tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post1094930683869239624..comments2024-03-21T21:13:25.939+08:00Comments on CATATAN SI MERAH SILU: Forum Identiti Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti MalayaRadzi Sapieehttp://www.blogger.com/profile/07561947015813731596noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-89534216949033069872012-04-14T14:08:13.106+08:002012-04-14T14:08:13.106+08:00Saya juga bersetuju dengan tafsiran Melayu yang se...Saya juga bersetuju dengan tafsiran Melayu yang sempit dalam istilah Kenegaraan Malaysia hari ini. Ini adalah tuntutan politik semasa itu.

Jika mengambil kira sejarah awal Melayu dalam istilah moden, para pembaca atau pengkaji sejarah mestilah mengambil kira sokongang Allahyarham Ahmad Boestamam yang sanggup membenarkan orang Cina menjadi Melayu dan mereka orang Cina masa itu sanggup menjadi Melayu asal mereka mendapat hak kerakyatan Jus Soli.

Jika pakatan Putera-AMCJA menang pada ketika itu sudah tentu takfri Melayu hari ini berbeza dan bukan sepeti yang kita fahami seperti hari ini.

Oleh kerana itulah takrif Melayu yang ada hari ini hanya bertujuan melangsungkan survival politik pada ketika itu yang juga ditekan daripada segenap sudut. Dato Onn menentang perkara itu kerana berpendapat pada ketika takrif Melayu sangat penting bagi menyatu padukan semua suku kaum yang ada di Malaya bagi menentang Malayan Union.

Kita hari ini berusaha menegakkan Melayu daripada sudut survival politik. Tapi hari ini kita sudah pun menjadi 1 Malaysia.

Saya juga bersetuju dengan pendapat "kelebihan digelar Melayu di Malaysia" menyebabkan ramai India Muslim ingin menjadi Melayu akibat dorongan perniagaan dan sebagainya. Tapi perlu diingat Orang Asli tidak pernah menuntut untuk menjadi Melayu kerana mereka mempunyai kelebihan atau hak Istimewa yang lebih daripada orang Melayu.

Maka hanya di Malaysia Melayu itu punya kelebihan, Jika di Kemboja sudah pasti mereka bertukar pula menjadi Kemboja akibat dorongan yang sama.

Maka sejarah realiti bukan menuju kearah Melayu daripada sudut politil tetapi lebih ke arah kerajaan asal di Tanah Semenanjung yang mana asal kerajaan itu lah yang membentuk asas perundangan Islam di semenanjung ini.

Ini tidak bermakna sejarah realiti ingin menjahanamkan Melayu, tetapi asas itu lah sebenarnya mengkuatkan apa yang kita sebut sebagai Melayu hari ini.

ramai yang telah tersalah anggap dan menjadikan sejarah realiti sebagai punching bag semata-mata kerana Melayu. Itu sangat mengecewakan.

wassalam.T H E . M A L A Y . P R E S Shttps://www.blogger.com/profile/15138743194953470301noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-37524755.post-30622933383612479882012-04-14T13:54:20.012+08:002012-04-14T13:54:20.012+08:00"Pada saya sebagai pemerhati yang sesekali sa..."Pada saya sebagai pemerhati yang sesekali sahaja berkongsi pendapat di medan awam, pada saya yang tidak beberapa terpelajar seperti profesor-profesor ini, forum ini sedikit mengecewakan. Saya datang dengan harapan dapat menimba satu definisi atau identiti tuntas yang boleh diwar-warkan kepada semua pihak tentang apa itu Melayu, terutama dalam keadaan realiti akhir zaman di mana kaum kita diasak terus dari segenap arah. Tetapi saya melihat cendekiawan berbangsa Melayu pun masih tidak sepakat apakah itu Melayu dan masih tercari-cari jawaban yang lebih besar. Maka cukuplah perkongsian saya dalam artikel ini ya... :]"

Telah dapat saya agak begini kesudahannya. Kerana mereka tidak terbuka dan berpegang pada asal kerajaan. Profesor2 ini berlainan pendapat dan masih tidak mendapat kata sepakat mengenai siapa itu Melayu, ini didorong oleh ruang lingkup ilmu yang menjadikan mereka itu profesor.

Adakah mereka mahu melucutkan segala kefahaman yang mereka pegang selama hari ini? Mereka seboleh-bolehnya mahu mengekalkan Melayu dengan mengambil kira sejarah 40000000000000 tahun semata-mata mahu menjadikan Melayu itu tunggak dan bukan nya pelarian.

Maka apa yang akan mereka ketemui adalah orang Asli. Dan orang Asli Negrito itu bukannya digelar Melayu. Namanya adalah Negrito dan Semang. mana Melayunya?

Jikalau mahu mencari asas kata Melayu sepatutnya diselongkar dari perbendaharaan orang Negrito dan Semang kerana mereka inilah jika menurut pendapat pakar orang Melayu Asli.

Asal kerajaan itu yang penting kerana menurut Dr Rais Yatim, asal bahasa yang cantik molek itu berasal daripada Istana dan bukannya Tun Seri Lanang.

wassalam.T H E . M A L A Y . P R E S Shttps://www.blogger.com/profile/15138743194953470301noreply@blogger.com