Khamis, Januari 03, 2013

Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Ke destinasi yang ditunggu-tunggu

Assalamualaikum. Malam ini  3 Januari 2013 bersamaan 3/1/13 saya mahu meneruskan cerita pengembaraan terbaru yang dibuat hampir sebulan lalu. Bersambung dari Kelantan-Langkawi-Perak hujung tahun - Kedai Mulong, Tok Kenali dan ceramah di masjid sultan.


Pagi Ahad 9 Disember 2012, selepas cukup rehat dan makan pagi kami pun meninggalkan Kota Bahru menghala ke Jeli. Lalu di Kok Lanas terlihat masjid seperti bangunan di taman tema Disneyland ini. Lihat artikel Masjid baru (New mosque of) Kok Lanas yang merupakan ke 1,111 di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).


Dari Jeli kami terus ke barat mendaki Banjaran Titiwangsa masuk ke negeri Perak lalu berhenti di tempat rehat yang memiliki pemandangan menarik ini.


Dahulu ketika isteri baru habis pantang melahirkan anak bongsu, saya pernah membawa beliau, bayi dan anak kecil kami berehat di sini. Ketika itu kami juga baru meninggalkan Kota Bahru, Kelantan, setelah melihat dua orang anak lebih besar yang bersekolah di sana. Kali ini kami membawa anak-anak tersebut.


Ini pula gambar di tempat makan di Tasik Banding. Lihat artikel Lake Banding during dry season blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Dari Tasik Banding kami menghala ke Grik sebelum mengambil simpang untuk menghala ke Baling, Kedah.




Perjalanan diteruskan menghala ke Gurun sebelum mengambil Lebuh Raya PLUS menghala ke utara.


Selepas beberapa lama naik kereta sampailah ke jeti Kuala Perlis.


Bersedia untuk berjalan cara lain pula.


Kalau dah sampai ke jeti takkan pula nak buat perjalanan naik basikal atau beca bukan? Tentu naik bot ataupun feri. Untuk pemandangan sekeliling lihat artikel The waters just outside the Perlis river mouth.



Seronok isteri dan anak-anak dapat naik feri.





Manakan tidak? Destinasi kami adalah pulau legenda Langkawi. Mereka tidak pernah sampai ke sini, saya pula mungkin kali ke 5 atau ke 6 tapi kali terakhir sampai tahun 2007 kalau tak salah ingatan.







OK. Sekadar peringatan buat diri saya sendiri sempena tarikh kelihatan cukup menarik iaitu 3/1/13 yang kalau ditulis mengikut kaedah bulan/hari/tahun boleh menjadi 1/3/13. Jumlah members di blogspot ini sudah mencapai 131. Taklah banyak sangat tapi cukup bermakna buat saya dan keluarga...