Rabu, Disember 31, 2008

Salam tahun baru, baik Hijriah mahupun Gregorian (tahun mat saleh le...)

Gambar masjid berdekatan Kompleks Sungai Mas tempat saya berehat dan membuat sedikit penulisan untuk projek buku masjid tadi...

Assalamualaikum semua. Sepatutnya hari ini saya membuat beberapa artikel baru di blogspots saya menggunakan beberapa buah gambar yang diambil dalam perjalanan ke selatan dan kembali bersama isteri hujung minggu lalu. Sebaliknya selepas melihat blogspot http://sekondakhati.blogspot.com/ yang ditunjukkan seorang pembaca c-box, saya terlihat ruangan slideshow lalu tergerak untuk mencuba membuat slideshow sendiri.

Hasilnya adalah slideshow yang tertera di bahagian atas blogspot ini. Hasilnya juga saya jadi terleka lalu tidak sempat membuat apa-apa posting baru kecuali ini.

Sekarang saya perlu bergegas untuk ke Pantai Timur. Isteri saya sudah lama menunggu. Dengan ini saya mengucapkan selamat tahun baru Ma'al Hijrah (rasanya tidak terlambat mengucapkannya walaupun sudah 2 hari berlalu) juga selamat tahun baru menurut kalender Gregorian yang bermula tengah malam ini. Sekian, wassalam! :]