Jumaat, Julai 29, 2011

Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Mencari tamadun awal Terengganu?

Alhamdulillah. Merujuk pada apa yang telah dinyatakan dalam bahagian akhir artikel Rekabentuk asal kulit buku siri "Berpetualang ke Aceh" dan format digital akan datang, sukacita dimaklumkan bahawa siri buku "Berpetualang ke Aceh" sudah siap ditukar sepenuhnya menjadi format epub untuk bacaan Ipad lalu diserahkan kepada pihak yang menyelanggarakan website berkenaan pagi Khamis. Dengan itu bolehlah disambung penceritaan perjalanan ke Pantai Timur yang akhir sekali dipersembahkan melalui artikel Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur : Dari Limbat ke Salor... sedikit tentang Long Ghaffar yang dibuat 13 Julai 2011. Mari...


Awal pagi Ahad 2 Januari 2011, setelah puas bermalam di sebuah masjid saya bangun bersolat Subuh.



Inilah masjid tempat kami anak beranak berehat malam itu. Tahu tak masjid apakah ini?



Kalau nak tahu inilah Masjid Tokku Paloh, wali Allah terkenal di Terengganu abad ke 19 Masihi. Ya. Selepas meninggalkan Kelantan pada hari Tahun Baru kami ke negeri di selatannya pula... sempat berjalan-jalan di Masjid Kristal sebelum bermalam di masjid ini.



Al-Rasyid bersedia untuk mandi perigi. Ke dah mandi? Lupa pula. Maklumlah, cerita dekat 8 bulan lalu. Lihat artikel A better look of the mosque of Tokku Paloh di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Selesai bersiap kami menziarahi makam Tokku Paloh.



Al-Fatihah untuk Tokku Paloh, para wali Allah, para anbiya dan para Rasul terutama junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Nota kepada orang tertentu... janganlah iri hati atau rasa dengki orang menziarahi makam. Seeloknya kamu concentrate saja pada membuat e-book yang baik, mungkin boleh dapat pendapatan halal yang elok.

Berhentilah berangan seolah diri kamu tu sudah hidup zaman berzaman boleh melompat dari satu tempat ke satu tempat dalam sekelip mata. Kalau betul kamu boleh berbuat begitu takda le perlu buat promo e-book sebab nak tampung perbelanjaan hidup ya tak? Kamu sebenarnya ingin jadi berkuasa dan terkenal tapi tak kesampaian. Sedarlah kemampuan diri kamu tak seberapa. Banyak beza tu angan-angan dengan realiti sebenar keadaan... :]


Sejurus kemudian muncul kenalan kami dari Terengganu, Cikgu Shukri dan saudara Ariffuddin di kawasan makam. Oh. Ariffuddin pemalu orangnya... tidak suka dikenali...


Mereka mahu membawa kami ke beberapa lokasi bersejarah di Terengganu. Kami pun mengikut kereta mereka. Tapi sebelum itu lalu dahulu di bandaraya Kuala Terengganu. Lihat A quick look at the city of Kuala Terengganu.


Selepas itu baru menghala ke selatan bandaraya...






Melepasi masjid 'terapung' terkenal di Kuala Ibai... dalam gambar yang diambil sambil memandu ni tak nampak pula.


Naik jambatan berdekatan...


Semasa turun jambatan baru dapat menangkap rupa masjid yang sedikit terselindung di sebalik pokok-pokok.



Ke hadapan sedikit terlihat masjid baru dalam pembinaan yang serupa reka bentuknya dengan Masjid Abidin atau Masjid Putih di tengah bandaraya. Pelik juga kenapa dibina di lokasi ini? Mesti ada kelebihannya. Kami pun berhenti makan di warung berdekatan. Dapatlah juga saya mengambil beberapa gambar. Lihat The new mosque in Chendering, Kuala Terengganu.



Perjalanan diteruskan menghala ke bukit yang kelihatan.



Teringat kalau tak salah ingatan 6 atau 7 tahun lalu... ketika menaiki bas dari Kuala Terengganu menghala selatan ke Dungun tiba-tiba saya terasa harus turun di simpang sini. Saya pun tak tahu apa yang ada. Kalau tidak mungkin saya akan masuk ke kiri seperti ditunjukkan kereta yang dipandu Cikgu Shukri. Sebaliknya saya meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki mengambil simpang ke kanan dengan niat untuk ke makam Tok Pulau Manis pula...



Dari orang Terengganu yang seperti Cikgu Shukri dan Ariffuddin yang sibuk mencari bukti tamadun awal yang dibayangkan oleh kewujudan Batu Bersurat Terengganu baru saya tahu di sekitar ini pernah ada bandar pelabuhan besar yang katanya setanding dengan Kota Melaka.



Namun gerak Allah Ta'ala yang membawa kami ke sekitar adalah atas sebab lain... kerana isteri saya pernah bermimpi melihat satu makam di kawasan yang rupanya sekian-sekian lalu Ariffuddin percaya di sinilah lokasinya.



Menurut beliau kalau tak salah ingatan ini adalah makam Perdana Menteri pertama Terengganu selepas keturunan Bendahara Melaka-Johor menaiki takhta iaitu pada zaman Sultan Zainal Abidin I awal abad ke 18 Masihi.



Arifuddin ada menyebut namanya. Yang saya ingat hujungnya ada perkataan Al-Awwalu.



Cikgu Shukri pula menunjukkan kawasan berlecak ini.



Katanya di sini pernah terletak Perigi Cheng Ho, perigi yang digunakan oleh Laksamana Cheng Ho dan angkatannya dari Cina semasa singgah abad ke 15 Masihi.



Kami juga melihat pantai berdekatan.



Rasyid berehat di kawasan letak kereta sementara saya pergi lebih jauh. Lihat A look around the beach called Pantai Pandak. Selepas itu terlihat sebuah surau yang agak menarik. Lihat artikel Surau hijau di Pantai Pandak (Small praying hall at Pantai Pandak) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Keluar dari kawasan tadi kami berhenti sebentar di simpang (bukan simpang utama)...



Saya pun sudah lupa apakah berhenti atas saranan Cikgu Shukri dan Ariffuddin atau gerak hati sendiri. Yang pasti di sebalik pagar itu ada makam dan saya pernah melihatnya dalam mimpi entah beberapa tahun lalu.



Perjalanan diteruskan ke satu tebing sungai.



Inilah Sungai Ibai yang mana di kualanya terdapat masjid Kuala Ibai yang terkenal sebagai masjid putih 'terapung'. Jambatan yang kelihatan adalah yang dilalui tadi. Menurut kenalan dari Terengganu di sini pernah wujud sebuah pengkalan yang dipanggil Pengkalan Rajawali. Apakah ada kaitan dengan kedatangan para wali dahulu kala?



Seterusnya kami menghala ke timur masuk ke kawasan pendalaman.



Singgah sebentar di masjid ini...



Di hadapan kelihatan papan tanda ini. Maka saya ingat masjid tadi adalah Masjid Kampung Laut, sama namanya macam masjid lama terkenal di Kelantan. Rupa-rupanya saya tersilap. Lihat Masjid (Mosque of) Belukar Jambu, Kuala Terengganu.

Tidak lama kemudian sampai ke jalan utama Kuala Terengganu ke Kuala Berang.



Berdekatan simpang kelihatan masjid yang agak menarik ini. Saya pun turun sebentar untuk mengambil gambar. Lihat Masjid lama (Old mosque of) Kampung Pengadang Baru.


Ke hadapan sedikit (ke boleh tahan jauh jugak? dah lupa...) kami berhenti untuk mencari seorang lagi kenalan. Nanti kita sambung cerita ya... akan melibatkan wali Allah terkenal abad ke 17 Masihi iaitu Tok Pulau Manis...