid. Silakan join grup facebook "KESESATAN ALIRAN SYIAH". Ini grup Indonesia, tapi Syiah di debat melalui kitab2 Syiah sendiri.

    BalasPadam
  11. Anta min hasan,wa ana min hasan aidan,yumkin bi iznillah sa naltaqi fi zatal yaum ala manhaj wahid.amin....

    BalasPadam
  12. Salam tuan,

    Saya ini dapatkan maklumat lebih lanjut.

    BalasPadam
  13. Salam tuan,

    Saya ini dapatkan maklumat lebih lanjut.

    BalasPadam
  14. artikel yang menarik. Cukuplah sekadar ingin tahu, tak perlu mendalam. Yang penting hati yang baik

    BalasPadam
  15. http://perubatn7puteri.blogspot.my/2010/01/syeikh-sultan-ariffin-saiyid-ismail-al.html?m=1

    Link atas ini ada menulis mengenai keturunan Saidina Hassan

    BalasPadam
  16. Assalam tuan, terima kasih atas info berguna. Mudah mudahan Allah swt balas jasa tuan di akhirat kerana memperjuangkan kebenaran melalui penulisan.

    (Keturunan NI)

    BalasPadam
  17. Hatiku menangis dan bergenang mata mengenangkan keluarga kita. Ya Allah, kami mohon keluarga ini dilindungi daripada kejahatan para hasidin dan khianat orang orang yang tidak aman dengan kita selama ribuan tahun.

    BalasPadam
  18. Siapa yg di buka hijab akan kenal ahlul bait... Setiap kali kita buat majlis bacaan yasin, pada waktu itu siapa yg dibuka hijab akan tahu siapa ahlul bait..

    BalasPadam
  19. Sultan Brunei adalah keturunan dari Sultan Sharif Ali iaitu Sultan Brunei yg ke 3. (keturunan Sayyidina Hassan).

    BalasPadam
  20. di sabah ada keturunan ahlulbait yg jumlahnya sgt besar.....

    BalasPadam
  21. Semoga Allah menjaga kita semua tp kita kena bangun buat kerja nabi iaitu dakwah dgn korban diri dan harta sebagaimn nabi buat dakwah

    BalasPadam
  22. Nabi telah pergi hati ke hati jumpa manusia dakwah PD yakin pd Allah nk faham ni kena keluar d jalan Allah 4bulan 40hr amin

    BalasPadam
  23. Alhamdulillah, Terima kasih atas Ilmu yang diberi. Maka benarlah imam mahdi dari tanah MELAYU..BANI TAMIM. MOGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KITA.

    BalasPadam
  24. .هاڽ اورڠ٢ يڠ برهاتي امس يڠ مڠنل کبنرن سبنر

    BalasPadam
  25. Imam Mahdi keluar dari timur (Nusantara)

    Keturunan Nabi s.a.w dianiaya
    Dan melarikan diri
    Sehingga tersebar ke Nusantara

    Asbab Imam Mahdi keluar dari Nusantara

    "Cuma Pendapat"

    'Hanya Allah yg mengetahui'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.semua.marilah kita sama 2 meningkatkan ketaqwaan kita bersama ahlul bait.

      Padam
  26. Assalamualaikum, tuan, saya dari alawiyyin yg dimaksudkan itu, tapi demi Allah sedikitpun saya tidak merasai sebagaimana yang tuan katakan itu, iaitu merasa lebih hebat dari keturunan saidina hassan, malah sebab saya menemukan blog tuan ini, adalah kerana saya merasa rindu kpd saidina hassan dan ingin mencari perihal keturunannya..jgnla tuan mengatakan yang keras kpd keturuna saidina hussain, krn tuan kecewa dgn sesetengah dari mereka..saya bersyukur krn mengetahui masih ada keturunannya disini, saya juga tahu sejarah perjuangan saidina hassan dan pengorbanannya, setiap yg mencintai Rasulullah SAW, pasti akan mencintai orang2 yang dincintai oleh beliau. In sya Allah.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum wbt, Tuan, boleh saya follow

    BalasPadam
  28. Saidina Hassan masih hidup sehingga sekarang. Dia dipanjangkan usianya. Itulah kiasan kenapa surah Al Kahfi amat senonim dgn akhir zaman

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum tuan, Saya ambil ilmu yang Allah redha sahaja dari tuan, saya dan keluarga pulangkan ilmu bathil ,ilmu pagar Rumah, pagar diri jika ada yang saya ambil atau belajar dari dimasa lalu, dimasa kini dan dimasa akan datang kepada tuan kepada tuan semula

    BalasPadam
  30. Allah sembunyikan turunan sebenar didlm surat Maryam. Hanya ada satu Surat Allah kpd wanita yg akan melahirkan anaknya spt Maryam. Rahim suci yg di pelihara kesucian di akhir zaman. Ada pd wanita itu bukan jejak2 sayyid. Tp hanya seorg yg suci memiliki darah putih. Tahukah maksud darah putih? Al mahdi itu tak akan mati kali kedua krn darahnya putih. Kelahiran nya begitu luar biasa krn nama yg di tanggung adalah Muhammad bin Abdullah. Nama itubeserta kuasa yg turun. Ketika manusia dalam kegelapan nuclear dan tumbuhan kering, tangannya menyembuhkan tanaman menjadi hijau. Tangannya juga menyembuhkan seluruh manusia di hospital yg sakit hanya dgn sentuhan di luar dinding hospital. Seluruh manusia akan terkejut dgn beeita mukjizat Sang Mahdi. Ketika dilahirkan ibu nya cuma ada beberapa tahun sebelum di angkat ke langit. Tinggal dia seorang yatim piatu. Siapakah yg tahu ttg nya ?kecuali wanita itu sendiri.

    Hakikatnya wanita itu hanyalah jasad terpilih. ALLAH tidak melahirkan dan di lahirkan. Itulah maksudnya Ahad dalam ayat al ikhlas. Sang Ahad yg turun adalah dari Kasih Allah kepada sekalian manusia. Di belakang nya malaikat berbaris baris dan Jahannam menaiki kuda.

    Dia adalah Sang Hakim yg mengadili manusia diakhir zaman. Sang Penyembuh sekalian alam. Sang Raja Sakti.

    Cerita wanita itu juga tertulis dalam Injil Revelation 12, wanita dan anaknua yg dibenci Naga.

    Kenapa Naga membenci Muhammad?
    Bukankah Naga dan Beast bersengkokol mau menghapuskan Muhammad?

    Ada apa dgn Muhammad sehingga apa di langit bersengketa?

    T.kasih jika menyampaikan. Apa penting keturunan jika tiada cinta Allah beserta kamu?

    BalasPadam