tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post7870779588568233163..comments2024-03-21T21:13:25.939+08:00Comments on CATATAN SI MERAH SILU: Akal logik biasa kebanggaan Sains vs. Akal tinggi berdasarkan wahyuRadzi Sapieehttp://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-72576566067614685532007-10-05T17:19:00.000+08:002007-10-05T17:19:00.000+08:00Sophis = loyar buruk. Aqal mencari hakikat-hakikat...Sophis = loyar buruk.

Aqal mencari hakikat-hakikat kewujudan alam dan ketuhanan memang lemah dan terbatas. Adapun penemuan-penemuan akal dalam sains tabi'e bersifat nisbi. Benar ketika ia ditemui dalam konteks zaman dan ruanglingkup semasa itu. Kemungkinan pada masa akan datang akan ada penemuan lain yang mungkin menafikan penemuan sains yang terdahulu.

Tapi zaman sekarang ni yang lebih parah adalah percubaan akal dalam mencari hakikat kemanusiaan. Bagaimana menawarkan panduan hidup, cara berekonomi, berpolitik bersosial dan berbudaya. Itulah lahirnya ideologi-ideologi di Barat yang natijahnya menggantikan panduan agama iaitu Kristian yang telah ditolak oleh masyarakat Barat itu. Ambil contoh Kapitalisme, Komunisme, Sosialisme dan sebagainya adalah produk akal yang telah terbukti gagal mengotakan janji-janji kebahagiaan kepada manusia.

Kemuncak pencarian akal dalam mencari hakikat ketuhanan menemukan Komunisme yang menafikan terus kewujudan Tuhan. Kemuncak akal mencari hakikat kemanusiaan menemukan Pragmatisme yang menafikan nilai mutlak nilai. Lebih parah lagi sekarang ni berserabut dengan falsafah-falsafah Pasca-Moden yang mahu merombak dan merekonstruksi segala-galanya termasuk agama dan syariat.

Manusia tertipu dengan angka-angka dan statistik yang kononnya 'saintifik' dan ilmiah. Itulah sandaran utama ilmu-ilmu sains sosial yang ada hari ini. Sangkaan mereka ia adalah hakikat padahal ia sebenarnya sangat jauh dari kebenaran. Dapatan hasil kajian mereka tentang masalah masyarakat dan manusia seterusnya digunakan sebagai asas membentuk polisi dan jalan penyelesaian. Langsung manafikan panduan dan penyelesaian syariat yang telah diwahyukan. Maka selama itulah masyarakat terus menjadi ekseprimen kepada jalan penyelesaian yang tidak diketahui benar atau tidak ini. Contoh amat jelas. Lihat sahaja bagaimana jalan penyelesaian yang diambil dalam menangani masalah sosial seperti zina, rogol, dadah, bunuh dan sebagainya...

Kalau Barat menolak Kristian dan menganut falsafah kerana kebobrokan dan ketempangan Kristian dalam memandu manusia. Apa kena mengena umat Islam menganut ideologi dan falsafah sedangkan sejarah membuktikan Islam tidak pernah menindas akal dan fitrah manusia.

Semoga umat Islam menghargai akal mereka yang dianugerahkan dengan mencerahkannya dengan panduan Allah dan Rasul. Amin...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-36452883279768398082007-10-04T18:27:00.000+08:002007-10-04T18:27:00.000+08:00Bagus... Tambah lagi komen.Teringat dulu-dulu cara...Bagus... Tambah lagi komen.
Teringat dulu-dulu cara orang falsafah dan logik nak sangkal kewujudan Tuhan. Dia tanya cam ni... Kita mengaku Tuhan tu Maha Kuasa kan, dan Dia mampu buat apa saja kan? Kalau begitu cuba tanya, boleh tak Tuhan cipta satu batu yang begitu berat sampai Dia pun tak boleh pikul. Kalau Dia boleh cipta, ertinya Dia tak boleh pikul batu tu. Maka Tuhan tak betul-betul Maha Kuasa. Kalau tak boleh cipta plak, automatik le kata Dia takda kuasa...
Ini kira macam teka-teki budak le... SUSU kalau terbalikkan jadi apa? Kalau kita jawab susu tu tumpah, orang yang tanya akan kata salah... Jawabannya adalah susu tu tumpah le sebab kena terbalikkan. Tapi kalau kita jawab susu tu tumpah, dia kata pulak susu kalau terbalikkan jadi USUS... Sebab tu le spelling SUSU bila diterbalikkan.
Pendek kata apa ajae kita jawab musti salah punya...
Kita dah tahu Yahudi Zionis dan setan Dajjal yang sokong depa memang tak mahu kita percaya dengan Tuhan... Maka mereka gunakan le segala ilmu logik akal, mantiq dan sebagainya untuk menyoal kewujudan Tuhan.
Sebab tu dalam perkara keTuhanan ni kita perlu YAKIN dan BERIMAN... Sebab tu le kita kena cari ulamak pewaris Nabi yang dapat huraikan semua ni...
Masalahnya sekarang ni banyak ulamak suk mengaku sebagai pewaris Nabi. Maka ya Allah, tunjukkan kami jalan yang benar. Berilah kami Furqan agar dapat membezakan antara haq dan bathil yang menjadi semakin samar akibat fitnah akhir zaman. Amin!Radzi Sapieehttps://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-69107192643683287982007-10-03T21:49:00.000+08:002007-10-03T21:49:00.000+08:00Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan...Mari kita lihat cara mencari kebenaran berpandukan prinsip dan kaedah falsafah, iaitu kaedah yang dicipta oleh orang akal yang seratus-peratus bergantung kepada kekuatan akal semata-mata. Dalam sesuatu perkara atau permasalahan itu, ditimbulkan berbagai-bagai keraguan terlebih dahulu. Selepas itu barulah akal digunakan untuk mencari hujah dan kepastiannya yang paling masuk akal.

Atas dasar inilah penemuan-penemuan dan teori-teori falsafah dikemukakan. Dalam Islam, ini tidak berlaku. Ilmu kepastian perlu didapatkan terlebih dahulu dari Tuhan. Selepas itu barulah akal digunakan untuk melaksana dan mengembangkannya. Dengan itulah akal akan sentiasa terpimpin dan tidak akan terkeluar dari garisan orbitnya. la tidak perlu mencipta sistem, konsep atau doktrin yang baru tetapi hanya perlu mengembangkan konsep yang telah ditetapkan oleh Tuhan.

Inilah sebenarnya fungsi akal. la menterjemah dan mencari kaedah atau jalan bagaimana hukum dan syariat Tuhan boleh difahami dan dilaksanakan. Akal itu adalah pelaksana bagi sistem dan hukum yang telah ditetapkan oleh Tuhan. la bukan pencipta sistem atau hukum baru. Bila akal digunakan untuk mencipta sistem dan hukum, maka porak-perandalah hidup manusia kerana sistem dan hukum yang dicipta itu akan berlawanan dan bertentangan dengan keperluan dan tuntutan fitrah semula jadi manusia. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui keperluan dan kehendak manusia yang sebenar kerana Dialah yang mencipta manusia. Oleh itu hukum Tuhan sahajalah yang sesuai dan patut diguna pakai untuk manusia.Anonymousnoreply@blogger.com