Manakan dapat sagu kalau tidak dipecahkan ruyungnya?
Manakan dapat mutiara yang berkerlipan jika takut menyelam ke lautan dalam.
Dalam diri setiap manusia, ada seketul daging.
Jika baik ia, maka baiklah seluruh jiwa manusia itu.
Jika buruk ia, buruklah juga manusia itu...
Seketul daging itu adalah hati,
mari kita lapangkan dada dan belajar mengIKHLASkan hati.
Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah.
Marilah meneroka dunia pemikiran hamba.
Silakan

Video klip yang tertera boleh dianggap sebagai pembukaan kepada dunia pemikiran dan kesukaan hamba...







-------------------------


-------------------------



Segala yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis yang turut terserap di dalam setiap penulisan buku dan artikel. Lihat Cara-cara mendapatkan buku tulisan Merah Silu @ Radzi Sapiee. Di atas adalah satu klip video selama hampir setengah jam yang merupakan demo pilot episode yang mahu digunakan untuk mencadangkan satu siri pengembaraan menyusuri sejarah Melayu Islam sekeliling Nusantara untuk siaran televisyen. Entah mengapa ia menemui masalah. Kemudian penulis diberitahu konsepnya diciplak sebuah stesyen televisyen. Lihat Kembara Sejarah Islam Nusantara : The original material...



Ini adalah klip video ulasan buku ketujuh saya "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" berserta temuramah yang dibuat siaran langsung di Selamat Pagi Malaysia, RTM1. Lihat Siaran langsung ulasan buku "Jejak keluarga Yakin : Satu sketsa sejarah" dan temu ramah di Selamat Pagi Malaysia.



Penulis juga pernah diminta membuat pembentangan mengenai siri buku "Berpetualang ke Aceh" di Masjid Sultan Salahuddin iaitu masjid negeri Selangor di Shah Alam. Lihat Buku "Berpetualang" dan himpunan ulamak Nusantara yang diketuai ulamak Aceh


-------------------------



Siri novel "Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3.





Gambar ketika menghadiri satu majlis ilmu, diambil oleh sebuah akhbar harian. Lihat Menghiasi Kosmo Alam Melayu...



Penerbitan trilogi novel "Berpetualang ke Aceh" juga membawa penulis untuk terlibat dengan banyak majlis ilmu. Rujuk kumpulan links artikel di bawah tajuk "Siri Refleksi Sejarah", pada bahagian paling bawah kiri blogspot, . Penulis juga agak aktif dalam aktiviti-aktiviti kedaulatan Melayu dan Islam, dapat menganjurkan majlis-majlis sendiri di merata Semenanjung Malaysia membawa ke luar negara di Aceh. Lihat blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).


Ketika menulis perenggan ini 4 Mei 2015 penulis sedang berusaha untuk mengembangkan isi 3 buku dalam siri "Berpetualang ke Aceh" menjadi 6 buku yang akan membentuk siri baru dipanggil "Siri Pengembaraan Merah Silu". Sebuah syarikat penerbitan telah bersetuju untuk menerbitkan siri lama itu kembali dalam bentuk yang lebih segar - Setiap buku asal dipecah menjadi 2 buku baru yang ditambah maklumat, gambar dan peta berwarna-warni.Pertengahan September 2015 buku pertama siri baru pun selamat diterbitkan. Seminggu lebih kemudian penulis berpeluang bercakap tentangnya secara siaran langsung dalam televisyen lalu membawa wakil penerbit bersama. Lihat video di bawah :-





Awal tahun 2015 turut menyaksikan penulis diambil menjadi penyelidik dan hos satu siri dokumentari yang dipanggil "Daulah Melayu". Projek 13 episod sepanjang sejam setiap satu ini mahu mengenengahkan formula untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu. Insyaallah projek iakan membawa penulis untuk mengembara ke merata di Malaysia dan Indonesia juga ke beberapa negara dan tempat di Eropah termasuk ke kota London, tempat penulis mengambil ijazah matematik 1991-1995. Siri dokumentari ini dijangka siap untuk tayangan televisyen dalam tempoh 2 tahun.


Pada 13 Mei 2023 buku ke 13 + 1 penulis (pertama setelah yang ke-13 terbit tahun 2019 lalu mula memberikan tumpuan pada pengajian pascasiswazah di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur), Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad telah dilancarkan oleh sejarawan ulung negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Abdullah Zakaria Ghazali di rumah penulis. Lihat Majlis pelancaran buku dan rumah terbuka raya 2023 - Melestarikan semangat perjuangan. Beliau yang bertanggungjawab memberikan kata-kata aluan dalam buku turut menjadi pembicara dalam diskusi yang diadakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 (berlangsung 26 Mei hingga 4 Jun). Lihat Bicara buku Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di PBAKL 2023. Diskusi ini terakam dalam video atas diikuti video bawah...



Isnin, Januari 04, 2010

Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Perjalanan ke Pontian dan sebab-musabab pengembaraan...

Tadi saya telah membuat sebuah artikel baru tentang satu reunion atau perkumpulan semula kawan-kawan lama sempena umur kami mahu memasuki 40 tahun. Artikel bertajuk Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... itu dibuat di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Sekarang barulah kita boleh bercerita di sini pula. Bersambung daripada artikel Pengembaraan Al-Rasyid ke selatan : Habib Ali dan 'permulaan' Batu Pahat...


Selesai lawatan ke Pantai Minyak Beku dan Perigi Batu Pahat, kami terus mengambil jalan pesisiran pantai menghala selatan ke Pontian...




Oleh kerana kami meninggalkan kuala Sungai Batu Pahat pun sudah hampir waktu senja maka perjalanan seterusnya berlaku rata-rata waktu malam. Beberapa ketika melepasi pekan Rengit yang masih di dalam daerah Batu Pahat, kelihatan papan-tanda yang tertera nama Parit Betak. Terus saya teringat bahawa datuk kepada seorang datuk saya (bapa kepada ibu) ada memakai nama Bugis berbunyi Betak... katanya satu daripada nama yang dipakai untuk menyembunyikan identiti sebenarnya.

Saya tak tahu jika nama Betak yang dimaksudkan di sini merujuk kepada moyang itu. Tidak lama kemudan kami pun sampai ke daerah Pontian, satu daerah negeri Johor yang boleh kata majoriti penduduknya berketurunan Bugis...


Pengaruh Bugis begitu kuat di sekitar ini sehingga terdapat juga sebuah muzium Bugis yang didirikan orang persendirian.



Walaupun terbetik juga niat untuk menelusuri lebih dalam salasilah Bugis dari sebelah ayah kepada ibu, pengembaraan ini sendiri dibuat untuk mengkaji salasilah ibu kepada ibu yang berdarah Jawa, katanya dari belah Pekalongan di Jawa Tengah. Sebenarnya pengembaraan ke selatan ini dibuat dalam rangka-kerja untuk menerbitkan sebuah buku berdasarkan sejarah keluarga sebelah Jawa itu. Ini berikutan cadangan seorang bapa saudara dalam satu perhimpunan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri lalu. Lihat artikel Perkahwinan seorang sepupu, perjumpaan keluarga dan rancangan buku terbaru...



Setelah meneliti apa yang perlu, saya dapati harus berjumpa keluarga sepupu-sepupu ibu yang berada di Batu Pahat dan Johor Baru selain mendapatkan 'rasa' di tempat-tempat yang perlu. Setakat untuk mendapatkan cerita sahaja saya boleh menghubungi mereka melalui telefon. Tak perlu susah-payah berjalan ke sana ke mari. Tetapi untuk mendapatkan 'rasa' dan gerak ilham yang patut saya harus bertemu muka dan hadir di sesuatu tempat itu. Peluang inipun digunakan untuk membawa isteri berjalan setelah beberapa minggu asyik terperap di sekitar rumah akibat tempoh pantang melahirkan anak. Bila dah berjalan tu takkan le nak tinggalkan anak kecil sorang-sorang kat rumah kan? Itu yang jadi pengembaraan Al-Rasyid ke selatan...






Rancangan perjalanan pula boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Kalau ikutkan, kami harus berada di Batu Pahat lebih lama untuk berjumpa dengan seorang bapa saudara di Parit Raja. Tetapi disebabkan dia sibuk hari itu, saya membuat keputusan untuk terus menghala ke Pontian, lain kalilah dalam perjalanan kembali ke Muar baru singgah lagi di Batu Pahat. Kalau ikut rancangan asal, kami seharusnya sudah selesai apa-apa perkara yang perlu di Batu Pahat dan Pontian pada siang hari lalu boleh terus ke Johor Bahru. Tetapi disebabkan perjalanan dari Muar sendiri bermula selepas 3 petang dan kami masuk Pontian pun dah malam, seeloknya kami berehat di daerah ini dahulu. Di atas adalah gambar Al-Rasyid ketika kami berhenti makan malam di Serkat, makan malam lambat... lepas jam 10 daaa...




Dari Serkat tinggal 3 km sahaja untuk ke Tanjung Piai, kawasan paling selatan di tanah besar benua Asia, tempat saya merancang untuk bermalam...




Kali pertama dan terakhir saya sampai ke Tanjung Piai kalau tak salah ingatan adalah pada penghujung tahun 1996, ketika membuat satu perjalanan solo bermotosikal besar keliling Semenanjung.




Dari sini kami boleh melihat cahaya dari kapal-kapal yang berlabuh di selatan pulau Singapura. Dan memang kami pun bercadang untuk ke negara pulau itu nanti memandangkan moyang saya dari belah Jawa mula bertapak di Semenanjung melalui pulau itu lebih 100 tahun lalu. Bersambung...

6 ulasan:

ahmad berkata...

Assalamualaikum Saudara Radzi,
Saya mempelawa saudara menziarahi Makam makam di Johor Lama, sepanjang Sg Johor yang banyak Sejarahnya.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Terimakasih!

aMiRiZaL berkata...

Salam abang g, sy ada teringat arwah ayah (cik tapa) ada citer pasal moyang Betak nie ada bukak kg kat pontian. Kalau kita carik satu2nya kg yg ada nama betak adalah Prt Betak.Kebanyakan kg yang diterokai biasanya dinamakan sempena nama peneroka itu sendiri. Jadi xmustahil Prt Betak ada kena-mengena ngan asal usul kita. Masa sy "google" sy terbaca satu kajian oleh student UKM bernama RAHILAH OMAR, KHAZIN MOHD. TAMRIN,NORDIN HUSSIN DAN NELMAWARNI - tesis diorg bertajuk - SEJARAH KEDATANGAN MASYARAKAT BUGIS KE TANAH MELAYU: KAJIAN KES DI JOHOR - antara yg menarik isinya adalah - Wak betak datang ke Johor sekitar 1910. Wak Betak telah menjadi ketua kampung pertama di Parit Betak. Keterangan ini diperoleh dari hasil temubual dengan Ibrahim bin Ismael bin Hj Kirana bin Bedu, cucu kepada Wak Kurikang (di sebelah ibunya) pada 30 Januari 2009 di rumahnya di Parit Betak.

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Menarik gak tu Amir, Abang G pun tak tahu cerita. Kalau begitu betul le tu Betak nenek moyang belah Tok Mail. Tok Mail pun lahir tahun 1917. Mungkin Betak tu pangkat datuk, mungkin gak moyang. Cuma yang Abang G musykil kenapa dipanggil Wak Betak? Sedangkan Wak tu kan biasanya panggilan orang Jawa?

Hmm. Teringat cerita pasal bapak Tok Mail, Haji Hussein. Kata sesetengah orang dulu dia dipanggil Orang Kaya Hussein, ada 6biji kereta ngan 6 driver, walhal masa tu tahun 1920an lagi gitu.

Amir cubalah kaji. Abang G setakat dapat alamat Tok Mail tu keturunan Raji Haji ibni Daeng Chelak, kemungkinan besar daripada anak Raja Haji yang bernama Raja Ahmad, katanya dulu pernah jadi Silawatang yang berperangai lanun di Kuala Sungai Muar... :]

Master berkata...

Salam Merah Silu, zairi ni, cicit wak betak kt betak, sebelum ni sy ade bgtau wak betak kahwin 4, tp sbenarnya sy sembang2 ngan mak n ayah, wak betak kawen 7, dlm 3-4 isterinya yg ade anak, mak dan ayah saya brcerita, anak2 wak betak ni ramai, tp yg masih hidup masih ade 2 orng sekarang, kalo nk tau cerita2 lama, diorang ni ingat lagi rasenya, mak sy pun ade cerita, salah seorang anak wak betak ni nama dia Hussin yg juga adik beradik tiri atuk n nenek sy, tp berpisah semenjak mereka kecil, hussin katanya ke Tungksl, Indonesia, salah seorang anak Hussin ni namanya sani, kemudian sani ni yg ade blk ke semenanjung..wallahualam, kalau jd dtg bulan 5 ni boleh brsembang panjang

Radzi Sapiee berkata...

Wassalam. Hmm. Saya diberitahu pula anak Tok Betak bernama Hussin di Muar dua beradik je dengan Hassan. Tak tahulah kalau kita bercakap tentang Hussin yang sama. Tak pa. Majlis perkahwinan sepupu saya di JB 1 Mei. Insyaallah kalau tak petang/malam itu, esoknya saya tetap akan bertandang ke rumah keluarga saudara di Parit Betak. :]