Rasanya tajuk posting kali ini, artikel ke 404 di blogspot ini sudah cukup menerangkan segalanya... Maka biarlah ditutup siri artikel "Menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874" ini ya. Selepas ini saya tidak akan menulis lagi buat masa ini...
Kalau ada pun, cuma mungkin satu artikel sahaja (kalau tergerak nanti) akan keluar minggu hadapan tentang DVD video perjalanan ke Perak menyusuri sejarah sekitar Perjanjian Pangkor 1874 yang telah pun siap ditambah sekali muzik latar-belakang, sedia untuk menerima tempahan peminat... Artikel seterusnya cuma mungkin akan keluar selepas Hari Raya, itupun tidak dapat dijamin kerana saya akan sibuk dengan satu tugasan baru.
Sekian, selamat malam dan selamat berhari-raya, maaf zahir batin. Pandu cermat jiwa selamat, jangan biasakan menjolok meriam buluh dengan jari! :]
Berkejar ke Kuala Kangsar
Apa ada di Bukit Chandan?
Dan klip video bonus, lawatan ke rumah pandai besi dan pakar pertukangan keris, Pak Mazin!
p/s: Sebenarnya selepas itu ada ziarah malam ke makam-makam Daeng Selili, Sheikh Abdul Qadir, Tok Temong, Sultan Mansur Shah, Sultan Ali Inayat, Sultan Yusuf I dan Sultan Muzaffar III. Tetapi seperti bahagian-bahagian penting lain yang tidak dipaparkan di blogspot ini, pembaca boleh melihatnya dalam DVD yang sudah siap dibuat tetapi rasanya cuma akan dibuka kepada peminat selepas Hari Raya nanti...
Tak mahal... Lihat sendiri hasilnya yang mengandungi penerangan dalam betuk teks yang timbul terbang berdesup dan sebagainya selain muzik latar Sufi, tradisional Melayu dan classical Inggeris untuk menyokong mood penceritaan. Saya rasa akan menetapkan harganya pada RM9.90. Cuma belum difikirkan bagaimana cara pembelian terbaik, melalui pos dan sebagainya dan apakah harga penghantaran pos yang patut ditambah nanti... :]
wow, murahnya, ok harga tu bang. saya booking satuu. tang urusan pengeposan abang kira l/sum ajer skali ngan pakaging dalam rm20.00 ( termasuk kos petrol nak ke pejabat pos ) maka jadilah dia rm 29.90 siap pos dlm semenanjung malaysia. kalau negara lain bayar ikut matawang mereka ( contoh usa usd 29.90 ) baru adil dan sekata. Pembayaran saya rasa lebih selamat dan mudah dikesan kalau abang pakai paypal. Try ler tanya sesapa yang tahu. Saya pun xpakai paypal lagi. ehehehe.
BalasPadamSalamsss,
BalasPadamrm9.90, waaa ... sudah bagus ni.
Insyallah, bagitau je tarikh keluarnya.
Wassalam... Hmm... Terimakasih Syahir atas cadangan tu. Abang pun pun tak tahu paypal ni camana. Malah tak tahu pun apa kebendanya, hehe! Tak apa, kita tengok le camana nanti.
BalasPadamTentang tarikh keluar pula, sebenarnya dah ready dah... Cuma cover belum cetak tapi dah design semalam. Sila lihat posting yang akan dibuat sebentar nanti. Mari! :]
Assalamualaikum.
BalasPadamTerlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua, yang membaca blogspot ini, juga kepada Radzi @ Merahsilu.
Tahniah kerana telah berjaya mengexpertkan diri dalam bidang video editing.
Bila tengok-tengok video lama kat youtube perpatihtulus, nostalgia, Pulau Besar. Cuma video-video ke sana tu, tak divcdkan lagi, entah bila, tak tahu.
Okeylah itu sahaja, selamat maju jaya.
Wassalam... Video-video Negeri Sembilan campur Pulau Besar tu boleh di DVDkan nanti. Bahan dah ada, tinggal nak editting aje bagi lagi cantik!
BalasPadamApapun, aku belum ambil part 2 NS trip tu yang dalam bentul AVI besar yang ada kat komputer engkau tu. Perlukan yang tu jugak kalau nak complete jadi video.
Hari tu aku cadangkan engkau buat kerja DVDkan perjalanan NS dan Pulau Besar ni... Rasa-rasa boleh handle tak?
Aku memang boleh buat tapi masa aku pun akan jadi terhad. Lepas raya ni aku ada satu job baru... Kena banyak travel gak nih... :]
p/s: Potensi video Perak ini meletup sudah meningkat apabila ada pihak tertentu berkait dengan pemerintahan tertinggi negara menyatakan minat (bukan orang Pak Lah ekk...), begitu juga pihak lain yang terlibat dalam dunia seni perfileman dan wakil golongan kerabat.
Kita tengoklah nanti. Aku tak mengharap apa sangat... Aku follow je apa yang terjadi...
Bila nak buat dvd yd lain pulak bang?
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamApabila terbaca pengembaraan anda menyusuri satu kumpulan yang saudara dakwakan sebagai termasuk dalam ajaran sesat melalui hasil cakap bukan pengalaman saudara sendiri. Disini suka saya nasihatkan bahawa, perjalanan untuk mengembalikan kegemilangan tidak semudah untuk saudara faham walaupun, anda merasakan darah keturunan saudara ini dari malikus soleh sakalipun.Kerana saya juga seperti saudara. Sekiranya saudara hendak memahami dan cuba hendak memahami, carilah siapa yang diutus untuk Islamkan Merah Silu. Kemudian dimana makam beliau(Sheriff Muhammad Al Baghdadi)Masih banyak lagi perkara menjadi rahsia kerana buat masa sekarang saudara masih belum mampu memahami walau saudara pernah mengunji makam Tok Ayah. Untuk panduan saudara hubungi Sejarah Siam Islam Kedah iaitu Tuan Nai Long orang yang memegang manuskrip tentang Salasilah Raja-Raja Islam Nusantara. Saudara cari dan hubungkan bagaimana Islam sampai dan berkembang dan apakah kaitan Keturunan Raja Melayu dan Bangsa Melayu dengan Iskandar Zulkarnain
Teruslah mencari 1 istana di Ayuthia..... Apakah Rahsianya....
Wassalam. Terimakasih. Kebanyakan yang saya ceritakan di sini bukan cakap-cakap tetapi saya dah lihat dan lalui sendiri. Tetapi mungkin cara saya melihat perkara itu tidak sama dengan cara pihak lain melihatnya. Misalnya, ada yang menganggap permainan kebatinan melibatkan penggunaan Qarin dan jin (walaupun Islam) adalah sebahagian ilmu Tasawuf tetapi saya tetap menganggapnya bukan bahagian Tasawuf. Kalau nak sebut ilmu batin, sebutlah tetapi kalau itulah yang dinamakan sebagai ilmu tariqat atau apa-apa yang berkaitan Tasawuf, saya rasa ia jauh menyimpang.
BalasPadamBegitu juga ada pihak percaya betul pada Hikayat Tamim Ad-Dhari sebagai pegangan, Rasulullah SAW dikatakan antara 73 orang setaraf zamannya tetapi baginda kemudian terpilih untuk menjadi Rasul Akhir Zaman sedangkan pada saya ini semua sebahagian ilmu dusta hasil bisikan jin dan syaitan. Belum dikira segolongan pihak yang saya tahu suka bermain memuja roh dan semangat untuk mempengaruhi fikiran orang lain tetapi menganggap semua ini sebagai sebahagian daripada perjalanan "sebenar" Islam...
Sultan Malikus Soleh pula dikatakan mereka berketurunan Iskandar Zulkarnain. Itu pada saya separuh benar kerana pada pengetahuan saya, induk baginda adalah keturunan Rasulullah SAW daripada Saidina Hassan.
Sedangkan ada pihak juga berkeras Sharif Muhammad Al-Baghdadi adalah Fakir Muhammad @ Sultan Muhammad berketurunan Saidina Abu Bakar yang datang daripada negari Menggiri (ada yang sebut negeri Muktabar) untuk mengikuti rombongan Sheikh Ismail mengIslamkan Samudera sedangkan saya melihat Sharif Muhammad al-Baghdadi adalah orang lain. Tetapi seperti Sultan Malikus Soleh (juga Sheikh Ismail) adalah berketurunan Saidina Hassan.
Beginilah. Mungkin kita lain ilmu dan pengajian. Kalau nak ikut Sejarah Islam Kedah tu, semua raja-raja besarnya berketurunan Merong Mahawangsa yang katanya cucu Raja China. Saya rasa ia separuh benar. Saya ada kepercayaan sendiri mengenai siapakah sebenarnya Merong Mahanwangsa, yang berkaitan dengan kerajaan Syahir Nuwi... bukan sangat pada Xi'an, Cina ataupun Siam tetapi lebih pada keturunan Parsi yang juga disebut dahulu sebagai kerajaan Rum.
Apapun, terimakasih atas teguran saudara. Sekian... :]
salam kpd abg merah silu..mengenai hikayat tamim ad dhari buku hikayat negeri trengganu kalau x silap saya, adakah abg rasa ada sesuatu yg pelik?? sebab ceritanya berlainan dgn hadis..kisah dlm hikayat itu berkisar tamim menceritakan pengalamannya selepas Rasulullah salallahu alaihi wassalam wafat..namun seingat saya dalam hadis, tamim berjumpa Rasulullah utk menceritakan pengalaman tersebut...jadi apa pendapat abg???
BalasPadam