Ikutkan belum masanya saya membuat artikel baru kerana baru petang tadi mempersembahkan artikel Pengembaraan
Johan ke separuh Semenanjung - Tentang gigi Rasyid dan ziarah ke makam Raja
Ashman. Tetapi selepas melihat satu perbincangan tentang Batu Bersurat Terengganu di Facebook lalu terkeluar nama keluarga Azamat Khan yang dikatakan adalah marga atau nama keluarga besar bagi para wali Songo yang sangat terkenal di Pulau Jawa saya terpanggil untuk berkongsi satu pandangan...
Ini adalah salasilah besar raja-raja dan keturunan dari kerajaan-kerajaan yang pernah wujud di Aceh. Salasilah sebesar sekitar 3 x 8 kaki persegi ini ada mengaitkan raja-raja Aceh dengan para Ahlul Bait anak cucu Nabi Muhammad SAW lalu menyertakan nama beribu watak yang meliputi tempoh masa 1,400 tahun.
Satu salinan salasilah ini dihadiahkan oleh seorang teman seperjuangan 5 tahun lalu. Kalau tak salah ingatan beliau mendapatkannya dari seorang saudara di Aceh.
Pada bahagian bawah tertera bahawa ia dibuat oleh Yayasan Monisa Aceh Timur, pihak yang bertanggungjawab menjaga tinggalan sejarah terutama di Bandar Khalifah, Perlak di mana sebuah kerajaan Islam telah didirikan oleh seorang raja berketurunan Nabi Muhammad SAW seawal tahun 840 Masihi. Salasilah ini kemudian disalin seorang pengkaji lain 1993.
Salah satu perkara yang menarik perhatian ketika meneliti salasilah ini lama dahulu adalah bagaimana watak pendakwah besar terkenal bernama Sayid Husain Jamadil Kubra @ Sayid Jamaludin Kubra @ Jumadil Kubra dikatakan sebagai berketurunan terus daripada Sultan Malikus Saleh, pendiri kerajaan Samudera dan Pasai. Ini kerana kecuali Sunan Kalijogo yang berketurunan Bupati (pemerintah tempatan) Tuban, semua Wali Songo - Maulana Malik Ibrahim @ Sunan Gresik, Raden Rahmatullah @ Sunan Ampel, Raden Paku @ Sunan Giri, Raden Qasim @ Sunan Drajat, Raden Maulana Makhdum Ibrahim @ Sunan Bonang, Raden Umar Said @ Sunan Muria, Raden Jaafar Sodiq @ Sunan Kudus dan Sharif Hidayatullah @ Sunan Gunung Jati adalah anak cucu keturunan langsung Sayid Jamaludin Kubra.
Kajian popular menyebut Jamaludin Kubra adalah keturunan keluarga Azamat Khan, satu cabang dari keluarga besar Ba' Alawi Hadramaut di Yaman yang berhijrah ke India. Ba' Alawi pula berasal dari keturunan Saidina Hussein, cucu kedua Nabi Muhammad SAW. Nasab Jamaluddin ke Nabi Muhammad SAW disebut begini - Sayid Jamaludin ibni Ahmad Shah Jalal (Delhi, India) ibni Abdullah ibni Abdul Malik ibni Alawi Al Faqih. Nama Alawi ini bersambung dengan nasab utama Ba' Alawi sedangkan Abdul Malik dikatakan anaknya yang mula berhijrah ke India.
Berbalik pada hal di Pulau Jawa... Sunan Kalijogo kemudian berkahwin dengan kakak Sunan Giri. Maka keturunannya bertaut dengan Wali Songo lain lalu dikira sebagai ahli keluarga besar Azamat Khan. Tetapi saya difahamkan bahawa persatuan Rabithah Alawiyah yang dikatakan menyimpan dan merekodkan nama dan kaitan semua ahli keluarga dari keturunan Ba'Alawi sejak zaman berzaman tidak mengiktiraf kewujudan keluarga Azamat Khan dari keturunan para Wali Songo sebagai berdarah Nabi. Baru-baru ini saya dapat tahu walaupun Rabithah bersetuju memang wujud keluarga Azamat Khan yang merupakan pecahan Ba' Alawi, rekod sahih mereka menyebut ia cuma sampai kepada Abdul Malik ibni Alawi, tidak disebut nama anak cucu keturunannya. Maka mengikut kaedah pengesahan nasab mereka yang ketat, Sayid Jamaludin tidak boleh diiktiraf sebagai berketurunan Nabi. Kalau begitu apa halnya para Wali Songo dan mereka-mereka yang dikatakan berketurunan Wali Songo sampailah sekarang?
Lalu saya teringat salasilah versi lain yang kurang popular tetapi ada tertera dalam salasilah besar raja-raja Aceh milik saya. Ia menyebut Sayid Jamadil Kubro sebagai anak kepada Sultan Zainal Abidin Pasai ibni Sultan Ahmad Malikuzzahir ibni Sultan Muhammad Malikuzzahir ibni Sultan Malikus Saleh, pendiri kerajaan Samudera Pasai yang dikatakan mangkat tahun 1297 Masihi. Saya pernah terasa pelik melihat salasilah ini kerana lebih biasa dengan salasilah popular yang menyebut Sayid Jamadil Kubro sebagai keturunan keluarga Azamat Khan dari India. Perkara ini pernah ditanyakan kepada seorang kenalan yang katanya biasa keluar masuk alam ghaib. Jawab beliau salasilah Aceh itu lebih tepat. Jamadil Kubro memang berketurunan Malikus Saleh.
Perkara ini saya diamkan sekian lama. Saya cuma pernah berkongsi dengan beberapa orang kemudian melupakannya. Malam ini, setelah beberapa lama juga melihat taraf para Wali Songo dan keturunannya sebagai berdarah Nabi Muhammad SAW dinafikan oleh pihak Rabithah Alawiyah yang mendakwa rekod mereka tentang anak cucu Nabi lebih muktamad dan harus dipercayai baru saya tergerak untuk berkongsi kepada awam. Mungkin benar kata-kata pihak Rabithah bahawa Jamadil Kubro bukan dari Azamat Khan. Mungkin kita yang harus menukar arah kajian dengan mencari sebab kenapa salasilah dari Aceh menyebut beliau dan para Wali Songo sebagai keturunan Sultan Malikus Saleh, raja besar yang menurut kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Sulatus Salatin diiktiraf kewujudannya oleh Nabi Muhammad SAW lalu disuruh cari agar alat-alat perkakas dari Mekah dapat diserahkan kepadanya untuk pegangan akhir zaman.
Assalamualaikum,
BalasPadamSalam sejahtera khusus kepada Saudara Radzi sekeluarga.
Dua perkara yang menarik perhatian saya dengan topik yang dipaparkan saudara kali ini.
1) Soal pengiktirafan berkaitan nasab wali songo sebenarnya banyak dan telah lama diperdebatkan. Ianya disebabkan tiada bukti black and white. Sebab itulah pihak Rabitah sukar untuk mensahihkannya.
Jika persoalan timbul bahawa wali songo itu bukan dari Azhamatkhan, bahkan dari Sayyid Hussein Jamadil Kubro itu berketurunan Malikus Saleh, itu buka mengejutkan buat saya. Kerana saya sendiri pernah bercerita dengan seseorang dari keturunan Sunan Gunung Jati yang dakwanya wali songo itu dari keturunan Ibnu Abbas dan bukannya secara langsung dari Rasulullah SAW.... Ini kerana salasilah wali songo banyak terkait dengan sejarah Patani/Kelantan dan Champa.
2) Saya bagaimana pun lebih selesa merujuk salasilah yang popular (walaupun masih banyak kontroversi). Jadi saya mohon Saudara Radzi semak blog saya berkaitan salasilah wali songo, sebagai sumber percambahan ilmu. Bukan pula tujuan saya untuk mempromosi blog saya di sini, tetapi saya suka mengkaji keturunan Sayyid Hussein Jamadil Kubro, tanpa ada tujuan tertentu...
Sekiranya terdapat percanggahan dengan kajian saudara, silalah komen atau biarkan saja ia menjadi satu misteri sejarah keturunan mereka... http://tabutjawi.blogspot.com/2012/02/salasilah-wali-songo.html
Salam ukhuwwah dan terima kasih.
Wassalam
Wassalam. Saya dah lihat. Ya, saudara mengikut salasilah Wali Songo yang lebih masyhur termasuk hal nasab keturunan Sunan Kalijogo yang kalau tak salah saya baru mula diperkatakan tahun lepas, hal yang menunjukkan beliau bukan berdarah asli Jawa tapi keturunan Arab juga. Saya rasa takda komen2 apa. Baguslah saudara mengatur cerita dan rajah2 sebegitu rupa...
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamTerima kasih kerana sudi meluangkan masa menyemak catatan saya. Lega kena sumber rujukan saya adalah benar...
Dan semoga Allah SWT akan mempermudahkan urusan Saudaraku Radzie ini, dalam semua pekerjaannya. Insya Allah... Amin.
Wassalam.
Mungkinkah ini jawabannya kenapa syech jumadil qubrah dan keturunannya tak pernah menggunakan nama fam azamatkhan dibelakang namanya?
BalasPadamAssalamualaikum tuan rumah. Saya juga ingin berkongsi satu pengalaman. Pada tahun 2010-2011, saya mencari2 maklumat ttg salahsilah keluarga suami saya, yang berketurunan ahlbait walisongo, dengan nama keluarga Assyaibani/Basyaiban. Di facebook saya telah kenal dgn seorang pemuda keturunan walisongo/sunan bonang/giri dari Indonesia. Dari berita2 yang dia sampaikan, rabithah tidak berkenan memperakui nasab Azmatkhan kerana mereka hanya menerima nasab lelaki. Sedangkan dari Azmatkhan/walisongo menerima nasab seseorang ahlbait itu tidak kira dari nasab lelaki atau perempuan. Namun keputusan akhirnya Alhamdulillah, Rabithah telah memperakui keturunan ini sebagai ahlbait. Mereka juga telah membuka web rasmi azmatkhan alhussaini. Wallahualam...
BalasPadamSalam saudara-saudara leluhur wali songo...
BalasPadamSaya terpanggil untuk bertanya mengenai keturunan para wali songo ini terutamanya yang berkaitan dengan Sunan Kalijaga. Selama ini saya tidak pernah terfikir saya adalah antara lingkungan keturunannya kerana tidak ada sebarang rekod maupun maklumat disampaikan kepada saya. Adalah sesuatu yang ajaib sekali, kecuali sememangnya mereka yang diberikan cahaya makrifat untuk mengetahui keturunan darah daging Sunan Kalijaga ini. Saya ada lah keturunan Cina dan sejak kecil diambil anak angkat oleh keluarga Melayu, yang juga tidak tau asal usul keturunan saya. Sehinggalah apabila saya dewasa dan berubat dengan mereka yang mempunyai kaitan dengan kewalian serta Tok-Tok Guru hebat, barulah saya ini disahkan mempunyai kaitan dengan Sunan Kalijaga. Sebagai pembuktiannya saya juga dianugerahkans sebilah keris lama berusia lebih 4,000 tahun, diberikan kepada saya secara ghaib oleh seseorang, yang usul keturunan keris itu asalnya dipunyai oleh pemimpin keluarga diraja Cina. Lain-lain perkara juga adalah rahsia saya dengan Allah swt. Jadi, kesimpulannya, leluhur keturunan para wali yang ada ini bukan hanya melalui rekod yang ditulis atau disahlan oleh mereka yang masih hidup suatu ketika dahulu tetapi juga adalah melalui makrifat secara ghaib bahawa mereka juga diakui keturunannya. Wallahuallam. Mungkin ada sesiapa di sini boleh menjelaskan secara jelas perkara ini. Wassallam.
Tun Mai Ulat Gonggok
Keturunan Sejati Tok Sunan Kalijaga, Wali Songo
Tun mai ulat gonggok bagaimana boleh berhubung dengan tuan
PadamTun mai ulat gonggok , adik bongsu saya masih sakit akibat gangguan makhluk halus...seorg wanita dtg berubat adik saya lalu diterangkan salalisah keturunan kami dari wali sembilan...saya kebingungan pada mulanya tetapi setelah membaca beberapa artikel di internet banyak persamaan yg diceritakan oleh wanita tersebut...sy juga tidak dapat mensahihkan kebenaran artikel tersebut tetapi sy lebih gemar dengan teori syeikh jumadil kubro itu berasal dari India dan belayar ke negara chermin iaitu Kelantan tua...berkahwin dgn anak saudara Che siti wan kembang...berkembanglah keturunan di pelusuk nusantara dari itu...kebarangkalian itu dikuatkan lg dengan seorg lagi wali Allah yg berasal dari India tetapi beliau agak lewat ke Kelantan iaitu tok kenali. Moyang saya sebelah ayah juga seorang India dari delhi...gelombang org India ke nusantara itu makin kuat sy percaya dgn dua fakta yg terakhir...kerabat diraja Brunei juga mempercayai teori syeikh jumadil kubro ini bertapak di bkt panau dulu Sblum ke pulau jawa ..ini dibuktikan dengan pembinaan masjid yg cantik biaya penuh oleh kerajaan Brunei di tok uban pasir mas iaitu tempat terakhir bermesyuarat beberapa wali songo Sblum berlepas ke pulau jawa...syeikh thanaudeen adalah adik kpd syeikh jumadil kubro yg menyebarkan Islam di Borneo dan diangkat sbgai raja di sana dgn nama raja berkat dan seterusnya meninggalkan keturunan di sana ( skrg sultan Brunei ). -din
BalasPadamTerima kasih kerana memberika serba sedikit maklumat mengikut kefahaman saudara dan apa yang mengujakan saya apabila sauadara menyebut Brunei. Sebagai keturunan Cina dan dilahirkan di Brunei, saya difahamkan juga sebelum itu ramai penduduk Cina yang datang ke Brunei dan memeluk Islam di situ. Bahkan saya juga difahamkan pertembungan para wali songo ini sebenarnya adalah pertembunganketurunan antara India dan Cina...wallahuallam....kita perlu akui Islam di Cina adalah lebih awal di rantau Asia ini dan Maharaja Cina yang pertama, Shih Huang Ti,itu adalah seorang Islam. Kalau ikut pembacaan saya di Internet, beliau adalah keturunan dari Iskandar Zulkarnain dan dinasti selepasnya juga adalah Islam (Dinasti Sui)...cuma hakikatnya baginda tidak pernah diistiharkan secara mutlak sebagai Islam kerana pihak yahudi, orientalis dan barat enggan bimbang akan menyebabkan Islam semakin dikenali dan berkuasa diabad-abad sebelum kedatangan agama mereka lagi...kajian perlu dilihat di situ juga. Saya difahamakan bermula di Brunei itu barulah kedatangan mereka ke Melaka di zaman kegemlilangannya sebelum ke Jawa untuk menyebarkan agama Islam....bagi saya dan saudara-saudara kita yang ada atau mungkin ada kaitannya dengan keturunan para wali songo ini boleh lah solat hajat memohon petunjuk daripada Allah apabenarnya keturunan kita inisememangnya ada kaitan dengan mereka...saya yakin demikian kerana sudah pun berbuat demikian...wallahuallam atas izinNya juga....
BalasPadamTun Mai Ulat Gonggok
masing2 etnik ngaku keturunan ahlul bait.Jangan memalukan keturunan rasulullulah jika kelakuan tidak mencerminkan sifaf rasullullah.Kalau ahlul bait tidak tamak kuasa,ahlul bait penyelesaian cara perjanjian(baitah).Imbas kembali sejarah aceh sentisa suka menyerang negeri orang lain cuma masalah kecil sampai mengrbankan nyawa.Itu sbb kekuasaan hilang.Begitu juga jawa,bugis yg ghairah kuasa walhal sesama islam pada zaman tersebut.Itu tidak berpegang kepada persaudaraan islam tapi assobiyah mempertahankan etnik masing2.Ahlul bait dari keturunan rasullullah tidak begitu.Sekian
BalasPadamsaudara Anonymous Dec 7-2014-5.44pm.....dalam blog ini mereka hanya berikhtiar mencari asal-usul keturunan dan kebenaran yang ada selain pembuktian yang masih dalam persoalan. Tidak timbul soal asabiyah seperti dakwaan saudara mengaitkan apa yang dibincangkan dengan keturunan Rasullullah. Itu adalah hak ketentuan kebenaran oleh Allah swt. Teguran bukan tak boleh dibuat tetapi jangan sampai menyebabkan orang memandang serong dengan cara dan pertuturan. Bukankah itu boleh menyebabkan mereka bersikap skeptikal terhadap saudara. Seolahnya saudara ini memang keturunan ahlul bait. Jika begitu sekalipun, apakah saudara perlu bersikap lebih Islam dariada orang lain? Atau sememangnya saudara terlebih Islam daripada yang lain? Wallahuallam.
BalasPadamSuku-Sakat Wali Songo
Saya ingin bertanya sama ada salah seorang dari anda pernah menghadiri majlis pengumpulan keturunan wali songo yang diadakan di kedah pada hujung tahun 2016?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamMohon beri pencerahan mengenai perhimpunan keturunan wali songo ini. Kami tidak dlm kumpulan ini tetapi ingin juga mengetahui mengenainya.
BalasPadamhttps://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://m.detik.com/travel/international-destination/d-3246183/negeri-leluhur-wali-songo-aslinya-dari-malaysia--vietnam&ved=2ahUKEwjtvuLK-8fiAhUVmuYKHSJqDEkQFjAAegQIAxAB&usg=AOvVaw2z2Ju7CYciCN5iuqggzMUo&cshid=1559381271717
BalasPadamKerajaan perlak dan samudera pasai keturunan imam empat champa keturunan mon khmer
BalasPadam