Salam petang 11 Syawal 144 Hijriah. Merujuk pada artikel sebelum ini iaitu Umrah sekeluarga 2026 - The complete set yang dipersembahkan malam Jumaat 30 Ramadhan. Ada dinyatakan ketika itu sudah balik ke rumah bapa saya di Muar untuk beraya. Selepas itu disibukkan dengan persiapan untuk beraya kemudian menyambutnya. Sekarang biar dikongsikan sejumlah gambar sekitar raya dengan sedikit penerangan.
Pagi Sabtu 21 Mac 2026 bersamaan 1 Syawal. Solat raya di Masjid Bukit Treh, Muar.
Di rumah bapa selepas itu. Saya tidak mengambil banyak gambar raya kali ini.
Gambar ini dan seterusnya adalah di rumah saudara mara belah isteri di Tanjung Sepat, Kuala Langat pada 2-4 Syawal.
Sebetulnya raya kali ini kepala saya terasa agak 'sebal', kurang selera untuk menyambutnya.
Ada dua faktor utama yang menganggu fikiran. Ketiadaan ibu setelah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember tahun lalu iaitu 3 bulan lalu. Terasa macam belum betul-betul dapat proses dalam diri ini. Ada kesedihan tersangkut belum dapat dilepaskan sehingga cukup lega. Kedua adalah penulisan tesis PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) yang masih lembab belum mencapai tahap sepatutnya. Sebetulnya kematian ibu mengganggu rentak penulisan tesis.
Ini di rumah saya di Bandar Sungai Buaya, Rawang pada Jumaat lalu, hari raya ke-7.
Walaupun sendiri tiada mood untuk menyambut, raya tetap diraikan demi isteri, anak-anak dan saudara mara.
Di rumah adik isteri di Semenyih esoknya raya ke-8.
Ahad raya ke-9 ada beraya di rumah anak buah di Seremban tapi tak ambil gambar. Saya menulis ini pun sebenarnya dalam keadaan tiada mood. Tapi digagahkan juga dengan harapan dapat membantu mengembalikan rentak agar penulisan tesis PhD mencapai tahap yang sepatutnya. Selamat hari raya maaf zahir batin semua. :]













